Man Bai kini masih dalam proses belajar.

Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Ehsan Bai/Koleksi Syed Wafa

Dalam kesibukannya mengejar dunia, penyanyi Man Bai, 58, juga menyatakan rasa takut dan gusarnya untuk bertemu Allah. Man Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Osman yang popular dengan lagu Kau Ilhamku merasa bersyukur kerana apa yang Allah bagi pada dirinya semuanya sudah mencukupi.

“Sekarang ini saya rasa tak cukup apa yang saya nak bagi pada Allah. Yang tak cukup tu…banyak… seperti iman, ketakwaan dan macam-macam lagi. Itu sebabnya saya rasa masih belum bersedia dan takut nak bertemu Allah lagi sebab masih rasa kekurangan dan tak cukup ilmu agama dalam diri ini.

Antara album terawal kumpulan Gersang iaitu “Suratan Takdir.

“Dosa yang sedia ada dah banyak. Bila menonton televisyen dan bila terlihat perempuan tergedik-gedik itu atau benda-yang tak elok, dah saya pula terkutuk mereka. Makin bertambah pula dosa saya dibuatnya,” kata Man Bai bapa kepada tiga orang anak ini.

Man Bai penyanyi, pemuzik, penulis lirik, penerbit rakaman, penggubah lagu, pelakon dan yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air bersama kumpulan Gersang kini kembali dengan pelbagai idea bagi memastikan album solo dan kumpulan Gersang kembali diterima peminat.

Man Bai (tengah) bersama anggota kumpulan Gersang (dari kiri) Jojet, Acis dan Man Greng.

Man Bai bersama kumpulan Gersang yang dibentuk pada tahun 1981, mula mencipta nama di pentas muzik tempatan dengan album Gersang pada tahun 1988. Selepas album ketiga Gersang yang berjudul B29 (1989), Man Bai berhadapan dengan cabaran apabila menghidap penyakit tonsil yang agak serius dan memerlukan pembedahan. Beliau kemudiannya berehat selama hampir enam tahun.

Kehebatan vokal dan lagu kumplan Gersang yang begitu malar segar, Man Bai pernah memenangi Anugerah Industri Muzik 1996 (AIM) bagi kategori Penyanyi Lelaki Solo Terbaik.

Populariti kumpulan Gersang menyebabkan mereka sering menjadi penghias kulit majalah hiburan terkenal tanah air antaranya Media Hiburan.

Man Bai yang kebetulan waktu itu baru sahaja berkahwin dan demi mencari rezeki, Man Bai bekerja sebagai kru pentas mengendalikan konsert artis-artis RAP seperti Sheila Majid dan Zainal Abidin.

Pengalaman bekerja selama 10 tahun di studio rakaman bersama Roslan Aziz ini banyak dimanfaatkan Man Bai bagi menimba ilmu dan kini Man Bai juga sudah mempunyai studio rakaman miliknya sendiri iaitu sebuah studio muzik Studio yang diberi nama Sinetones Studios Sdn. Bhd. yang terletak di Ukay Boulevard, Hulu Kelang.

Kumpulan Gersang yang begitu digilai oleh peminat.

“Hari-hari saya ada di studio dari pukul 2 petang hingga 9 malam. Saya tak ada pekerja dan sayalah penjaga studio dan sound engineers untuk mereka yang ingin buat rekoding, berlatih muzik dram, masuk vokal dan lain-lain lagi.

“Kini saya tengah sibuk nak cari material untuk album kumpulan Gersang dan album solo saya sendiri yang akan dimuatkan dengan lima lagu lama dan lima lagu baru.”

Pada 2011, Man Bai pernah menghasilkan versi lain lagu Kau Ilhamku 2011 yang menampilkan petikan gitar sebagai bunyi utama. Lagu ciptaan Asmin Mudin itu juga diberi nafas baharu yang berjudul Kau Ilhamku 2020 dengan susunan muzik baru serta iringan petikan piano, tiupan seruling dan gesekan biola, sekali gus menyerlahkan lagi keindahan melodinya.

Zaman popularitinya Man Bai menjadi penghias kulit majalah Media Hiburan bersama Awie dan Nash Lefthanded.

Man Bai menambah, dia kini tengah berusaha untuk menjayakan projek bersama anggota Gersang yang lain.

“Kami bermula dengan empat orang dan memang saya plan nak buat semula album yang dipanggil `back to basic’. Projek ini melibatkan Jojet, Man Greng dan Kid sepertimana album Masih Aku Terasa, mungkin kami buat lagu-lagu lama tapi dengan susunan muzik baru. Buat masa ini, projek ini tidak dapat dilaksanakan kerana masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.

Antara album solo Man Bai.

“Saya nak tekankan lagi, Gersang tidak berpecah sebaliknya kami berehat seketika kerana saya mengundurkan diri disebabkan tonsil. Saya juga bangga sebab peminat mengenali setiap anggota kumpulan Gersang berbanding sesetengah kumpulan hanya orang mengenali vokalisnya sahaja.

“Pada saya peminat kenal setiap anggota Gersang disebabkan bakat mereka sendiri. Bukan seperti sekarang tak ada bakat pun mereka nak jadi penyanyi,”ujar Man Bai lagi yang mengatakan hingga sekarang dirinya masih dalam proses belajar.

Man Bai merenung nasibnya kerana takut kerana ilmu agamanya masih sedikit.

Man Bai yang mengagumi bakat penyanyi Aina Abdul dan Ernie Zakri berkata, dalam industri seseorang penyanyi perlu ada `killer song’ untuk terus diingati.

“Harap nama pun susah juga, itu sebabnya seseorang penyanyi perlu ada lagu `killer song’. Lagu ini umpama signature mereka dan kalau asyik nyanyi lagu orang lain pun susah juga.”

Gersang tidak pernah berpecah!

Selain menyanyi, sewaktu zaman kegemilangannya, Man Bai juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Layar Lara (1997), Syukur 21 (2000), Cinta 200 Ela (2002) Buskers (2018), 1957: Hati Malaya, Puteri Gunung Ledang 2004 dan Ah Loke Café. Kehebatannya beraksi dilayar perak dengan filem pertamanya, Layar Lara melayakkannya dicalonkan bagi anugerah Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia (FFM13 ) pada 1997.

Anatar album yang pernah dihasilkan adalah Masih Aku Terasa (1987), Suratan Takdir (1988), B29 (1989). Manakala album solo Man Bai pula bertajuk Man Bai (1995), Positif (1999) dan Inspirasi (2011). Antara lagu popular Man Bai ialah Suratan Takdir, Masih Aku Terasa, Saling Mengerti, Sendiri, Sunyi, Mimpi, Manusia Biasa dan Bersama Suara Hati.

Penampilan terkini Man Bai di usia 58 tahun.
Previous articleAyu Damit tidak mudah putus asa, sentiasa mencuba
Next articleDapatkan set istimewa Tahun Baru China di Restoran Rasa Rosz sehingga 11 Februari!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here