Rindu untuk mendengar lagu-lagu dendangan Glenn Fredly, boleh hadir ke konsert 'Holographic Performance: Live in Malaysia pada 18 Julai ini di Zepp Kuala Lumpur.

Oleh: Khadijah Ibrahim

MESKIPUN mendiang Glenn Fredly sudah meninggalkan dunia pada 8 April 2020, namun karyanya masih lagi menjadi penyeri dalam kehidupan peminat-peminat kerana alunan suaranya membuai rasanya jutaan jiwa.

Lagu dendangannya seperti “Kasih Putih”, “Januari”, “Akhir Cerita Cinta”, “Sedih Tak Berujung”, hingga “Terserah”, begitu besar maknanya dalam menyampaikan kisah cinta, kehilangan dan harapan dengan kejujuran yang menyentuh jiwa.

Mutia Ayu antara penyanyi yang akan memeriahkan pentas ‘Glenn Fredly Holograpgic Performance:Live In Malaysia’ Julai ini.

Melihatkan kepada sambutan hangat peminat terhadap konsert ‘Glenn Fredly 25 Years of Music: Holographic Performance’ di Beach City InternaConal Stadium, Jakarta dua tahun, kini Premier Live Productions mahu membawakan konsert ‘Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia’ di Zepp Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 18 Julai ini.

Penganjur konsert, Ibram Putra, berharap dengan adanya acara sebegitu, peminat berkumpul meraikan rindu mereka kepada penyanyi yang nama lengkapnya, Glenn Fredly Deviano Latuihamallo bagi mengubati jiwa sendiri dengan muzik dan cinta hasil karya penyanyi tersebut yang kekal jadi ingatan.

“Bait lirik yang puitis dan melodi yang penuh nuansa telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup banyak orang. Warisannya tak hanya hidup dalam karya, tetapi juga dalam nilai-nilai yang ia perjuangkan iaitu keberagaman, perdamaian, dan kemanusiaan.

Penyanyi Malaysia, Nadira Adnan turut serta menjayakan konsert khas untuk menghargai mendiang Glenn Fredly nanti.

“Untuk pertama kalinya, teknologi hologram akan mewujudkan keajaiban di atas panggung Zepp KL dengan kehadiran ‘hidup’ daripada sosok Glenn Fredly sendiri.

“Dengan semangatnya yang selalu hangat, karya-karyanya yang menembus zaman dan pesannya yang menenangkan, ini masanya untuk kita sama-sama berkumpul meraikan kenangan.

“Tidak sekadar menghidupkan hologram semata-mata, konsert ini turut disertai MuCa Ayu (isteri Glenn Fredly), Ryan D’Masiv, serta penampilan Noh Salleh dan Nadira Adnan,” jelas Ibram Putra tentang perjalanan konsert tersebut.

Kali ini Noh Salleh muncul solo tidak diiringi rakan-rakan kumpulan Hujan.

Tambahnya lagi, artis yang terlibat akan bergabung dengan The Bakuucakar, band pengiring asal Glenn Fredly, menyatukan cinta dan harmoni dalam sebuah tribute yang intim dan tulus.

“Ini bukan hanya sebuah pertunjukan. Ini adalah ruang suci untuk mengenang, merenung, dan merayakan nilai-nilai yang Glenn tinggalkan.

“Inilah masa untuk kita meraikan cinta yang menyatukan, musik yang menyembuhkan, dan pesan damai yang abadi. Kami yakin bahawa perindu dan peminat karya Glenn Fredly di Malaysia ini menanCkan saat ini bagi memenuhi rindu dan kenangan karya ciptaan Glenn Fredly di nyanyikan secara live di zepp nanti,” ujar Ibram Putra lagi.

Ryan, penyanyi kumpulan D’Masiv juga terlibat dalam konsert ini.

Sementara itu, wakil Matahati Sdn Bhd selaku rakan promotor konsert ini, Anuar Osman berkata, pihaknya yakin bahawa perindu dan peminat karya Glenn Fredly di Malaysia tidak akan melepaskan peluang ini.

“Pasti sudah lama peminat Malaysia menantikan saat ini bagi memenuhi rindu dan kenangan karya ciptaan Glenn Fredly di nyanyikan secara live di Zepp nanti.

“Bukan sekadar hiburan, konsert ini akan menjadi tonggak sejarah di dunia muzik Asia Tenggara dan sebuah bukti bahwa teknologi boleh menjadi jambatan antara kenangan,” ujar Anuar.

Ayuh menjadi sebahagian daripada sejarah dalam malam yang penuh dengan emosi dan kenangan.

The Bakuucakar adalah band yang mengiringi mendiang Glenn Fredly setiap kali penyanyi itu mengadakan persembahan.

Untuk informasi lebih lanjut, boleh mengikut Instagram kami di @premierlivepro, @bumientertainment @musikbagusrecords, dan @glennfredlymusik.

Pembelian tiket bermula dengan harga RM 188 dan boleh melayari www.ticket2u.com untuk keterangan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here