Baru-baru ini Aleeza Kasim meluahkan kekecewan beliau dalam satu pertunjukan fesyen berskala besar yang dijayakan oleh beliau bersama rakan-rakan yang turut menjadi mangsa.

Oleh: Syed Wafa

Bagi yang mengenali model terkenal tanah air, Aleeza Kasim, beliau seorang yang begitu komitmen dan disenangi dalam tugasanya. Sebab itu beliau begitu dihormati dan masih diperlukan dalam menaikkan nama dunia modelling dan fesyen tanah air.

Baru-baru ini Aleeza Kasim meluahkan kekecewan beliau dalam satu pertunjukan fesyen berskala besar yang dijayakan oleh beliau bersama rakan-rakan yang turut menjadi mangsa.

Selaras dengan prinsip keterbukaan dan profesionalisme, Aleeza Kasim bersama pihak QYRIZ serta pereka fesyen terkenal Anas Abdullah telah tuntut keadilan, tampil memberikan penjelasan rasmi berkaitan surat tuntutan (Letter of Demand) yang dihantar kepada pihak “Founder” tersebut pada 21 Mac yang lalu.

Tuntutan ini berhubung isu pembayaran tertunggak melibatkan projek pelancaran produk 100 kaftan premium yang dianugerahkan oleh “Malaysia Book of Record” yang dijayakan bersama tokoh-tokoh berprofil tinggi termasuk Anas Abdullah, Aleeza Kassim, Datin Sri Ezzan, dan “Malaysia Book of Records”, dengan QYRIZ sebagai pelaksana produksi.

Pihak QYRIZ juga melihat tindakan mereka adalah cubaan mencemarkan nama baik tokoh-tokoh terkenal yang telah membantu menaikkan jenama
mereka, termasuk Aleeza Kassim, Datin Sri Ezzan, dan Anas Abdullah.

Antara fakta tuntutan, QYRIZ telah mendahulukan bayaran penting yang sepatutnya perlu dilunaskan sebelum acara, termasuk kos model dan jurusolek profesional yang tidak dibayar sehingga selepas acara selesai.

Anas Abdullah turut menanggung reputasi dan kepercayaan rakan industri apabila
individu-individu penting yang diperkenalkan tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.

Dalam surat balasan pihak terbabit, mereka menafikan tanggungjawab kewangan walaupun invois dan bukti pembayaran telah dikemukakan.

Mereka juga cuba memutarbelit fakta, termasuk melemparkan tuduhan tidak berasas
terhadap pihak QYRIZ ,Anas Abdullah & Aleeza Kasim.

Pihak mereka cuba menggambarkan isu produksi minor sebagai kesalahan besar, walhal
sebarang alteration atau pembaikan telah pun ditawarkan oleh pihak QYRIZ secara
profesional.

Pihak QYRIZ juga melihat tindakan mereka adalah cubaan mencemarkan nama baik tokoh-tokoh terkenal yang telah membantu menaikkan jenama mereka, termasuk Aleeza Kassim, Datin Sri Ezzan, dan Anas Abdullah.

Ini jelas pihak mereka dalam usaha melarikan diri dari tanggungjawab berhutang, sedangkan masih mempunyai tunggakan bayaran terhadap pelbagai pihak termasuk personaliti terlibat dan organisasi seperti “Malaysia Book of Records”.

Pihak QYRIZ ,Anas Abdullah & Aleeza Kasim dengan tegas kini sedang mengambil langkah meneliti tindakan saman balas atas fitnah dan kerosakan reputasi,
melindungi vendor dan kilang OEM lain dari menjadi mangsa manipulasi pihak yang sama.

Pihak QYRIZ ,Anas Abdullah & Aleeza Kasim dengan tegas kini sedang mengambil langkah meneliti tindakan saman balas atas fitnah dan kerosakan reputasi, melindungi vendor dan kilang OEM lain dari menjadi mangsa manipulasi pihak yang sama.

“Komitmen kami terhadap industri fesyen, kami kekal teguh untuk terus membantu pengusaha fesyen Malaysia dengan teknologi pengeluaran terkini, servis
rekabentuk dan khidmat bimbingan perniagaan secara percuma.

“Membina ekosistem fesyen yang beretika dan selamat, bebas dari sebarang bentuk
manipulasi atau bentuk penipuan.

“Kami juga menyeru agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang belum dibuktikan.

Pihak kami telah menyimpan bukti lengkap termasuk perbualan rasmi, rakaman audio, gambar dan video semasa mesyuarat dan perbincangan.

Kami tetap terbuka untuk penyelesaian secara adil dan harmoni, namun kami tidak akan
berkompromi jika reputasi kami terus dicemari,” kata wakil QYRIZ dengan tegas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here