"Aksara" merupakan kolaborasi penulis lirik Iqie Hugh, Omar K, serta Shahir sendiri.

Oleh: Wawa Najwa

RAMAI yang sangka juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan sudah mengundur diri dari dunia seni kerana agak lama juga Ahmad Shahir Zawawi, 36, menyepikan diri.

Itu semua adalah tanggapan orang luar tapi bagi Shahir, beliau masih lagi mencintai bidang seni suara dan ketika ini tampil dengan single baharu berjudul “Aksara” yang dilancarkan pada 11 Oktober, baru-baru ini.

Shahir kembali dengan single “Aksara” setelah lama menyepikan diri.

“Aksara” merupakan tanda kemunculan semula Shahir ke persada seni, dan menjadi hadiah istimewa untuk para peminat yang telah sekian lama menunggu karya terbaharu daripadanya.

Selepas sekian lama menyepi, lagu ini dijangka akan mengembalikan Shahir ke persada muzik tempatan dan memberikan nafas baharu kepada karier beliau.

Rakaman lagu “Aksara” tidak mengambil masa yang lama.

Lagu “Aksara” merupakan kolaborasi hebat antara penulis lirik terkenal, Iqie Hugh, Omar K, serta Shahir sendiri. Manakala, Omar K juga bertindak sebagai penerbit, penggubah muzik, dan pemain keyboard untuk lagu ini.

Turut terlibat sama ialah John Jeeves yang memberikan sentuhan gitar yang mantap, serta mengendalikan proses adunan dan mastering. Vokal latar pula dipersembahkan oleh Shahir dan Omar K, menambah lapisan emosi dan kedalaman pada lagu ini.

Pembikinan video muzik lagu “Aksara”.

“Aksara” merupakan sebuah karya yang mendalam, menyingkap keindahan perasaan cinta yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Lirik lagu ini berkisar tentang cinta yang diluahkan tanpa bicara, tetapi melalui isyarat dan tindakan yang lebih bermakna.

Lirik lagu ini terutama di bahagian korus membawa pendengar ke dalam perjalanan introspektif, mengenang perasaan yang hanya boleh dirasai melalui kehadiran dan perbuatan, bukan sekadar kata-kata.

Shahir adalah juara AF8.

Rakaman vokal untuk lagu ini disempurnakan dalam masa hanya dua jam sahaja. Malahan, “Aksara” juga merupakan penglibatan pertama Shahir dalam studio selepas bertahun-tahun. Kecekapan ini membuktikan profesionalisme dan bakat luar biasa beliau, walaupun sudah lama menyepi.

Persembahan vokalnya dalam “Aksara” menggambarkan kematangan dalam nada suara dan emosi, memberikan peminat gabungan nostalgia dan bunyi yang lebih segar.

Bersama isteri tercinta, Jaskin Jaludin.
Previous articleBersyukur cukupkah sekadar ucapan Alhamdulillah? (Bahagian 1)
Next articleBahaya Kebas dan sakit ibu jari selepas bersalin? (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here