Watie tetap anggun dan awet muda walaupun usianya sedang meniti 50 an.

Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Ehsan Watie Sadali/Koleksi Syed Wafa

Sewaktu mudanya, pelbagai ranjau onak dan duri telah dilalui Watie yang dulunya lebih dikenali dengan panggilan Watie Elite, 49. Lepas satu, satu masalah yang melanda hidupnya dan ini semua menjadikan Watie seorang wanita yang hebat.

Berbekalkan semangat yang waja, kini Watie yang mahu dikenali dengan nama Watie Sadali terus melangkah kedepan tanpa mahu memandang kebelakang. Ditambah dengan sokongan dan dokongan suaminya Joey Daud yang dinikahinya pada 2012 yang juga seorang penyanyi, pelakon dan pelukis mural membuatkan Watie semakin kuat.

Single pertama Elite G.I.G pada tahun 1996.
Kumpulan Elite sewaktu kemunculan mereka pada tahun 90an.

“Alhamdulillah dan saya bersyukur dikurniakan seorang suami yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. Dia sentiasa ada untuk saya dan selalu memberi saya semangat dan sentiasa menceriakan hidup saya sehari-hari. Sejak ada anak, baru saya sedar betapa pentingnya mencurahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka.

“Saya juga bersyukur anak kami Ahmad Afif berjaya dengan pelajarannya walaupun ibu bapanya sibuk. Mungkin sejak kecil ketika dalam tingkatan satu dan dua, dia sering dibawa kelokasi penggambaran oleh bapanya membuatkan dia sedar betapa susahnya hidup kalau tanpa pelajaran.

Elite dengan single Idola menampilkan Azza, Shasha, Linda Dan Watie
Kumpulan Elite turut dipilih menjadi penghias kulit wajah majalah HAI.

“Mengenai perancangan untuk masa depan anaknya, saya serahkan sepenuhnya kepada Ahmad Afif untuk memilih bidang yang diminati. Kami ibu bapa hanya akan guide dan beri nasihat untuknya,’’ kata Watie atau nama sebenarnya, Norwati Sadali yang memulakan karier seninya sejak 1996.

Sejak tidak aktif bersama kumpulan Elite, Watie melebarkan sayapnya dalam dunia lakonan. Boleh dikatakan sudah ratusan drama yang telah dibintanginya. Bagi apa saja watak, semuanya berjaya dijiwainya dengan berkesan sekali.

Senyumlah Papa antara drama yang pernah dibintangi Watie.

“Saya bersyukur kerana produser dan pengarah masih mempercayai saya untuk berlakon. Sehingga kini tanpa henti tawaran berlakon yang saya terima. Begitu juga dengan suami saya, kadang tu best juga bila dapat tawaran bersama sebab memudahkan kami untuk pergi bersama-sama

“Saya juga bertuah kerana Joey bukannya suami yang cemburu dan dia cukup kenal dengan saya. Jadi bila dilokasi tak ada syarat yang dia bagi kalau saya nak menerima sebarang tawaran berlakon. Dia pun pelakon dan dia juga faham saya isterinya yang bagaimana.”

Watie sewaktu majlis perkahwinannya dengan Joey pada tahun 2012.
Pasangan dua sejoli…sama cantik dan sama padan, Watie dan suami tercinta, Joey.

Antara drama yang dibintanginya ialah Haryati 1 & 2, Jendela Hati Yang Terbuka, Rama-Rama Yang terkoak sayapnya, Biar Rindu Berbisik, Lara Maisara, Inai Malam Pengantin, Gelora di Hati Sara, Iris dan Rozana dan Rahsia Hati. Selain drama, Watie juga pernah membintangi filem Cinta Yang Satu (2007), Tolong Awek Aku Pontianak, Peca, Merewang Keluarga Pak Awang.

Kemunculan terakhir Watie bersama kumpulan Elite pada 2021 dengan single terbaru mereka Alhamdulillah sempena rangka penerbitan buku Linda . Pertengahan 2025 Elite tampil secara langsung bagi bergandingan dengan kumpulan KRU dalam persembahan lagu “Di Pintu Syurga” sempena konsert GenKRU yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Watie bersama suami dan anaknya, Ahmad Afif.

Persembahan ini menandakan kali pertama kelima-lima ahli asal Elite membuat persembahan bersama sejak kali terakhir mereka bersama pada tahun 2010. Sebelum ini anggota asal Elite selain Watie Sadali adalah Abby Abadi, Azza Zawari, Linda Rafar dan Sasha Saidin.

Watie yang berasal dari Sungai Besar, Selangor dan dilahirkan di Grik, Perak merupakan anak keempat dari lima beradik. Selain drama, Watie pernah membintangi teater Si Tanggang, Taming Sari, Tun Fatima dan Mak Yong.

Watie sentiasa menjaga penampilanya ketika berada dikhalayak ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here