Image by jcomp on Freepik

Oleh : Asmat

Kurang seminggu lepas, kita semua dikejutkan dengan kematian bayi berusia enam bulan iaitu anak bongsu kepada pelakon Ayu Raudhah dan bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak iaitu Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia ketika tidur di Seremban, Negeri Sembilan.

Meskipun belum keluar pengesahan rasmi dari pihak hospital, namun ramai yang berpandangan bayi Raees ini meninggal kerana sindrom SIDS. Apakah itu SIDS? Mungkin ramai yang masih belum memahami maksud sebenar yang dipanggil Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).

Menurut Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi seperti yang dikongsi beliau menerusi laman sosial miliknya menjelaskan, Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ialah kematian bayi berusia kurang daripada 1 tahun tanpa diketahui punca, walaupun selepas semakan sejarah klinikal, pemeriksaan tempat kematian dan bedah siasat.

Ia berlaku ketika bayi tidur, biasanya antara jam 0000 dan 0600. Dan faktanya 90% SIDS berlaku pada bayi yang usianya kurang daripada 6 bulan.

Jika ingin bincang berkenaan puncanya, masih tiada sebab yang jelas meskipun dari pihak pakar kesihatan sekalipun. Namunn apa yang boleh dikongsikan adalah kebanyakan bayi yang mengalami SIDS ini mungkin mempunyai simptom atau sebab berikut:

1. Tidur posisi meniarap (prone)
* Kajian menunjukkan posisi ini mengurangkan ‘arousal’ (keterjagaan) dan mempunyai kejadian ‘obstructive’ (pernafasan tersumbat) lebih panjang. Seterusnya ia mengurangkan reaksi terhadap kejadian ‘obstructive’ tersebut akibat daripada kurang ‘arousal’ (atau tidur terlalu lena).

* Kajian lain menunjukkan ‘threshold’ untuk ‘arousal’ adalah lebih tinggi pada bayi yang berusia kurang daripada 5-6 bulan. (Bayi berusia kurang daripada 5-6 bulan tidur lebih lena dan lebih sukar terjaga).

* Oksigen di otak adalah lebih rendah bagi bayi yang tidur dalam posisi ‘prone’ (meniarap) berbanding ‘supine’ (menelentang), terutamanya bagi bayi pramatang.

2. Tidur atas permukaan lembut atau dengan bantal, selimut atau mainan lembut (soft toys) atas katil termasuklah penggunaan ‘sleep positioner’.
Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak anda tidur dalam keadaan muka mereka telungkup pada tempat tidur atau diselimuti oleh kain pada bahagian kepalanya. Ini sangat berisiko menghalang aliran udara lantas menyebabkan sesak nafas.

3. Tidur di atas katil atau sofa bersama orang dewasa atau bersama kanak-kanak lain dan berkongsi katil. Walaupun risiko SIDS menurun jika bayi tidur di bilik yang sama dengan ibu bapanya, risiko meningkat jika bayi tidur di tempat tidur yang sama dengan ibu bapa, adik-beradik atau haiwan kesayangan. Dibimbangi bayi akan terhimpit dengan ibu bapa atau objek lain di sekeliling hingga menyebabkan sesak nafas.

4. Memakai pakaian terlalu banyak lapis ketika tidur. Ia dibimbangi terlalu panas. Terlalu hangat ketika tidur boleh meningkatkan risiko bayi mengalami SIDS.

5. Dilahirkan oleh ibu yang merupakan perokok

6. Dilahirkan oleh ibu berusia bawah 20 tahun atau yang tidak mendapat penjagaan perubatan ketika mengandung

7. Bersalin terlalu awal atau berat kurang daripada normal. Jika bayi dilahirkan lebih awal dan mempunyai berat lahir yang rendah bakal meningkatkan peluang si manja anda mendapat SIDS.


Faktor kemungkinan menyebabkan SIDS yang sering berlaku kepada bayi adalah disebabkan:
• Kerosakkan otak: SIDS dikaitkan dengan kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
• Mutasi genetik: Mutasi genetik tertentu boleh mengganggu penghasilan lemak dan kolesterol, yang boleh menyebabkan jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba.
• Masalah sistem imunisasi: SIDS dikaitkan dengan masalah sistem imunisasi.
• Gangguan metabolisme: SIDS dikaitkan dengan gangguan metabolisme.

Bagi menjawab persoalan berkenaan apakah kitab oleh mengelakkan sindrom SIDS ini? Jawapan terbaik adalah, ajal dan maut itu tentunya kita harus yakin percaya semuanya dari Allah. Namun, jika kita boleh elakkan untuk kurangkan risiko serta sebagai salah satu ikhtiar kita, ini caranya:

1. Tidur posisi menelentang (supine position)
2. Berkongsi bilik, namun bayi perlu tidur di atas katil khusus tanpa kongsi dengan sesiapa (katim/tilam asing)
3. Tidur di atas permukaan yang ‘firm’ (bukan sofa, tilam air, kusyen) yang terlalu lembut.
4. Jangan tidurkan di dalam ‘car seat’ kecuali ketika di dalam kereta. Jangan juga menggunakan stroller / buaian sebagai rutin.
5. Alihkan bantal dan soft toys daripada katil bayi
6. Jangan tutup kepala bayi ketika tidur
7. Jangan pakaikan pakaian terlalu banyak lapis ketika tidur
8. Berhenti merokok termasuklah ahli keluarga dalam rumah yang sama
9. Menyusu badan

Semoga semua bayi kita selamat dalam perlindungan Allah sentiasa. Hati ibu bapa tidak sedih apabila anak yang dah dijaga sebaik mungkin walaupun selama beberapa bulan itu pergi tanpa sebarang tanda. Sesungguhnya reda itu tinggi darjatnya di sisi Allah jika ini adalah ketentuan dariNya yang terpaksa kita hadapi.

*Ikuti artikel bahagian kedua mengenai SIDS dann cara untuk mengatasi masalahnya daripada terjadi.

Previous articleCara hilangkan bulu-bulu halus pada wanita
Next articleAzrel Ismail dan Fyza Kadir bersama Adolph bantu atasi masalah rambut keguguran!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here