Lisa tampil dengan single solo, Rockstar.

Oleh: Wawa Najwa

BARU beberapa hari saja Lisa Blackpink melancarkan single solonya yang berjudul Rockstar sudah menjadi fenomena. Rockstar adalah single solo pertama Lisa yang dikeluarkan di bawah kerjasama terkini antara syarikat pengurusannya, Lloud Co., bersama RCA Records.

Lloud Co. ditubuhkan oleh Lisa pada awal tahun ini dalam usaha untuk mencipta platform demi menampilkan matlamat keseluruhannya dalam bidang muzik dan hiburannya yang terus maju ke hadapan.

Lagu single Lisa yang berjudul Rockstar mendapat sambutan hangat.

Lisa pertama kali memperkenalkan sedutan lagu Rockstar pada awal bulan Jun di media sosial melalui hantaran di akaun TikToknya yang memecahkan rekod dunia Guinness dengan mendapatkan satu juta pengikut dalam waktu dua jam dan 18 minit.

Selepas dia mengumumkan kelahiran single tersebut minggu lalu, ia disambut meriah dengan penuh sokongan kegembiraan dari para peminat serta media antarabangsa seperti Rolling Stone, Billboard, dan lain-lain.

Lisa melakukan penggambaran video muzik Rockstar di Thailand.

Lagu terbitan Ryan Tedder dan Sam Homaee itu memperlihatkan kemampuan Lisa yang mampu menggabungkan seni rap yang lancar dan vokal pop bertenaga, terutamanya saat dia menyanyikan lirik, “Gold teeth sitting on the dash she a rockstar. Make your favorite singer wanna rap baby lala.”

Selain lagu tersebut, Lisa juga berkongsi video muzik rasmi Rockstar arahan Henry Schofield dengan koreografi oleh Sean Bankhead yang dirakam di Bangkok itu.

Ternyata penggambaran di kota kelahirannya itu memberi penghormatan penghormatan kepada budaya Thailand dan kehidupan jalanan Thailand yang asli saat Lisa menampilkan dirinya sebagai seorang bintang rock sejati dengan selingan koreografi yang memukau.

Setiap anggota Blackpink ada projek solo masing-masing.

Lisa atau nama sebenarnya Pranpriya Manobal, 27, adalah salah seorang anggota Blackpink yang paling popular. Selain kejayaannya dengan Blackpink, Lisa telah memecahkan beberapa rekod dunia sebagai seorang artis solo saat lagunya Lalisa dan Money memasuki carta top 10 Billboard Global 200.

Manakala lagu Money pula memegang rekod sebagai lagu yang paling lama bertahan di carta lagu Billboard Hot 100 oleh seorang artis solo perempuan K-pop di Amerika Syarikat dan di carta lagu Singles di United Kingdom.

Pada tahun 2023, Lisa memecahkan tiga rekod dunia Guinness dengan pengikut Instagram terbanyak untuk seorang artis K-pop (saat ini 103 juta pengikut di platform tersebut), dan dia juga merupakan pemenang solo K-pop pertama di MTV Video Music Awards dan MTV European Music Awards.

Lisa melakukan penggambaran video muzik Rockstar di Thailand.

Di luar dunia muzik pula, Lisa akan membintangi musim terbaharu siri hit HBO Original, The White Lotus, musim ke-3. Watak ini akan menjadi pengenalan gahnya di layar TV, malah saat ini dirinya sedang menjalani penggambaran di negara asalnya Thailand.

Selain dominasinya secara global dalam dunia muzik dan seni pentas yang tiada tandingan, dia dikenali juga kerana naluri fesyennya yang unik serta gayanya yang sentiasa mencetuskan trend, ini menjadi kekuatan utamanya dalam industri fesyen dunia. Dia memiliki beberapa kerjasama besar dan saat ini menjadi wajah Bulgari.

Previous articleKehadiran Treasure ubati rindu Teume
Next articleTerus Gigih Untuk Berjaya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here