“Success often comes to those who dare to act. It seldom goes to the timid who are ever afraid of the consequences,” Jawaharlal Nehru.
Saya membaca keseluruhan temuramah Wirda Adnan bersama Dato’ Sri Rozita Ramelan dan terjumpa pendapatnya tentang idea perniagaan, “As much as i trust my intuition, i spend an equal amount of time to analyse whether the idea is viable…” sambungnya, “Hipotesis semata-mata tidak mencukupi tanpa disertai dengan analisis perniagaan itu sendiri.” Di petikan lain beliau menyebut tentang kegagalan menganalisa peribadi rakan kongsi, sebutnya, “Prestasi perniagaan boleh dilihat melalui nombor-nombor yang tertera di dalam audit. Tetapi bagaimana pula dengan peribadi seseorang? It is equal hard to evaluate something that is intangible.”
Saya suka jawapannya dan mahu saya simpan dan gunakan sebagai panduan untuk dunia kerjaya saya. Mana tahu dengan ‘tip’ itu nanti saya juga boleh jadi sepertinya atau sebolehnya mahu lebih berjaya lagi. Kenapa tidak? Jika kita ada usaha, semangat dan doa, juga tidak jemu menimba ilmu mungkin suatu hari kita juga mampu miliki yatch peribadi. Namun untuk mengecapinya yang pertama perlu ada keinginan ‘mengubah diri’ kerana begitu jugalah Dato’ Sri Rozita.
Dato’ Sri Rozita asalnya bukan daripada keluarga senang. Mak ayahnya bukan kalangan high society tetapi kerana mahu mengubah nasib, mahukan sesuatu yang lain, yang tidak pernah dilalui dan mahu keluarga turut menikmatinya bersama, maka beliau melakukan sesuatu. Gail Sheeby berpesan, “If we don’t change we don’t grow. If we don’t grow we are not really living. Growth demands a temporary surrender of security.”
Seterusnya, dalam hidup yang sesingkat ini kita perlukan adventure. Daripada situ, datangnya kejayaan, dan kemudian hadirnya rewardyang mengujakan sekali.
Masuk ke biliknya, mata saya terus tertumpu kepada tas tangan Birkin hitam kulit buaya yang rare. Tas tangan seperti itu, let me tell you, tidak hanya dibeli untuk dipakai tetapi dibangga kerana keagungan sejarah dan crafmanshipnya. Di satu sudut beberapa jewelry limited edition yang bukan calang-calang orang boleh memilikinya.
Saya diajak melihat pula ruang khas (bilik kecil) di mana tergantung beberapa pakaian, ada top dan jaket Chanel antaranya. Di bawahnya pula barisan sepatu daripada pereka terkenal, kesemuanya miliknya, sedia diperaga untuk penggambaran muka depan. Untuk status sepertinya, pilihan fesyen hanya yang A class – sudah nama pun pemilik Kabinet Prive. Manakala jenama tempatan, hanya Bernard Chandran!
Melihat Dato’ Sri Rozita, saya teringat kata-kata ini, “Every situation is a lesson to be learned. Never expect things to happen, struggle and make them happen. Never expect yourself to be given a good value. Create a value of your own…”
Dan saya perlu berhenti menulis di sini atau nanti kata kak Wirda, “Panjangnya intro you Shaufik…” Upp! Tiba masanya untuk Dato’ Sri Rozita pula yang bercerita…
Siapa Dato’ Sri Rozita? Ceritakan sedikit latar belakang keluarga, tempat kelahiran, adik beradik dan famili Dato’ Sri kini?
Saya anak kelahiran Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Merupakan anak pertama daripada empat beradik yang kesemuanya perempuan; bapa saya guru dan arwah ibu, Jaliah Mohamad pula suri rumah. Saya mendapat pendidikan awal di Senggarang dan seterusnya menyambung pengajian di UPM dan Australia. Saya pernah menolak tawaran ke luar negara selepas SPM kerana ingin dekat dengan ibu saya yang ketika itu sering sakit.
Saya memulakan karier dengan Citibank Berhad selaku private banker – my serious career I would say kerana di situ adalah titik permulaan saya memulakan perniagaan di Malaysia, sehingga membawa kepada kejayaan saya ketika ini melalui Kabinet Prive, Pwetty, Azimut Yatch dan terbaru Rasa Rosz; selain beberapa portfolio pelaburan tempatan dan antarabangsa yang saya ceburi. Suami saya Datuk Mohamad Omar bin Mustapha Ong; adalah graduan Oxford dan Harvard University, merupakan rakan kongsi perniagaan dan kehidupan saya. My best mentor.
Saya teringat Dato’ Sri memberitahu kami, sewaktu bersekolah rendah lagi sudah mula menjual kuih muih dan di sekolah menengah pulang dari sekolah juga berniaga makanan bagi menampung keluarga. Apakah kerana kesusahan hidup yang membuat Dato’ berazam mahu mengubah nasib keluarga? Ceritakan sedikit pengalaman berharga itu?
Ya betul. Every expert began with an amateur. Itu sedikit daripada pengalaman saya berniaga secara kecil-kecilan. Saya kira pengalaman itu sangat penting kerana saya memahami proses perniagaan itu sendiri dan belajar menerima penolakan di peringkat yang sangat awal. I was not born on a silver tray, Wirda. Selain mengajar, Baba juga menoreh getah bagi menambah pendapatan. Ibu pula, melakukan pelbagai usaha demi survival kehidupan kami. Saya anak sulung, saya menyaksikan kepayahan mereka sejak kecil. Mereka idola saya. Kegigihan mereka saya terjemahkan melalui kesungguhan saya membina empayar perniagaan. Keperitan hidup ketika itu, Tuhan saja yang tahu. Kata orang, selautan dakwat pena takkan mampu menulis apa yang kami sekeluarga lalui; namun pahit akan manis jua akhirnya jika kita sulami dengan kesungguhan dan kesabaran.
What was your first business idea and what did you do with it?
Interesting question. Saya bermula dengan berniaga chicken wing dan kerepek secara separuh masa untuk menambah pendapatan. Ketika itu saya juga bekerja dengan gaji pokok hanya RM1500. Gerai saya ketika itu di Cheras, Manjalara dan Subang Jaya. Cukuplah untuk menyara saya dan membantu keluarga. Seterusnya, saya mengusahakan investment consultation agency bersama dua rakan lama dari Citibank.
How did you know when you get that right idea?
As much as I trust my intuition, I spend an equal amount of time to analyse whether the idea is viable. Di sini pengalaman memainkan peranan. Hipotesis semata-mata tidak mencukupi tanpa disertai dengan analisis perniagaan itu sendiri. Idea akan kekal sebagai idea tanpa tindakan. Betul atau tidak sesuatu idea hanya boleh dibuktikan dengan execution. Lazimnya saya memulakan sesuatu usaha niaga dengan skala kecil, sehinggalah ianya mampu dikembangkan hingga ke peringkat antarabangsa. The result speaks itself.
Daripada sekecil-kecilnya bisnes di gerai, Dato’ Sri berjaya sehingga memiliki multi million dollar business, menakjubkan sekali. Tidak ramai wanita berjaya sehingga ke peringkat itu. Beritahu kami apa perkara paling utama yang membawa kepada kejayaannya. Bagaimana melangkah ke sana dengan cepat?
There is not short cut to success as the struggles are real, Wirda. Apatah lagi di peringkat awal dan sampai sekarang juga, saya menceburi bidang yang dimonopoli oleh kaum lelaki. Saya lihat, kejujuran dalam perniagaan membawa saya ke tahap ini. People may like you but people will not do any business until they trust you. Knowledge is important too. Then, perseverance. We really need to understand the industry. Daripada situ, muncul kesungguhan. Bangkit dan belajar daripada kesalahan diri sendiri dan orang lain. Bersederhana dalam mengambil sesuatu keputusan. Wanita ialah ciptaan Allah yang istimewa. There goes old saying ‘tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegar dunia’.
Pernah mengalami kejatuhan dalam bisnes? What were your greatest failure and what did they teach you?
Pernah. Kegagalan dalam menganalisa peribadi rakan kongsi. Prestasi perniagaan boleh dilihat melalui nombor-nombor yang tertera di dalam audit. Tetapi bagaimana pula dengan peribadi seseorang? It is equal hard to evaluate something that is intangible. I am not the type of person that quick to judge, but I learnt my expensive lesson. Saya pernah berkongsi pengalaman ini dalam live video di Instagram saya @ds.rosz. Saya mahu kesilapan ini menjadi pengajaran bagi orang lain juga.
Suami Dato’ Sri juga dalam dunia perniagaan? Dato’ Sri dan suami dalam perniagaan yang sama?
Suami saya seorang ahli perniagaan dan konsultan. Ada perniagaan yang kami berkongsi dan ada juga yang saya usahakan sendirian.
MENGENAI KABINET PRIVE
Bila menyebut Kabinet Prive saya terbayangkan tas tangan Hermes ‘Birkin Croc’ yang berharga ratusan ribu ringgit, tetapi bukan itu sahaja, banyak lagi tas-tas berjenama yang membuat jantung wanita bergegar dan berkata, “Bolehkah aku milikinya?” Semudah itukah pengidam Birkin dan Kelly Hermes misalnya, boleh memilikinya? Soalan kedua, apakah harganya sama dengan di butik?
Bercakap soal susah atau senang ingin mendapatkannya, itu sangat bergantung kepada individu itu sendiri. Saya yakin semua wanita mampu memiliki dan mencapai impian mereka, tidak terhad kepada beg tangan semata-mata. Ada yang melihat beg tangan berjenama sebagai satu pelaburan, tidak kurang juga yang menjadikan ianya sebagai koleksi peribadi yang boleh diwarisi. Ianya juga boleh dilihat sebagai simbol status seseorang. Apapun tafsirannya, saya yakin mereka mampu memilikinya.
Beg tangan Hermes sangat ‘rare’ dan hanya boleh dibeli by invitation only. Ianya dijual kepada pelanggan yang berprofil tinggi.
Perihal harga sangat subjektif bergantung kepada spesifikasi tas tangan itu. Penggemar Hermes tahu pelaburan yang perlu dilakukan untuk melayakkan mereka memiliki tas tangan idaman di butik dan jangka masa menunggu bagi sesuatu tas tangan. Ada yang mengambil masa bertahun lamanya, maka tidak hairanlah untuk memiliki tas tangan Hermes, harga bukanlah ukuran utama. In fact, to them, time is money.
Daripada pengalaman saya sendiri saya tahu kalau pun banyak duit tetapi amat susah untuk membeli satu Birkin. Teringat pada satu masa beberapa tahun lalu seminggu beratur setiap hari di butik Hermes di London kemudian di Paris, tetapi setelah berjam-jam menunggu diberitahu… produk tidak sampai. Dan kalau sampai pun ada nama orang lain sudah naik, yang menunggu juga ramai. Mereka minta kami datang lagi keesokan hari. My question, apakah Kabinet Prive penyelesai masalah wanita yang teringinkan tas-tas indah lagi mewah dan berharga ini?
Betul tu Wirda. Kabinet Prive ialah jalan penyelesaian singkat bagi mendapatkan koleksi yang sukar diperolehi di butik; daripada koleksi asas hinggalah ke HSS (customize) yang hanya dikeluarkan satu sahaja di dunia. Selain itu, pelanggan Kabinet Prive tidak perlu menunggu berjam-jam di butik kerana khidmat private concierge kami akan menghantar tas tangan pelanggan terus ke alamat yang diberikan.
Ceritakan lagi apa yang Kabinet Prive ada dan offer? Selain ke butik adakah cara untuk personal view?
Kabinet Prive also does private event for esteemed clients around the world. For personal viewing for rare collections, prospective client may call our Private Concierge Manager at +60(19) -332 2772. Lagi satu Wirda, kami sangat mengutamakan privasi bagi menjanjikan keselesaan pelanggan.
And mengenai some super premium items dan high jewellery misalnya, adalah item-nya berbeza daripada yang di butik, and can you take special order? Timing pula macam mana?
Ya, ianya berbeza daripada item biasa di butik. Rekaan seperti tiara, barang kemas direka menurut kecenderungan citarasa pelanggan. Timing is depending on the design complexity. For signed item, the time frame may take up to three to six months.
Secara peribadi mengapa Dato’ Sri rasa memiliki luxury items ini menguntungkan selain memenuhi kepuasan diri. Bolehkah Dato’ Sri katakan ianya satu investment menguntungkan, dan beri contoh nilai from time to time?
Certain luxury item is an alternative asset investment class for High Networth Individual in the world. To quote the USA Hermes CEO, “How the legendary Birkin bag remains dominate after more than 30 years since it was introduced, is because of its scarcity. Customers appreciate the quality, craftsmanship and timeless style. The products take 18 – 20 hours to make from start to finish; all done by one craft person who starts by selecting just the right piece of leather of exotic skin for the bag and with a series of pain staking quality control test.” Perihal nilai pula, sebagai contoh, harga Birkin 25cm pada tahun 2000 telah meningkat lebih 300% dan banyak juga koleksi eksotik yang melebihi nilai enam angka.
Your clientele are not only local, i was told, and how do you manage your international clientele from across the globe? Ramai ke?
Sebanyak 80% of Kabinet Prive clients are international. Kami juga mempunyai entiti di Hong Kong dan Singapura. The demand is very niche. Not many suppliers in the world.
Being in this luxury business, anda beroleh jemputan menghadiri international event? Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan?
Daripada event Azimut Yatch di Capri ke event Bulgari High Jewelry di Venice, seterusnya Van Cleef & Arpels di Tokyo, Cartier di Korea; semuanya memberi pengalaman peribadi yang tinggi maknanya kepada saya terutamanya dalam konteks personalised experience.
Ceritakan pula mengenai your latest venture?
Nantikan Kabinet Prive X. Tunggu!
Tentang cinta Dato’ pada fesyen. Bagaimana? Do you follow trend dan bila masa Dato’ sendiri wears all your luxury items?
Luxury means comfort. I don’t really follow fashion and trend in that sense. I just follow what I am comfortable with. Saya juga tidak tukar tas tangan setiap hari namun beg yang saya miliki, saya mesti gayakannya walaupun sekadar ke pasar. Setiap barang kemas juga saya akan saya gayakan sesekali. Pada saya, saya tidak memegang prinsip bahawa setiap OOTD mesti berjenama; walaupun saya tidak nafikan ada beberapa jenama yang fits me well. Finally, what excites me about fashion are its varieties and evolution; and to end this I would love to emphasize that all women are beautiful on their own unique style.