Oleh: Khadijah Ibrahim
PENYAMPAI radio Gegar FM, Mohamad Hafizie Roslan atau Fizie Roslan, 37, duta Mammy Mineral Essence (MME), produk minuman tambahan melahirkan rasa gembira kerana pengasas jenama tersebut telah membuka cawangan di Avenue Crest, Seksyen 22 di Shah Alam bermula Mei ini.
MME bukanlah jenama baharu kerana produk minuman tambahan itu sudah terkenal lebih sedekad lalu di Pantai Timur dan pembukaan pejabat di Shah Alam sebagai antara langkah untuk meluaskan kebaikan produk ini kepada pengguna.
Akui Fizie, beliau gembira kerana pengasas MME yang juga ibu mentuanya itu bersetuju membuka cawangan selepas dipujuk apabila mendapat permintaan daripada ramai pihak.
“Saya beritahu Maamy ini peluang untuk membawa MME ke satu tahap yang lebih tinggi memandang ramai dalam kalangan anak muda turut berminat dengan produk ini.
“Kita juga mendapat respon yang baik dari pengguna di TikTok misalnya yang berminat dan sudah sampai masa untuk meneroka pasaran baru,” katanya.
Fizie percaya, lebih banyak peluang dan ruang terbuka apabila MME melebarkan operasinya ke Lembah Klang.

Sementara itu, pengasas produk yang sudah 16 tahun bertapak itu, Hasmah Mohamad berkata, sudah sampai untuk syarikatnya berkongsi kebaikan produk berkenaan dengan warga Lembah Klang.
Lebih mesra dengan gelaran Maamy, beliau berkata keputusan itu diambil selepas mendapat permintaan daripada pengikutnya di laman sosial selain pengguna sedia ada.
“Saya mahu berkongsi kelebihan produk ini dengan semua dalam usaha kita menggalakan gaya hidup yang sihat dengan pengambilan produk yang bersesuaian.
“Seperti biasa kita mempelawa semua yang ingin mencuba untuk datang berjumpa dengan kita dan mencuba secara percuma.
“Buat janji temu dengan pihak kami dan kongsikan masalah anda untuk kita sama-sama mencuba yang terbaik,” katanya.
MME adalah satu produk dari Queensland, Australia yang kaya dengan zat galian (minerals) serta unsur surih yang tulen dan pekat. Bahan ini diperoleh secra semulajadi dari lautan Australia.
Produk ini perlu diambil dengan air mineral dan mampu menyegarkan badan dan memberikan kelegaan.
“Kita ada banyak testimoni dan anda boleh lihat dan dengar sendiri di laman sosial kami @mammymineralessemce.official atau datang berjumpa dengan kami sendiri,” ujarnya.
Sebelum ini produk MME terkenal dalam kalangan pengguna menerusi jualan di beberapa masjid utama sekitar Kelantan dan Terengganu.

Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia serta Berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7.