Image by Freepik

Oleh: Asmat Fikri

Katarak mata. Selalu juga kita dengar mengenai masalah katarak mata? Terutama bagi mereka yang ada masalah rabun. Lebih menggerunkan bila ramai yang berkongsi kesan dari masalah katarak yang dibiarkan terlalu lama hingga boleh menyebabkan mata langsung tidak nampak. Tapi kalau tidak dikongsi, mungkin masih ramai yang tidak tahu dengan jelas apa maksud katarak.

Maksud sebenar katarak adalah suatu keadaan di mana kanta mata yang jernih menjadi keruh sehingga cahaya tidak dapat menembusnya dengan sempurna.

Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran antara faktor terjadinya katarak. Katarak dikatakan akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu (diabetes) atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.

Menurut statistik 1.2 % daripada rakyat Malaysia iaitu 30 juta menghidap katarak. 50-60% dari pesakit di Lembah Klang mendapatkan rawatan, tetapi di kawasan yang lebih pedalaman contohnya di Sabah dan Sarawak, hanya 10-20% sahaja yang mendapatkan rawatan.

Katarak lebih kerap berlaku dalam kalangan orang dewasa yang berusia, namun ia juga boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan ia dikenali sebagai katarak kongenital. Katarak ini terbahagi kepada dua iaitu primary atau secondary cataract.

Primary cataract adalah yang disebabkan oleh faktor penuaan manakala secondary cataract adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain contohnya kecederaan atau trauma, radang dan ubatan-ubatan contohnya steroid. Steroid ini boleh jadi diberikan oleh doktor untuk rawatan penyakit contohnya pesakit rheumatoid, atau boleh juga dari sumber yang diketahui pesakit contohnya herba-herba, majun dan jamu. Maka sangat penting untuk orang ramai mengelakkan mengambil ubat-ubatan atau supplemen yang tidak diketahui isi kandungannya.

Selain itu secondary cataract juga boleh disebabkan oleh kencing manis, terutamanya jika tidak terkawal. Jika orang biasanya mendapat katarak pada usia 60-70 tahun, pesakit kencing manis yang tidak terkawal, boleh mendapat katarak seawal usia 40 tahun.

Image by Freepik

Tanda dan gejala

Setiap penyakit pasti ada tanda atau gejala tersendiri. Begitu juga dengan masalah katarak mata. Antara tanda serta gejala katarak ini adalah seperti berikut:

• Penglihatan kabur tanpa rasa sakit
• Kesukaran memandu terutamanya pada waktu malam (tidak jelas atau silau)
• Warna kelihatan pudar atau perubahan persepsi warna
• Kerap menukar preskripsi cermin mata
• Silau (lampu kereta, cahaya lampu atau cahaya matahari kelihatan sangat terang)
• Penglihatan berganda pada sebelah mata (monocular diplopia)

Apakah katarak hanya berisiko untuk orang dewasa sahaja?

Jawapannya tidak! Kanak-kanak juga berisiko menghidap katarak. Bayi yang menghidap katarak disebut sebagai congenital cataract dan kanak-kanak pula disebut developmental cataract. Ada di kalangan kanak-kanak ini menghidap katarak akibat keturunan, mungkin ada ayah atau ibu mereka yang membawa kromosom atau genetik katarak ini. Ada juga di kalangan bayi ini yang mempunyai masalah kesihatan seperti Downs Syndrome, galactossemia dan sebagainya, yang menyebabkan mereka lebih mudah mendapat katarak berbanding kanak-kanak lain.

Jika katarak di kalangan kanak-kanak ini mengganggu penglihatan mereka, mereka juga perlu menjalani pembedahan katarak , seperti orang dewasa.

#Ikuti sambungan artikel akan datang mengenai bahaya katarak ini tanpa rawatan yang sewajarnya.#

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here