Sungguh luar biasa…Dengan penuh rasa hormat dan bangga, kami di Ladybosz mengucapkan “Selamat Hari Lahir” yang ke-100 kepada ‘Negarawan Ulung’, Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang tidak pernah jemu berjuang demi tanah air tercinta.

Seratus tahun bukan sekadar angka, tetapi tanda panjangnya jasa dan pengorbanan seorang ‘Tokoh Negarawan’ yang telah menabur bakti sejak zaman penjajahan hingga Malaysia menjadi negara yang dihormati dunia.

Tun Dr. Mahathir Mohamad terima Anugerah Ikon Lelaki Ladybosz 2023 di atas pengorbanan beliau untuk agama, bangsa dan negara yang disampaikan oleh Raihani Ramelan.

Nama Tun M sehingga kini “gah” di mata dunia sebagaimana gahnya KLCC, berdiri di tengah ibu kota Kuala Lumpur yang menjadi lambang kehabatan Malaysia!

Tun pernah menyebut, “Melayu mudah lupa.” Tapi kami tidak lupa akan jasa dan keberanian Tun, ketegasan Tun serta visi dan perjuangan Tun membela agama, bangsa dan negara yang berdikari dan bermaruah!

Kerana jasa yang tidak terbalas, kami di Ladybosz amat berbangga telah mengurniakan ‘Anugerah Ikon Lelaki Ladybosz 2023’ sebagai tanda kasih sayang kami yang tidak terhingga kepada insan hebat ini.

Doa kami agar Tun dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan sentiasa dirahmati Allah SWT. Moga Tun terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi kini dan akan datang…Amin

Terima kasih Tun.
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here