Image by stefamerpik on Freepik

Oleh : Asmat Fikri

Mana-mana penyakit tentunya ada kesan tersendiri. Sama ada kesan atau komplikasi itu teruk atau tidak, sikit atau banyak dan cepat atau lambat. Begitu juga dengan penyakit tiroid. Namun, untuk lebih faham, kita pecahkan komplikasi ini kepada setiap masalah tiroid itu sendiri. Jadi mari kita tengok komplikasi tiroid yang sangat bahaya jika tidak dibendung dari awal lagi.

1.Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut :

1(a). Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik.

2 (b). Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.

3(c). Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.

4 (d). Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.

5 (e). Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).

6 (f). Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.

Image by Lifestylememory on Freepik

2) Hipertiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut :

1 (a). Masalah jantung seperti “atrial fibrillation” dan lemah jantung boleh
terjadi akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.

2 (b). Masalah tulang rapuh (osteoporosis) akibat gangguan ke atas
metabolisme kalsium di dalam badan.

3 (c ). Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit Grave di mana bola mata akan terbonjol, merah dan bengkak.

4 (d). “Thyroid storm”- keadaan yg amat serius dan boleh meragut nyawa di mana terdapat gejala-gejala seperti demam panas, denyutan jantung yang laju dan keadaan tidak sedarkan diri.

Kesan Goiter yang terlalu besar pula boleh menyebabkan masalah kesukaran bernafas atau menelan di samping masalah dari segi kecantikan/kosmetik. Jika ia menyebabkan terjadinya barah tiroid, harus diingat, barah tiroid boleh berlaku semula walaupun selepas pembedahan membuang kelenjar tiroid dijalankan, lebih-lebih lagi dalam tempoh 5 tahun selepas pembedahan.

Pemeriksaan dari semasa ke semasa perlu dilakukan bagi mengesan barah tiroid daripada berlaku semula. Barah tiroid yang berlaku semula boleh dirawat sepenuhnya.

Image by stefamerpik on Freepik

Boleh rawat ke penyakit tiroid ini?

Untuk pesakit yang mempunyai masalah gangguan tiroid, rawatan perubatan perlu dimulakan segera. Masalah tiroid ini boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan. Ia bergantung kepada jenis masalah tiroid tersebut.

Bagi pesakit mempunyai masalah hipotiroidisme, hormon tiroid boleh diganti dengan pengambilan pil sintetik hormon tiroid secara oral.

Pun begitu, untuk masalah tiroid kategori hipertiroidisme, penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid dapat dikurangkan melalui ubat-ubatan yang diambil secara oral. Bagi mengawal gejala-gejala yang disebabkan oleh hipertiroidisme seperti denyutan jantung yang laju, terdapat ubat-ubatan yang boleh diberi secara oral juga.

Jika masalah hipertiroidisme tidak dapat dikawal secara ubat-ubatan, rawatan ablasi radioaktif dapat digunakan untuk mematikan tisu kelenjar tiroid secara selektif.

Untuk peringkat yang lebih tinggi, rawatan secara pembedahan adalah perlu bagi masalah tiroid yang terdapat kemungkinan merupakan barah tiroid. Pembedahan juga boleh dijadikan sebagai rawatan jika goiter terlalu besar hingga menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau kesukaran untuk menelan juga untuk kes nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan yang tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan.

Penutup

Kesimpulannya, penyakit tiroid boleh menganggu emosi dan rutin harian jika tidak dirawat segera. Justeru, sesiapa yang merasakan ada tanda atau gejala yang seperti disebutkan di atas khususnya kepada para wanita diingatkan perlu ambil tindakan dengan segera. Lakukan segera melakukan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan agar jika ada penyakit tiroid, ia masih dalam peringkat awal dan boleh dirawat.

Previous articleManfaat buah delima
Next articleNoryn Aziz damba mini showcase untuk tampil sisi diri sebenar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here