Pesta Cahaya menjelma lagi! Pada Hari Deepavali yang disambut dengan penuh meriah pada hari ini Isnin, 20 Oktober 2025. Tarikh ini secara rasminya adalah cuti umum kebangsaan (kecuali Sarawak), memberikan peluang untuk kita semua memulakan minggu dengan semangat perayaan yang penuh warna-warni.
Ketika bau maruku dan kuih-muih tradisional mula menusuk hidung dan lagu-lagu Deepavali yang rancak kedengaran di corong radio, semangat keraian sudah mula terasa bahangnya. Deepavali, atau Diwali, bukan sekadar perayaan; ia adalah simbol kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan menentang kejahatan. Dalam kemeriahan menyusun pelita dan melukis kolam yang berwarna-warni, satu perkara yang pasti tidak akan dilupakan, kami di Ladybosz mengucapkan Selamat Hari Deepavali 2025 kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.
Bagi mereka yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya.










