RAHMAH Ali ‘bintang’ Cathay Keris yang mempunyai suara yang merdu

Oleh SYED WAFA
Foto KOLEKSI SYED WAFA

APABILA sebut nama Rahmah Ali pasti ramai yang ingat akan lakonannya dalam filem “Gurindam Jiwa” yang ditugaskan oleh ayahnya (Seniman Ahmad Sabri) seorang pembesar istana untuk menggoda Dahlan (Seniman Nordin Ahmad) supaya mengahwininya agar beliau kekal sebagai pemantun istana.

Walaupun pada mulanya setelah berkahwin beliau berjaya membuatkan Dahlan melupakan isterinya, Dahlia (Seniwati Latifah Omar) di kampung, tetapi ideanya kontang kerana Dahlia adalah sumber inspirasinya mencipta pantun.

FILEM “Gurindam Jiwa” buat pertama kali Seniwati Rahmah Ali diberi watak penting dengan bintang utamanya Seniman Nordin Ahmad dan Seniwati Latifah Omar.

Akhirnya, Dahlan meninggalkan kemewahan hidup sebagai pemantun istana dan balik ke kampung menemui isteri tercinta.

Walaupun babaknya dalam filem arahan M. Amin yang diterbitkan pada tahun 1965 itu tidak banyak, tetapi ia sudah cukup membuatkan penonton mengigati lakonan hebat beliau malah sehingga dibenci kerana dianggap sebagai perosak rumahtangga orang dengan memisahkan kasih sayang antara isteri dan suami demi kepentingan dirinya dan ayahnya.

FILEM “Gurindam Jiwa” menjadikan Seniwati Rahmah Ali terkenal bergandingan dengan bintang utamanya Seniman Nordin Ahmad.
SALAH satu babak filem “Gurindam Jiwa” Seniwati Rahmah Ali bersama Seniman Nordin Ahmad

Itulah Seniwati Rahmah Mohd. Ali atau lebih dikenali Rahmah Ali yang dilahirkan di Singapura pada tahun 1944. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Penolong Pengarah Cathay Keris, Abdul Razak atau lebih dikenali Abdullah Harun yang merupakan anak kepada Seniman Harun Omar.

Sebelum membintangi filem itu, Rahmah Ali lebih dikenali sebagai penyanyi latar untuk filem-filem terbitan Cathay Keris.

SEBAGAI Dayang dalam filem “Jula Juli Bintang Tiga” dan merupakan filem pertama lakonan Rahmah Ali
TURUT berakon dalam filem “Noor Islam” lakonan Nordin Ahmad, Salmah Ahmad, Mahmud June, Siput Sarawak dan Shariff Medan.
Filem arahan KM Basker ini diterbitkan pada tahun 1960.

Memiliki suara yang lunak dan merdu didengar, Rahmah Ali terlibat sebagai penyanyi latar untuk kebanyakan Seniwati yang membintangi filem-filem terbitan Cathay Keris.

Rahmah Ali turut menjadi penyanyi latar untuk filem “Lancang Kuning”(1962). Dalam filem arahan M. Amin lakonan Seniman Nordin Ahmad dan Seniwati Roseyatimah (Teratai). Rahmah Ali ‘meminjamkan suaranya’ dalam lagu “Patah Hati” yang dinyanyikan Teratai.

Rahmah Ali menyanyikan lagu “Patah Hati” untuk filem “Lancang Kuning” lakonan Roseyatimah pada tahun 1962.
“TUNANG Pak Dukun” antara filem lakonan Rahimah Ali.
Filem arahan S. Roomai Noor ini diterbitkan pada tahun 1960.

Bukan itu sahaja, suara beliau turut digunakan untuk lagu ‘Khayalanku’ dalam filem “Dosa Wanita.” Filem terbitan tahun 1967 arahan M. Amin dilakonkan oleh Fatimah Ahmad, Malek Selamat, Umi Kalthum dan Salim Bachik.

Penglibatannya dalam bidang lakonan bermula apabila satu hari ketika beliau ke Studio Cathay Keris bersama pencipta lagu, Zubir Said untuk merakamkan lagu filem terbitan syarikat berkenaan.

“SRI Mersing” filem arahan Salleh Ghani terbitan tahun 1961 dengan bintang utamanya Nordin Ahmad dan Latifah Omar turut dilakonkan oleh Rahmah Ali sebagai Dayang.
RAHMAH Ali dalam satu babak filem “Sri Mersing” sebagai Dayang

Ketika itu, penggambaran filem “Raden Mas” (1959) arahan Tan Sri L. Krishnan sedang dijalankan. Kehadiran beliau disedari oleh Pengarah BN Rao yang mempelawa beliau untuk ‘mengambil gambar.’

“Tiba-tiba BN Rao bertanya saya buat apa datang ke studio? Saya jawab nak rakam lagu. Tetapi beliau menyuruh saya ‘ambil gambar.’

SELAIN Seniwati Datuk Sri Maria Menado turut membintangi filem “Tun Fatimah” Yusof Latiff, Nordin Ahmad, Shariff Medan dan Roseyatimah serta Rahmah Ali.
RAHMAH Ali bersama Seniman Haji Arshad dalam satu babak filem “Tun Fatimah” arahan Salleh Ghani yang diterbitkan pada tahun 1962.

“Pada mulanya saya ingat ia habis setakat itu dan apabila sampai rumah, Mak bertanya saya ceritakan pengalaman bergambar.

“Tiba-tiba Pak Yon datang bawa surat dan beritahu esok ada shooting. Saya tanya shooting apa? Shooting filem.

“Sejak itu bermulalah kerjaya saya daripada seorang penyanyi latar untuk filem, akhirnya saya ditawarkan menjadi pelakon,” cerita Rahmah Ali bagaimana bermulanya daripada seorang penyanyi untuk filem akhirnya menjadi pelakon.

FILEM pendek bergenre komedi muzikal “Selamat Hari Raya” arahan Seniman Mat Sentol diterbitkan pada tahun 1960-an.
Para pelakon yang terlibat antaranya Nordin Ahmad, Latifah Omar, S. Roomainoor, Umi Kalthum, Yusof Latiff, A. Rahim, Haji Arshad, Roseyatimah, Suraya Harun, Rahmah Ali, Wahid Satay, Pak Yem, Dollag Sarawak, Siti Tanjung Perak, Zainal Gemok, Fatimah Ahmad, Rahimah Alias dan Mat Sentol.
Filem ini ditayangkan di seluruh rangkaisn pawagam milik Cathay Keris sebelum sesebuah filem terbitannya pada Hari Raya pertama.
BINTANG utama yang membintangi filem “Tajul Ashikin.”
Dari kanan: Nordin Ahmad, Roseyatimah, Rahmah Ali dan Mat Sentol.

Filem pertama Rahmah Ali ialah “Jula Juli Bintang Tiga” sebagai dayang istana. Diikuti dengan filem antaranya “Noor Islam, Pak Pandir Moden, Che Mamat Parang Tumpol, Tunang Pak Dukun, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Hang Jebat, Sri Mersing, Yatim Mustafa, Puteri Gunong Ledang, Tajul Ashikin, Rumah Itu Duniaku, Gurindam Jiwa dan Anak Dara.”

Walaupun sepanjang penglibatannya sebagai pelakon beliau telah membintangi lebih 25 filem dan kebanyakannya sebagai watak pembantu, pelakon tambahan atau dayang istana namun ia tidak mampu melupakan beliau pada bidang nyanyian.

Filem “Hang Jebat” arahan Hussein Haniff dibintangi Nordin Ahmad, M. Amin, Latifah Omar, Mahmud June dan Rahmah Ali.
SATU babak dari filem “Jula Juli Bintang Tujoh” lakonan (dari kiri) Fatimah Ahmad, Roseyatimah, Nordin Ahmad dan Umi Kalthum yang diterbitkan pada tahun 1962.

Rahmah Ali mula menjadi penyanyi latar untuk filem “Tunang Pak Dukun”(1960). Selain beliau turut menyanyi untuk filem berkenaan ialah Saloma dan Abdullah Chik.

Tidak terhenti setakat itu, Rahmah Ali masih terus menyumbangkan suara lunaknya dalam lagu “Lembu Patah Tandok” yang menyerikan filem “Badang”terbitan tahun 1962.

TURUT berlakon dalam filem “Dang Anom” yang dibintangi Nordin Ahmad, Fatimah Ahmad dan Siti Tanjung Perak. Filem arahan Hussein Haniff ini diterbitkan pada tahun 1962.
TURUT berlakon dalam filem “Hang Jebat” arahan Hussein Haniff dibintangi Nordin Ahmad, M. Amin, Latifah Omar, Mahmud June dan Rahmah Ali.

Bagaimanapun tidak pernah beliau menduga watak yang dilakonkan dalam filem “Gurindam Jiwa” menonjol bakatnya sebagai pelakon!

Meskipun sering diberi watak pembantu, dayang dan penari istimewanya Rahmah Ali sering dipilih menyertai rombongan Cathay Keris semasa menghadiri festival filem luar negara antaranya Festival Filem Tokyo, Jepun pada tahun 1963.

BINTANG Cathay Keris.
DARI kanan: Roseyatimah, Nordin Ahmad dan Rahmah Ali.
BINTANG dari Cathay Keris (dari kiri) Rahmah Ali, Wahid Satay, Roseyatimah, Pengarah Hussein Haniff dan Latifah Omar dengan pesawat Garuda berlepas untuk menghadiri festival filem.

Kini pada usianya 80 tahun, Rahmah Ali masih sihat dan bahagia disamping keluarga.

Ketika Wafa (Penulis) menghubungi wartawan bebas dan penggiat seni terkenal di Singapura, Ukhti Aminah baru-baru ini beliau memberitahu;

DARI kanan: Seniwati Umi Kalthum, Rahmah Ali, Loke Wan Tho, Roseyatimah dan Fatimah Ahmad yang hadir di Pesta Filem Asia pada tahun 1964, di Taipeh, Taiwan.
Gambar ini dirakamkan beberapa hari sebelum Loke Wan Tho mati dalam nahas kapalterbang pada 24 Jun 1964.
BINTANG dari Cathay Keris.
Dari kiri: Roseyatimah, Latifah Omar, Umi Kalthum dan Rahmah Ali.

“Sempena hari raya tahun lepas, saya mengajak penyanyi latar filem Shaw Brothers, Biduanita Rahimah Simen berjalan raya bertemu kawan-kawan lamanya.

“Rahimah Simen memang dikenali sebagai penyanyi latar untuk filem. Lagu ‘Erti Cinta’ (Kini Dah Tiba) berduet bersama R. Ismail untuk filem Bidasari adalah satu diantara lagu filem nyanyiannya yang diminati ramai pada zaman kegemilangan filem Melayu pada era 1960-an.

“ANAK Dara” filem arahan M. Amin yang diterbitkan pada tahun 1966 dengan bintang utamanya Seniman Tony Kassim, Suraya Harun, Malek Selamat, Jah Lelawati Ahmad Nisfu dan Rahmah Ali.
SENIWATI Rahmah Ali bukan sahaja berbakat sebagai penyanyi malah pelakon dan banyak membintangi filem terbitan Cathay Keris.

“Rahmah Ali amat gembira dapat bertemu sahabat lama beliau, Rahimah Simen dan mengembalikan nostalgia dua legenda ini,” cerita Ukhti Aminah gembira dan pastinya perkongsian ini melepaskan rindu buat peminat seniwati hebat ini.

KENANGAN indah Seniwati Rahmah Ali, Rahimah Simen dan Ukhti Aminah
SENIWATI Rahmah Ali bersama Ukhti Aminah.

Menurut Ukhti lagi, seniwati Rahmah Ali masih diberi kesihatan yang baik dan masih kelihatan jelita. kami di Ladybosz sentiasa mendoakan semoga seniwati legenda Rahmah Ali sentiasa dirahmati oleh Allah SWT… Amin

 

Previous articleKepenatan Segala Usaha, Itulah Manisnya Sebuah Kejayaan!
Next articleTaat Pada Ibu Menjadikan kita Santun dan Bahagia (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here