Secubit garam sebelum makan (Bahagian 1)

Oleh: Nury Kadir

Ibnu Majah meriwayatkan dalam Sunannya dari hadis Anas secara marfu’, “Raja pada lauk kamu semua adalah garam.” Disebut ‘raja’ kerana garam boleh memperbaiki kualiti dan memantapkan rasa. Kebanyakan lauk menjadi lazat setelah dicampur dengan garam.

Al-Baghawi dalam tafsirnya menyatakan dari Abdullah bin Umar secara marfu’, “Sesungguhnya Allah menurunkan empat berkat dari langit ke bumi; besi, api, air dan garam.”

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam buku Perubahan Rasulullah, garam boleh menambah kualiti tubuh manusia dan makanan. Bahkan boleh menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya seperti emas dan perak kerana garam mengandungi unsur pembersih, unsur pengemulsi, pembuang lendir akut, penyerap dan mengandungi unsur yang menguatkan tubuh serta mencegah bau busuk dan kerosakan.

Secubit garam sebelum makan banyak manfaatnya kepada badan. Tetapi jangan tanya secubit besar atau secubit kecil dan secubit itu banyak mana? Ini namanya ilmu agak-agak ikut pertimbangan logik, ia adalah simbolik.

Mengapa secubit garam sebelum atau selepas makan itu baik untuk badan? Ada sesuatu yang menarik pernah dibincangkan mengenai pengambilan garam oleh Dr. Nordin Darus. Menurutnya, garam diperlukan untuk menrangsang penghasilan asid hidroklorik. Mengapa asid hidroklorik sangat diperlukan tubuh badan kita? Tanpa asid hidroklorik, kita akan mudah mendapat gerd, kembung perut dan masalah penghadaman kerana makanan berat seperti protein tidak dapat diproses tanpa kehadiran asid hidroklorik yang mencukupi.

Keduanya, garam penting kepada kelenjar adrenal yang terletak di atas buah pinggang yang tugasnya mengeluarkan hormon seperti kortisol, adrenalin dan sebagainya diperlukan untuk menjaga fungsi tubuh dan sodium chloride diperlukan untuk itu.

Ketiga, garam adalah bahan yang paling diperlukan tubuh untuk meningkatkan sistem imun walaupun bukan sepenuhnya tugas garam tetapi garam masih memainkan peranan penting. Garam menjaga banyak fungsi badan terutamanya yang berkaitan isyarat otak dan amat penting bagi pemprosesan maklumat dan komunikasi oleh saraf neuron untuk menghantar isyarat setiap masa dari peringkat janin hingga ke peringkat kematian.

Bahkan garam juga menjaga keseimbangan air dalam badan, untuk melancarkan fungsi hormon dan enzim. Tiga penawar terbaik di dunia yang Allah ciptakan adalah udara, air dan garam. Nampak garam macam pasir yang tidak berharga tetapi ia mempunyai fungsi hebat dalam hidup.

Keempat, garam penting untuk orang yang banyak makan gula dan diabetes kerana ia menjaga kestabilan insulin. Garam membantu mengimbangi paras gula dalam darah dan mengurangkan kebergantungan kepada insulin.

Seterusnya garam adalah unsur hebat untuk menentang tekanan, merawat gangguan emosi dan gejala kemaruk. Untuk mencegah kemurungan pastikan pengambilan garam sihat dan berkualiti tinggi yang cukup. Jika anda rasa tidak yakin dan selalu berfikiran negatif, jangan berpantang dengan garam.

Apabila jiwa kacau selalunya digalakkan makan coklat tetapi kita lupa pada garam yang murah. Garam juga penting untuk mengekalkan keyakinan diri dan imej positif. Kenapa? Kerana garam memelihara paras serotonin dan melatonin dalam otak. Manakala kemurungan, emosi dan keterampilan peribadi dikawal oleh serotonin dan melatonin.

Image by 8photo on Freepik

Adakah anda cukup garam?

Menurut Dr. Nordin Darus antara tanda-tanda tidak cukup garam antaranya:
1. Selalu letih tanpa sebab.
2. Senang pening kepala- maksudnya bukan pening kepala migrain tetapi tiba-tiba pening kepala tanpa sebab. Berkemungkinan kurang garam, cuba ambil sedikt garam dan letakan atas lidah untuk merangsang isyarat, ia boleh melegakan pening kepala. Sebelum keluar rumah untuk perjalanan yang jauh amalkan minum air garam sedikit.
3.Otot bergerak tanpa dapat dikalwal juga disebabkan kekurangan garam.
4. Kram otot- sebelum makan atau hendak melakukan aktiviti ambil sedikt garam terlebih dahulu lebih baik berserta dengan air.
5. Perasaan serba tidak kena tanpa sebab, itu pun petanda garam tidak cukup.
6. Otot jadi lemah dan ketika hendak naik tangga kaki terasa berat.
7. Mental fogging atau kabus otak- simptom yang menyebabkan kesukaran untuk berfikir, fokus dan mengingati sesuatu.

Mari kita betulkan pemikiran tentang garam yang dianggap jahat dan penyebab darah tinggi. Jika kita betul-betul menggunakan garam, ia malah menjadi penawar. Tidak boleh terlalu banyak atau terlalu sedikit, cukuplah 1-1 1/2 sudu kecil atau 1-1.5 gram sehari atau dua cubit garam untuk 500ml air untuk sekali minum tapi tidak termasuk garam yang dicampurkan di dalam makanan.

Manakala garam yang berkualiti tinggi dan digalakkan pengambilannya adalah garam himalaya dari Pakistan. Garam laut yang berkualiti tinggi adalah celtic salt kerana bebas daripada pencemaran mikroplastik yang berbahaya kepada kesihatan.

Itu antara kepentingan garam yang telah dikaji dari sudut sains.Tidak ada yang dapat menafikan garam begitu penting dalam kehidupan seharian sehingga ada yang mengaitkan mengambil secubit garam sebelum makan adalah sunnah Rasulullah SAW.

Benarkah Nabi SAW mengamalkan secubit garam sebelum makan? Berikut adalah jawapan yang ditemukan di dalam www.muftiwp.gov.my.
Menurut penyelidikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan dengan hadis-hadis yang membicarakan tentang memakan garam sebelum menjamah makanan maka dapat disimpulkan bahawa hadis-hadisnya adalah palsu. Pun begitu, sekiranya seseorang itu ingin mengamalkan makan secubit garam sebelum dan selepas makan maka ia tidaklah menjadi suatu kesalahan selagi mana tidak menyandarkan amalan tersebut adalah daripada Rasulullah SAW.

#Ikuti sambungan bahagian ke 2 mengenai kepentingan garam pada tubuh badan

Previous articleDi sebalik kes adendum Najib Razak!
Next article2025 Diet seimbang vs diet jahanam (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here