Image by azerbaijan_stockers on Freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Manfaatnya boleh dinikmati sama ada dengan makan buah ini secara biasa, mengambil jusnya setelah dikisarkan atau menjadikannya cuka delima.

Menurut kajian yang dilakukan American Journal of Clinical Nutrition, mendapati buah delima kaya dengan sebatian antioksidan yang mampu mencegah mencegah oksidasi LDL atau kolesterol jahat dalam tubuh. Ini bermakna proses pengerasan dan penyumbatan dalam saluran darah dapat dicegah.

Dalam satu gelas jus delima mengandungi lebih banyak sebatian antioksida dibandingkan dengan satu gelas red wine, teh hijau atau jus orange. Manakala sari buah delima juga tinggi kandungan flavonoidnya, suatu jenis antioksidan kuat yang penting peranannya untuk mencegah berkembangnya radikal bebas di dalam tubuh sekaligus memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak.

Buah ini juga kaya dengan vitamin C, antioksidan, serat dan agen antiradang. Oleh itu seseorang yang prihatin dengan kesihatan mereka disarankan untuk mengambil jus delima ini setiap hari. Dibawah ini kami paparkan kebaikan dan manfaat jus delima dalam kehidupan manusia sehari-hari.

  1. Kandungan vitamin C yang banyak didalamnya membantu tubuh jadi kebal daripada sebarang penyakit. Selain itu, antioksidan yang terkandung dalam buah delima dapat melindungi tubuh dari sebarang jangkitan dan mencegah kerosakan sel sehingga tubuh terlindung daripada komplikasi penyakit kardiovaskular.
  2. Jus delima kaya dengan kandungan antioksidan polifenol dapat melawan aterosklerosis serta peradangan pembuluh darah dan membantu menurunkan tekanan darah. Kajian meta-analisis yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacological Research menemukan bahwa paling cepat hasilnya dapat dilihat dalam masa dua minggu atau 12 minggu. Secara tidak langsung ia juga membantu mengurangkan kadar kolesterol dan menjaga jantung.
  3. Buah delima juga bagus untuk mendapat kulit yang sihat kerana ia mengandungi vitamin E dan vitamin C. Vitamin C dalam buah delima dapat membantu meningkatkan produksi kolagen yang penting bagi menjaga kekenyalan kulit. Manakala vitamin E pula bertindak sebagai antioksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari dan penuaan.
  4. Penyakit alzheimer disebabkan oleh kerosakan sel otak secara perlahan menyebabkan pesakit menjadi pelupa dan tidak mempunyai kemampuan sosial. Dalam kajian Vanderbilt University Medical Center mendapati bahawa orang yang minum jus delima 3 kali atau lebih dalam seminggu, dapat menurunkan risiko terkena alzheimer hingga 76% dibandingkan orang yang tidak meminumnya.

    Image by azerbaijan_stockers on Freepik
  5. Buah delima juga dikatakan dapat menghalang penyakit kanser seperti yang dilaporkan dalam Jurnal Molecules. Dikatakan beberapa komponen tertentu dalam buah delima dapat mencegah dan menghancurkan sel kanser payudara serta memperlambat perkembangan reproduksi sel kanser prostat dan sekaligus menghalang kematian akibat sel kanser.
  6. Bagi mereka yang menghadapi masalah kesuburan dan penurunan dalam hubungan seks, disarankan minum jus delima. Jus delima dikatakan berfungsi untuk meningkatkan testosteron pada lelaki mahupun wanita. Manfaat lain, ia juga dapat meningkatkan prestasi seksual dan kesuburan berikutan kandungan antioksidan, zat dalam mengendalikan radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif.Tekanan oksidatif ini memang dikaitkan dengan disfungsi sperma dan penurunan kesuburan pada wanita.
  7. Mereka yang menghadapi masalah penghadaman disarankan untuk mengambil jus delima. Jus ini membantu mengurangkan masalah radang pada usus dan menjaga kesihatan sistem penghadaman. Namun mereka yang mengalami masalah cirit-birit, sebaik-baiknya hindari buah atau jus delima sehingga keadaan perut kembali pulih.
  8. Buah delima juga dapat membantu menguatkan tulang serta mencegah berlakunya Osteoporosis. Kandungan antioksidan dan vitamin K yang terdapat dalam buah delima ternyata memberi manfaat untuk kesihatan tulang. Antioksidan dapat mengurangi kerosakan oksidatif pada sel-sel tulang, menjadikan tulang kuat.
Previous articleAmalan di bulan Syawal
Next articleKomplikasi serta kesan tiroid kepada penghidapnya (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here