Setiap kali kedatangan Awal Muharram, kita secara sedar atau tidak sedar akan melalui satu fasa baharu dalam kalendar Islam. Peristiwa Maal Hijrah adalah detik bersejarah penuh makna dan pengajaran bagi seluruh umat Islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Ia mengingatkan kita tentang perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah sebagai satu langkah strategik di mana ia bukan sahaja menyelamatkan baginda dan umat Islam daripada ancaman penindasan malah menjadi titik tolak kepada perkembangan dan penyebaran Islam lebih luas.
Perjalanan hijrah ini merupakan simbol kekuatan iman, keberanian dan tekad untuk memperbaiki diri. Ia mengajarkan kita bahawa dalam menghadapi cabaran dan dugaan kehidupan, sikap istiqomah dan keazaman yang tinggi perlu terus dipupuk. Tanpa menyedari, setiap dari kita melalui fasa kehidupan yang penuh liku dan pengalaman tahun-tahun sebelum ini, baik yang manis mahupun pahit adalah cermin dan pengajaran berharga untuk membentuk jati diri lebih matang.
Kami di Ladybosz mengucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam di Malaysia.
