Photo by Freepik

Oleh: Nafsiah Jani

Sakit mata sangat merungsingkan kerana ia akan menyebabkan segala pekerjaan terganggu. Sakit mata boleh disebabkan oleh jangkitan virus, alergi  dan jangkitan bakteria yang menyebabkan mata berair, gatal, mata merah dan terasa bengkak.

Mata adalah organ sensitif yang mudah terdedah kepada pelbagai ancaman seperti debu, alergik atau penggunaan skrin yang berlebihan. Selain mengganggu pekerjaan dan aktiviti seharian, sakit mata juga membuatkan kita rasa tidak selesa kerana mata merupakan pancaindera penting kepada manusia.

Memastikan mata dilindungi semasa aktiviti berisiko tinggi adalah langkah pencegahan yang bijak. Jadi pakailah pelindung mata agar dapat mencegah kecederaan semasa melakukan aktiviti bagi mereka yang bekerja dengan bahan-bahan kimia dan bersukan pula bagi melindungi mata daripada kecederaan fizikal

Kebersihan yang baik adalah asas dalam pencegahan jangkitan mata. Bagi mengelakkan jangkitan mata cucilah tangan secara kerap sebelum menyentuh mata.  Bagi mencegah penyebaran bakteria dan virus pula elakkan berkongsi tuala yang digunakan bagi membersihkan muka dan mata serta jangan berkongsi alat solek terutamanya yang digunakan di bahagian mata.

Minum air putih atau air mineral sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Secara logiknya, air yang cukup dalam tubuh membantu proses detoks dan pemulihan dalam badan terutamnya mata.

Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin A, C, E, zink, dan asid serta lemak omega-3 juga dapat membantu menjaga kesihatan mata. Antara makanan yang baik dan yang berkhasiat seperti brokoli, kubis bunga, strawberi, oren, kubis, tomato dan saderi. Begitu juga dengan pengambilan  bijirin, telur, sayur-sayuran segar, produk tenusu yang turut mengandungi vitamin B khususnya B2 dan B6.

Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kangkung turut membekalkan sumber lutein dan zeaxanthin yang dapat melindungi mata daripada kerosakan cahaya. Seeloknya amalkan makanan ini dalam diet harian agar dapat meningkatkan kesihatan mata secara keseluruhan.

Photo by Vika Glitter: https://www.pexels.com/photo/boy-wiping-tears-from-eye-7743442/

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana petua hilangkan sakit mata tanpa perlu ke klinik? Dengan petua hilangkan sakit mata yang tepat, anda boleh mengurangkan ketidakselesaan dan melindungi kesihatan mata untuk jangka masa panjang. Dibawah ini kami paparkan beberapa petua yang dapat membantu menghilangkan sakit mata tersebut:

1. Rendam uncang teh hijau dalam air suam, keluarkan, dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit. Kemudian, letakkan uncang teh pada mata tertutup untuk membantu mengurangkan mata yang bengkak. Lakukan setiap hari sehingga bengkak tersebut surut dan anda pasti gembira dengan hasilnya.

2. Susu ibu juga dapat membantu menghilangkan sakit mata. Titiskan susu ibu ke dalam mata. Biarkan seketika, Insya-Allah mata anda yang bertaik mata akan pulih selepas beberapa hari.

3. Rendam mata dalam air garam. Buat sebekas air garam yang boleh memuatkan bahagian muka dan selamkan muka ke dalam bekas tersebut. Kelip-kelipkan mata di dalam air garam tersebut. Anda akan gembira dengan hasilnya.

4.Basuh 5 helai daun sirih dan tumbuk bersama kunyit sehingga lumat. Campurkan dengan air panas, tapis dan ambil airnya. Kemudian minum air tersebut. Buat setiap hari sehingga baik. Air sirih dan kunyit digunakan untuk menguatkan sistem imun badan kita.

5.Bawang putih juga dapat membantu menghilangkan sakit mata. Kupas bawang putih dan potong bahagian bawahnya. Sapu bawang putih pada bawah mata seperti kita menyapu eyeliner. Biarkan sehingga mata berair dan biarkan seketika. Seelok-eloknya lakukan sebelum anda tidur.

6. Timun juga boleh digunakan untuk merawat mata yang sakit. Hiris timun senipis mungkin dan tampal pada mata selama beberapa saat. Sifat anti bakteria yang terdapat pada timun membuatkannya sangat mujarab untuk mengatasi sakit mata dan membuat mata kembali segar.

 

7. Hancurkan kentang mentah dan balutkan dengan kain kasa. Letakkan atas kelopak mata selama 10 minit untuk mengurangkan keradangan serta melembutkan kulit di sekitar mata. Selain itu, kentang dihiris nipis untuk menyembuhkan mata yang sakit dan merah. Kesegarannya akan membuatkan mata jadi lebih tenang dan sejuk sehingga menghilangkan rasa gatal di mata.

8. Tidur yang secukupnya juga membantu mengatasi masalah mata yang sakit. Apabila badan mendapat rehat yang secukupnya, sel darah putih dapat menghapuskan pathogen yang membawa kemudaratan. Jadi dapatkan tidur yang secukupnya untuk menghilangkan rasa sakit mata.

9. Tumbuk beberapa helai daun pudina segar hingga menjadi pes. Letakkan pes ini pada mata selama 10 minit untuk membuatkan maa kelihatan segar dan menenangkan.

10. Ramas beberapa helai daun sirih muda dan masukkan ke dalam air yang mendidih. Selepas beberapa minit, tapiskan air sirih tersebut dan biarkan ia sejuk seketika. Rendamkan mata di dalam bekas berisi air tapisan sirih tadi, sambil kelip-kelipkan mata agar ia memasuki mata. Anda juga boleh gunakan air rebusan tadi sebagai ubat titis. Lakukan sehingga mata pulih seperti sediakala.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here