Needa Abdullah seorang wanita yang anggun dan begitu tabah dalam kehidupan.

Oleh : Syed Wafa
Foto : Ehsan Needa Abdullah

“Saya bermula dari “Zero”, selepas bercerai saya bagaikan hilang arah dan tiada semangat untuk hidup. Dunia saya gelab dan saya takut untuk bertemu masyarakat di luar sana. Saya hampir “gila” dengan pelbagai tekanan hidup.

“Bila saya mendengar tangisan anak yang berusia hampir empat bulan, saya mula sedar, betapa anak saya memerlukan kasih sayang seorang ibu, saya bangkit kerana anak, saya tak nak anak menjadi mangsa perceraian, saya malu jika anak saya besar nanti lihat ibunya seorang yang gagal dan lemah dalam hidup, saya terus bangkit dari dunia yang gelab dan ketika itu kami sebatang kara,” kata Needa Abullah, 55, penuh sebak di awal perbualan.

“Sayalah ibu dan sayalah ayah ketika itu, di awal pagi saya sudah bangun melakukan pelbagai kerja antaranya jual nasi lemak yang di hantar di
stesen minyak Petronas
dan bekerja di sebuah syarikat,” kata Needa penuh semangat

Siapa sangka seorang wanita yang berwajah jelita dan anggun ini mempunyai kehidupan yang begitu kelam. Needa yang berasal dari Kuala Lumpur adalah bukti seorang ibu tunggal yang bangkit dari kejatuhan dan kehancuran rumahtangga. Bayangkan setelah melahirkan anak lelaki pertama dan tunggal, Needa diceraikan oleh suami yang merupakan harapan dalam hidupnya bersama anak.

“Saya hampir kena penyakit “meroyan” kerana baru sahaja melahirkan anak dan belum habis pantang. Dalam tiga bulan saya hilang arah dan hidup begitu terabai, syukur Allah SWT bagi saya semangat dan cahaya untuk bangkit demi anak tercinta, Izzad Irfan yang ketika itu baru lahir, Saya tidak pandai meminta pertolongan dari orang lain malah tidak pernah ke pejabat zakat atau rumah kebajikan untuk mengadu nasib kerana saya tidak tahu kami layak untuk menerima bantuan di sana.

Needa yang pernah menjalani hidup sebagai ibu tunggal selama 12 tahun, ketika itu berusia 29 tahun dan masih agak muda. Needa telah melalui pelbagai cabaran dari segi emosi dan masalah kewangan. Pengalaman tersebut telah membentuk semangatnya untuk terus tabah dan menyokong serta membantu wanita lain yang pernah senasib dengan beliau.

“Sayalah ibu dan sayalah ayah ketika itu, di awal pagi saya sudah bangun melakukan pelbagai kerja antaranya jual nasi lemak yang di hantar di stesen minyak Petronas dan bekerja di sebuah syarikat,” kata Needa penuh semangat

Needa yang pernah menjalani hidup sebagai ibu tunggal selama 12 tahun, ketika itu berusia 29 tahun dan masih agak muda. Needa telah melalui pelbagai cabaran dari segi emosi dan masalah kewangan. Pengalaman tersebut telah membentuk semangatnya untuk terus tabah dan menyokong serta membantu wanita lain yang pernah senasib dengan beliau.

“Saya juga merupakan bekas pramugari Malaysia Airlines sebelum bergelar seorang isteri, saya berhenti kerja kerana atas desakan suami untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa akhirnya pengorbanan saya disia-siakan.
“Dari pengalaman sebagai paramugarilah saya berani ke depan untuk meneruskan hidup dan jadikan pengalaman tersebut untuk membesarkan anak yang saya sayangi,” kata Needa.

Perjalanan hidup Needa yang penuh liku dan cabaran telah mendorongnya untuk menjadi seorang pejuang dalam pemerkasaan wanita, dengan fokus membantu wanita bangkit, membina semula hidup, dan menjadi pemimpin dalam komuniti keliling mereka.

“Ramai yang bergelar ibu tunggal takut untuk ke depan, untuk bangkit dari penindasan, mereka malu bergelar ibu tunggal atau status “janda”, mereka malu dengan pandangan masyarkat, dari situ saya ingin sedarkan mereka bahawa hidup ini masih panjang dan jangan jadikan sejarah hitam itu sebagai bebanan dan terus lemah untuk bangkit,” kata Needa bersungguh-sungguh.

Kini Needa seorang wanita yang berjaya, menjadi contoh dan bukti ibu tunggal boleh mencapai impian mereka. Needa bangga dapat membesarkan anak tercinta sehingga ke menara gading.

Kini Needa seorang wanita yang berjaya, menjadi contoh dan bukti ibu tunggal boleh mencapai impian mereka. Needa bangga dapat membesarkan anak tercinta sehingga ke menara gading.
Izzad Irfan di hari bahagia bersama isteri dan ibu tercinta, Needa.

Needa ialah seorang wanita profesional yang dinamik, “Pencetus Pemerkasaan Wanita”,
dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hospitaliti, khidmat pelanggan, dan komunikasi korporat.

Needa kini merupakan Penolong Eksekutif Kanan yang pakar dalam Komunikasi Korporat di sebuah syarikat minyak & gas yang berpengaruh dan terkemuka di Kuala Lumpur.

“Saya juga merupakan bekas pramugari Malaysia Airlines sebelum bergelar seorang isteri, saya berhenti kerja kerana atas desakan suami untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa akhirnya pengorbanan saya disia-siakan.

Needa bersama idola beliau iaitu Tokoh Negarawan, Tun M dan isteri serta Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

“Dari pengalaman sebagai paramugarilah saya berani ke depan untuk meneruskan hidup dan jadikan pengalaman tersebut untuk membesarkan anak yang saya sayangi,” kata Needa lagi.

Setelah 12 tahun bergelar ibu tunggal barulah Needa terbuka hati untuk bergelar isteri dan dapatlah anak tercinta merasa kasih sayang seorang ayah.

Kini, beliau menyalurkan pengalamannya dalam sesi motivasi dan latihan dalam bidang etiket sosial, hospitaliti, dan sentuhan insani dalam khidmat pelanggan. Needa juga memberi latihan persediaan temuduga (Cabin Crew Interview Preparation Workshop) untuk sesiapa yang berminat menjadi Pramugari dan Pramugara untuk sesebuah syarikat penerbangan.

Needa yang pernah menjalani hidup sebagai ibu tunggal selama 12 tahun, ketika itu berusia 29 tahun dan masih agak muda. Needa telah melalui pelbagai cabaran dari segi emosi dan masalah kewangan. Pengalaman tersebut telah membentuk semangatnya untuk terus tabah dan menyokong serta membantu wanita lain yang pernah senasib dengan beliau.

Di atas penampilan yang anggun, bijak dan serta kecekalan beliau, pada Mac yang lalu Needa telah dinobatkan sebagai finalis bagi pertandingan Mrs of Malaysia, sebuah platform berprestij yang mengiktiraf wanita yang telah berkahwin serta ibu tunggal yang memiliki kekuatan, tujuan, dan kepimpinan komuniti. Pertandingan ini mengangkat wanita bukan sahaja dari segi penampilan, tetapi juga nilai, sumbangan, dan kisah transformasi mereka untuk terus berjaya dan menjadi contoh bagi wanita di luar sana, selayaknya Needa terpilih menjadi seorang finalis yang berwibawa dan penuh inspirasi.

Misi beliau adalah mudah untuk memberi inspirasi, mengangkat martabat wanita dan mengingatkan bahawa walau sesukar mana pun kehidupan, wanita tetap mempunyai kuasa untuk bangkit dan berjaya.

“Memperkasa wanita untuk bangkit, membina semula dan memimpin dengan penuh anggun adalah sesuatu yang akan terus saya perjuangkan sekiranya dinobatkan sebagai Mrs of Malaysia 2025” ujar Needa penuh semangat.

Perjalanan hidup Needa yang penuh liku dan cabaran telah mendorongnya untuk menjadi seorang pejuang dalam pemerkasaan wanita, dengan fokus membantu wanita bangkit, membina semula hidup, dan menjadi pemimpin dalam komuniti keliling mereka.
Bersama teman seperjuangan.

Bagi pembaca Ladybosz anda boleh mengikuti wanita berjiwa kental ini di media sosial beliau iaitu Facebook, Instagram dan TikTok atas akaun:
Needa Ross – Tik Tok
Needa Abdullah – FB
Needa Abdullah- IG

Marilah kita semua menyokong wanita gigih ini untuk bergelar “Mrs of Malaysia 2025” melalui undian di bawah!

Link untuk undi Needa di Instagram https://www.instagram.com/p/DKeiiz6zSK-/?igsh=MTdjbmM0NnpsZWlhag==
Link untuk undi Needa di Facebook https://www.facebook.com/share/p/192LdjCxbe/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here