Setiap pesanan di dalam buku ini, dirumus berdasarkan ucapan , wawancara , dialog serta sesi temubual eksklusif bersama Tun M sendiri . Menariknya , banyak pesanan beliau mempunyai sandaran kukuh dalam Al- Quran , hadis dan nasihat para ulama menjadikan buku ini bukan hanya berbentuk nasihat kehidupan , malah sarat dengan nilai tauhid dan tasawur Islam yang relevan melangkaui zaman .

Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan Pertubuhan Negarawati Tanahair

Sesuatu yang luar biasa dan sentiasa dirindui serta disayangi, cinta hati rakyat Malaysia, bersempena ulang tahun kelahiran ke 100 tahun negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) yang akan disambut pada 10 Julai akan datang, Mindheart Mastery dengan kerjasama Pertubuhan Negarawati Tanahair telah melancarkan penerbitan buku karya istimewa bertajuk “100 Pesan Tun : Membina Keluarga dan Bangsa” yang dilancarkan baru-baru ini bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur .

Menurut penulis bersama, Muniraa Abu Bakar yang juga Pengarah Organisasi Mindheart Mastery Sdn Bhd, buku ini menghimpunkan 100 pesanan dan prinsip kehidupan yang dipegang oleh Tun M sepanjang satu abad kehidupan beliau merentasi zaman penjajahan , kemerdekaan , pembentukan Malaysia , hingga ke era Revolusi Industri 4.0 , Kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri yang berjaya melonjakkan Malaysia ke pentas dunia menjadikan beliau Ikon negara- negara membangun dan dunia Islam.

“Tun M dikenali bukan sahaja sebagai pemimpin yang berani dan tegas , malah sebagai tokoh Melayu dan Muslim progresif yang sentiasa merujuk kepada al – Quran dan penasihat agama dalam membuat keputusan penting . Disiplin diri , prinsip hidup yang utuh , kerja keras , keberanian melawan arus dan keteguhan kepada kebenaran menjadi kunci kejayaan beliau yang luar biasa,” kata penulis bersama Syed Abd Aziz AlQubra yang juga Managing Director Mindheart Mastery Sdn Bhd.

“Akhirnya impian rakyat Malaysia untuk memiliki satu buku yang sungguh bernilai iaitu pesanan yang amat berharga dari tokoh negarawan ulung tercapai, rugi jika rakyat Malaysia tidak ambil kesempatan untuk memilikinya,” kata Bibi Sunita Sakandar Khan bersungguh-sungguh yang juga Presiden Negarawati Tanah Air.

“Tun M dikenali bukan sahaja sebagai pemimpin yang berani dan tegas , malah sebagai tokoh Melayu dan Muslim progresif yang sentiasa merujuk kepada al – Quran dan penasihat agama dalam membuat keputusan penting . Disiplin diri , prinsip hidup yang utuh , kerja keras , keberanian melawan arus dan keteguhan kepada kebenaran menjadi kunci kejayaan beliau yang luar biasa,” kata penulis bersama Syed Abd Aziz AlQubra ( Duduk paling kiri) yang juga Managing Director Mindheart Mastery Sdn Bhd.
Tun M amat berharap buku ini akan menjadi satu khazanah yang amat berharga untuk generasi akan datang apabila beliau tidak ada lagi.

Buku ini disusun dan ditulis bersama oleh dua penulis terkenal tanah air iaitu Syed Abdul Aziz Al – Qubro dan Muniraa Abu Bakar, dibahagikan kepada tiga jilid utama.Jilid 1 iaitu “Pesan sikap dan Pesan Kepimpinan”, Jilid 2 iaitu “Pesan Keagamaan” dan Jilid 3 iaitu “Pesan Kekeluargaan dan Pesan Kesihatan”. Sebaiknya rakyat Malaysia terutama orang Melayu Islam memiliki tiga-tiga jilid yang amat berharga ini sebagai panduan hidup untuk sebuah kehidupan yang sempurna dan cemerlang.

Setiap pesanan di dalam buku ini, dirumus berdasarkan ucapan , wawancara , dialog serta sesi temubual eksklusif bersama Tun M sendiri . Menariknya , banyak pesanan beliau mempunyai sandaran kukuh dalam Al- Quran , hadis dan nasihat para ulama menjadikan buku ini bukan hanya berbentuk nasihat kehidupan , malah sarat dengan nilai tauhid dan tasawur Islam yang relevan melangkaui zaman .

Tun M turut luangkan masa untuk tandatangan buku yang dibeli oleh pengunjung.

Sebahagian rakaman temubual dan dialog telah dimuat naik ke platform media sosial rasmi sebagai rujukan awam. Huraian ringkas 100 Pesan Tun juga telah dihasilkan dalam bentuk video sebanyak 100 episod yang boleh ditonton di laman youtube Mindheart Media.

Tun M amat berharap buku ini akan menjadi satu khazanah yang amat berharga untuk generasi akan datang apabila beliau tidak ada lagi.

Bila media ajukan soalan kepada Tun M, agak sukar bangsa Melayu untuk bersatu dan ini jawaban beliau,
“Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’, tapi nampaknya orang Melayu pilih untuk bercerai, ini amat mengecewakan saya.
“Saya amat berharap orang Melayu akan terus bersatu untuk terus menjaga tanah air milik orang Melayu ini, kita hanya ada satu tanah air sahaja iaitu Tanah Melayu, jika ianya tergadai maka kita hilang semuanya, ketika itu sudah terlambat,” kata Tun M penuh sebak.
Buku ini disusun dan ditulis bersama oleh dua penulis terkenal tanah air iaitu Syed Abdul Aziz Al – Qubro dan Muniraa Abu Bakar.

Bila media ajukan soalan kepada Tun M, agak sukar bangsa Melayu untuk bersatu dan ini jawaban beliau,

“Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’, tapi nampaknya orang Melayu pilih untuk bercerai, ini amat mengecewakan saya.

Turut hadir tokoh ilmuan terkenal tanah air, Prof. Dr. Solehah Yaacob,
Profesor dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Antara ahli Pertubuhan Negarawati Tanahair bergambar kenangan bersama Tun M.

“Saya amat berharap orang Melayu akan terus bersatu untuk terus menjaga tanah air milik orang Melayu ini, kita hanya ada satu tanah air sahaja iaitu Tanah Melayu, jika ianya tergadai maka kita hilang semuanya, ketika itu sudah terlambat,” kata Tun M penuh sebak.

Buku ” 100 Pesan Tun ” kini boleh didapati melalui Ilham Bookstore dan di platform website dan Tik Tok Mindheart Media . Penerbit rasmi adalah Ilham Books . Edisi terjemahan dalam Bahasa Inggeris , Perancis , Arab dan Jepun turut dirancang susulan permintaan dari luar negara , dalam kalangan masyarakat Islam antarabangsa yang mengkagumi sosok dan kepimpinan Tun M.

“Akhirnya impian rakyat Malaysia untuk memiliki satu buku yang sungguh bernilai iaitu pesanan yang amat berharga dari tokoh negarawan ulung tercapai, rugi jika rakyat Malaysia tidak ambil kesempatan untuk memilikinya,” kata Bibi Sunita Sakandar Khan (Duduk paling tengah) bersungguh-sungguh yang juga Presiden Negarawati Tanahair.

“Kami berharap buku ini dapat menjadi rujukan dan panduan berguna dalam membentuk insan berakhlak , keluarga harmoni , bangsa bermaruah dan negara cemerlang seperti yang diperjuangkan oleh Tun M sepanjang hayat beliau,” kata Muniraa bersungguh-sungguh.

Buku ” 100 Pesan Tun ” kini boleh didapati melalui Ilham Bookstore dan di platform website dan Tik Tok Mindheart Media . Penerbit rasmi adalah Ilham Books . Edisi terjemahan dalam Bahasa Inggeris , Perancis , Arab dan Jepun turut dirancang susulan permintaan dari luar negara , dalam kalangan masyarakat Islam antarabangsa yang mengkagumi sosok dan kepimpinan Tun M.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here