Oleh: Nafsiah Jani

Sejak dilancarkan pesanan makanan melalui perkhidmatan grab food tak menang tangan pihak Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya menguruskan permintaan pelanggan memesan segala makanan yang ditawarkan.

Selain penjimatan masa, pelanggan setia juga dapat menghabiskan masa menyiapkan kerja sambil menunggu grab food menghantar makanan. Disebabkan itu, kini semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan grab food bagi memudahkan urusan mereka.

Bukan itu sahaja, ibu bapa di sekitar Putrajaya yang sibuk bekerja juga turut memesan makanan bagi anak-anak di rumah. Jadi tidak perlulah lagi mereka terkejar-kejar menguruskan makanan tengahari untuk anak-anak kerana grab food membantu selesaikan masalah.

Menu-menu yang menjadi pilihan pelanggan adalah Set Lunch kerana pilihan menu yang enak dan sedap untuk dinikmati pada harga yang berpatutan. Pelanggan di IOI City Mall, Putrajaya boleh mendapatkan menu-menu ini pada harga RM16.90. Bagi setiap pesanan Set Lunch, mereka juga mendapat air percuma teh o ais ataupun sirap ais.

Manakala pelanggan di cawangan AEON Big Wangsa Maju pula boleh menikmati Set Lunch ini pada harga RM14.90 serta mendapat air percuma teh o ais ataupun sirap ais. Set Lunch ini hanya ditawarkan pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum dari jam 11 pagi hingga 3 petang.

Menu-menu pilihan Set Lunch ini berupa Soto Ayam Terapung bersama bergedil (Signature Dish), menu paling popular iaitu Nasi Goreng Kampung (biasa /pedas) dan menu baru Nasi Ayam Berempah (kuah buttermilk/ gulai) dan Chicken Noodle Sup (Mi, bihun atau kuey teow).

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, Alhamdulillah, sejak dilancarkan beberapa minggu yang lalu kami mendapat komen yang cukup memberangsangkan daripada pelanggan termasuk ibu bapa di sekitar Putrajaya.

“Semuanya memuji kerana sejak adanya perkhidmatan grab food ini, ia memudahkan pelanggan berdekatan untuk menikmati menu yang ditawarkan. Malah ia juga memudahkan urusan ibu bapa yang sebelum ini terpaksa pulang menghantar makanan anak-anak.

“Untuk pesan melalui grab food, macam biasa hanya muat turun aplikasi grab, taip Rasa Rosz IOI City Mall. Antara kawasan yang kami hantar sekitar Serdang, Puchong dan kawasan berdekatan Putrajaya.

“Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih makanan yang berat ataupun ringan. Saya harap pelanggan-pelanggan setia kedua-dua pusat beli belah ini tidak melepaskan peluang untuk menikmati Set Lunch dan kesemua menu-menu yang terdapat di Restoran Rasa Rosz.”

Selain Set Lunch ini, pelanggan juga boleh memilih menu-menu sedia ada di setiap Restoran Rasa Rosz. Menu di IOI City Mall Putrajaya ini, lebih kepada pemakanan sihat, berkhasiat dan berasaskan sayuran. Di sini juga ada tambahan lebih 13 jenis menu baru iaitu makanan sihat yang sesuai untuk mereka yang ingin berdiet.

Makanan sihat yang lain termasuk Burger, Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi.

Menu-menu yang diketengahkan dikedua-dua restoran ini mempunyai tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam setiap hidangan. Selain hidangan biasa, Restoran Rasa Rosz juga turut menyediakan hidangan barat dengan citarasa Malaysia.

Bagi yang ingin menikmati hidangan enak dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia

Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Sambil bersembang anda boleh menikmati minum petang seperti suasana di kampung dengan hidangan lempeng bersama kari ayam, lempeng pisang besama kelapa. cucur udang dan cucur kakiage

Mungkin masih terasa tidak puas atau tidak cukup kenyang, cubalah juga hidangan pencuci mulut pisang goreng bersama ice cream, milky peach ataupun ice sea coconut longan. Hidangan ini sangat enak jika dinikmati bersama teh tarik, matcha latte gula Melaka sejuk dan panas, terdapat juga minuman panas matcha latte dan matcha latte gula Melaka float.

Jika inginkan kelainan ketika menikmati hidangan petang tersebut, cubalah nikmati air terbaru Peach Laici. Gabungan rasa peach dan laici yang unik dan menarik ini turut dimasukkan biji selasih bagi menyegarkan tubuh dan baik untuk kesihatan.

Selain Peach Laici, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan antaranya Epal Asam Boi, Sweet Splash, Calamansi Asam Boi, Tembikai Laici, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan boleh hubungi Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (013-8082772 -call / whatsapp) dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya, Lot L3-210, Level East Wing (hubungi 012-8217714) yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here