Oleh: Nafsiah Jani

Mungkin cuti ini anda teringin membawa keluarga makan sambil menikmati hidangan yang lazat pada harga yang berpatutan. Kunjungilah Restoran Rasa Rosz di Wangsa Maju dan Putrajaya yang menawarkan harga promosi set sambutan Tahun Baru China sehingga 11 Februari ini.

Set sambutan Tahun Baru China yang ditawarkan di Restoran Rasa Rosz, lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya ini berupa Set A yang berharga RM55 dan Set B (RM65).

Hidangan Set A (RM55) menawarkan tiga pilihan Appetizer berupa Honey Sambal Chicken Wing atau Gulai Buttermilk Chicken Wing ataupun Bao Bao sebagai sajian pembuka. Manakala bagi sajian utama pula, pelanggan boleh memilih Chicken Buttermilk Rice atau Seafood Cantonese Kuey Teow yang dihidangkan bersama dessert Shaved Ice Tropical Cocktails.

Bagi Set B (RM65) pula terdapat Honey Sambal Chicken Wing atau Gulai Buttermilk Chicken Wing atau Bao Bao sebagai appetizer pembuka selera. Sajian utama (main course) pula boleh memilih salah satu daripada hidangan iaitu Spaghetti Duck Shitake Mushroom atau Pan Fried Seabass Cauliflower Rice bersama dessert Shaved Ice Tropical Cocktails.

Chicken Buttermilk Rice yang lazat lagi menyelerakan.

Terdapat juga tawaran promosi sambutan Tahun Baru China untuk pelanggan di Restoran Rasa Rosz, AEON Big Wangsa Maju iaitu Set A yang berharga (RM48). Appetizer sebagai sajian pembuka yang diberikan berupa Cucur Kakiage. Manakala sajian utama (main course) pula pelanggan boleh memilih antara Chicken Buttermilk Rice atau Seafood Cantonese Kuey Teow bersama air Tropical Amber.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan masakan di Restoran Rasa Rosz ini yang boleh dinikmati sesiapa sahaja tanpa mengira latar.

Mungkin anda juga tertanya-tanya bagaimana setiap hidangan ini disediakan. Bagi yang ingin mengetahui cara penyediaan hidangan lazat dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz.

Bao Bao yang mesti dicuba.

Platform ini juga menampilkan banyak konten menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Restoran Rasa Rosz juga menyediakan hidangan lempeng dengan kari ayam, lempeng pisang dengan kelapa, cucur udang dan Farma Fries. Mungkin masih terasa tidak puas atau tidak cukup kenyang, cubalah juga hidangan pencuci mulut pisang goreng bersama ice cream, milky peach ataupun ice sea coconut longan.

Appetizer Honey Sambal Chicken Wing yang enak bersama sambal madu

Jika inginkan kelainan ketika menikmati hidangan petang tersebut, nikmati rasa sebenar matcha latte gula Melaka sejuk dan panas, terdapat juga minuman panas matcha latte, matcha latte gula Melaka float, teh tarik dan Peach Laici yang turut dimasukkan biji selasih bagi menyegarkan tubuh dan baik untuk kesihatan.

Selain Peach Laici, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan antaranya Epal Asam Boi, Sweet Splash, Calamansi Asam Boi, Tembikai Laici, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.

Cucur Kakiage bersama dua sambal pilihan.

Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall ini juga turut menyediakan lebih 13 jenis menu baru menu pemakanan sihat yang berasaskan sayur-sayuran sesuai untuk mereka yang ingin berdiet. Malah Restoran Rasa Rosz ini memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga kerana segala-galanya ada di sini.

Selain rasa yang cukup enak dan menyelerakan, gaya hidangan juga turut membuat anda terpesona untuk terus menikmatinya. Setiap menu pula dijual pada harga yang cukup berpatutan jika dibandingkan dengan restoran lain di IOI City Mall. Harga setiap menu dijual pada harga yang sangat berpatutan, hidangan yang lazat dan makan dalam suasana yang santai.

Spaghetti Duck Shitake Mushroom yang mesti dicuba

Antara makanan sihat yang lain termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi. Menu-menu baru ini juga ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam setiap hidangan.

Restoran Rasa Rosz juga menyajikan hidangan Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia

Seafood Cantonese Kuey Teow.

Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Pan Fried Seabass Cauliflower Rice.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Bagi yang ingin meraikan orang tersayang atau datang secara berkumpulan, kunjungilah Restoran Rasa Rosz di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau hubungi 013-8082772 (call/ whatsapp). Manakala untuk tempahan Restoran Rasa Rosz, lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya yang dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam hubungi 012-8217714.

Previous articleMan Bai rasa masih kurang ilmu agama dan takut nak jumpa Allah!
Next articleUntuk Terus Maju!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here