Kismah Johar kini masih aktif berlakon...terbaru dalam adegan Hospital Loveline.

Oleh: Nafsiah Jani
Foto: Ehsan Kismah Johar/Koleksi Syed Wafa

Dalam meniti usia 74 tahun pelakon veteran, Kismah Johar masih mementingkan penjagaan kesihatan dan tenaga. Disebabkan itu Kismah sanggup berhabisan ribuan ribu ringgit demi memastikan kesihatannya terjaga dan dirinya sentiasa bertenaga.

“Alhamdulillah dalam meniti usia ini, Kak Kis masih lagi bertenaga, sihat dan tiada sebarang penyakit. Kak Kis tak ada rahsia jaga kesihatan, apa yang Kak Kis buat adalah jaga kesihatan dan pemakanan. Malam Kak Kis tak makan makanan yang berat-berat kerana Kak Kis banyak amalkan makan suplemen.

Lakonan mantap Kismah Johar dalam drama Keluarga Iskandar yang diangkat ke layar perak bertajuk “Keluarga Iskandar The Movie.”

“Sekarang Kak Kis makan produk Amway antaranya minyak ikannya sebiji sehari, kalsium pula dua biji, B Complex dua biji dan Bio C juga dua biji sekali makan. Pagi pula Kak Kis amalkan makan madu dan kadang-kadang suplemen cecair untuk kesihatan dan tenaga.

“Kak Kis memang pencinta suplemen. Asalkan suplemen itu dapat bekalkan tenaga, Kak Kis akan mengambilnya tak kisah jenama apa asalkan elok untuk kesihatan. Sebulan Kak Kis bajet RM1,500 untuk membeli produk kesihatan sebegini,” kata Kismah yang mesra membahaskan dengan panggilan Kak Kis

Filem “Sayu Yang Syukur” menampilkan Kismah Johar sebagai watak utama.

Menurut Kismah lagi yang kini sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri Rumah Tanpa Luka, dia begitu prihatin dengan kesihatannya sejak muda lagi.

“Mana-mana makanan yang kita tahu akan buat penyakit, cepat-cepat Kak Kis elak untuk mengambilnya. Kak Kis juga tak begitu gemar air manis dan kalau nak rasa gula pun Kak Kis ambil bersama stevia. Sekarang Kak Kis suka dengan kopi ustaz Khazim kerana rasanya yang sedap walaupun ianya tawar.

Kismah Johar dalam drama khas sempena Ramadan iaitu “Imamkan Aku”

“Kalau tak sibuk, Kak Kis juga akan luangkan masa seketika untuk membuat senaman ringkas seperti berlari-lari anak, stretching dan berbasikal di kawasan taman.”

Menyentuh mengenai skrip pula, kata Kismah lagi, dalam usia begini, beliau mengambil masa untuk menghafal dan memahami skrip.

Kismah Johar dalam drama “Kuih Muah”

“Selalunya Kak Kis baca skrip sebanyak tiga kali sehingga faham.Kemudian kita boleh mengubah sedikit agar maksudnya tidak lari. Kak Kis sentiasa buat begini agar tidak menggelabah ketika di lokasi.”

Setelah 10 tahun memegang jawatan Pengerusi Persatuan Yayasan Artis Veteran Malaysia (YVAM) Kismah Johar akhirnya meletakkan jawatannya.

Kismah Johar pelakon veteran yang sehingga kini masih mendapat tawaran berlakon.

“Cukuplah 10 tahun berkorban tak ambik job berlakon yang besar-besar demi persatuan dan nak bantu dan beri khidmat bakti pada ahli-ahli YVAM. Kalau masih terus pegang jawatan, Kak Kis mungkin takkan dpt meneruskan kerjaya seni sebagai pelakon sebab ada tanggungjawab pada persatuan.

“Kini Kak Kis ambik keputusan utk diri sendiri pulaklah sebab nak bagi tumpuan pada kerjaya pulak dipenghujung usia ini, ketika masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah dan Kak Kis bersyukur sangat-sangat masih dapat banyak tawaran berlakon,” katanya menegaskan bahawa dirinya masih ingin berlakon dan belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya yang dicintainya.

Kismah Johar bersama pelakon drama “Hospital Loveline”.

Di waktu lapangnya Kismah banyak menghabiskan masa bermain dengan kucing-kucing peliharaannya sebanyak 10 ekor yang merupakan terapi membahagiakan buat drinya.

Kini Kismah diberi amanah sebagai Ahi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri Kebajikan dan Data Industri Finas dan Penasihat Persatuan Seniman..

Mengimbau fasa permulaan, ketika mula-mula terjun ke dalam bidang lakonan lebih lima dekad lalu, tambah KIsmah lagi minat berlakon bermula sejak kanak-kanak lagi.

(kanan sekali) Kismah Johar bersama pelakon dan krew drama “Hospital Loveline”

“Dalam kalangan mereka tiga beradiknya, hanya Kak Kis yang mewarisi darah seni keluarga dan meneruskan legasi ibu seorang pelakon teater opera Cina. Arwah ibu berketurunan Baba Nyonya dari Singapura dan ayahnya pula campuran Jepun dan Indonesia. Setelah berkahwin, dunia seni nenek berakhir begitu saja apabila dia bergelar isteri.

Kismah anak bongsu daripada tiga beradik memulakan kerjaya lakonan pada usianya mencecah 30-an, sekitar tahun 1973. Ketika itu dia hanya berlakon secara separuh masa disebabkan masih berkhidmat dalam sektor kerajaan sebagai Penolong Pegawai Tadbir dan bersara awal pada tahun 1998.

Keluarga bahagia Kismah Johar (duduk tiga dari kanan) bersama anak, menantu dan cucu-cucu.

“Kak Kis bergelar pelakon pada usia 32 tahun. Kak Kis cuba nasib sebagai pelakon bukan untuk mengejar glamor, sebaliknya ingin berkarya. Disebabkan terlalu minat, Kak Kis sanggup menggunakan semua cuti untuk berlakon. Kak Kis sungguh bertuah kerana majikan tidak pernah halang keinginan untuk berlakon, malah saya dibenarkan untuk aktif berlakon asalkan tidak menganggu kerja hakiki di sektor kerajaan,” ujar anak kelahiran Ipoh, Perak ini.

Sepanjang penglibatannya sebagai pelakon, Kismah telah membintangi lebih lebih 500 drama dan filem antaranya Sate, Gila-Gila Pengantin, Remp-It, Janin, Sembunyi: Amukan Azazil, Berani Jadi Papa dan Keluarga Iskandar The Movie.
Bercakap mengenai drama –drama lakonannya, jelas Kismah lagi, dia begitu menyukai wataknya dalam drama Kampung People dan Keluarga Iskandar.

Kismah Johar lambang wanita yang gigih dan cekal dalam hidup penuh pancaroba.

Kismah juga berbangga dengan pencapaiannya apabila pernah dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (BH) Ke-34 bersaing dengan pelakon Vanidah, Ning dan Liza dalam filem Keluarga Iskandar The Movie. Watak Mak Jah dalam drama Keluarga Iskandar yang bermula dari 2012 hingga 2015

Kini Kismah merupakan ibu kepada dua orang anak, Zuriwan Zakaria ,49, dan Zuhairi Zakaria , 47 serta nenek kepada tujuh orang cucu. Cucunya merupakan tiga cucu perempuan dan empat orang cucu lelaki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here