Oleh Wartawan Ladybosz

BUAT pertama kalinya, Rasa Rosz Sdn. Bhd. akan menyertai pameran Food and Hotel Malaysia (FHM 2023) yang berlangsung di Hall 7, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 19 hingga 22 September ini.

Dalam pameran itu nanti pengunjung dapat menyaksikan Founder dan Ketua Pengarah Rasa Rosz, Datuk Seri Rozita Ramelan akan menunjukkan sendiri demo secara live cara yang paling mudah menggunakan pes Ratu Tumis pada 20 September 2023 (rabu) pada waktu tengahari.

Rozita Ramelan akan menunjukkan cara masakan menggunakan produk keluaran Ratu Tumis Rasa Rosz pada 20 September ini.

Selain itu, aplikasi penggunaan Ratu Tumis pes juga akan ditunjukkan oleh Chef Bob. Untuk mengetahui bagaimana pes Ratu Tumis istimewa dapat membantu perniagaan restoran atau hotel anda, silalah berkunjung ke booth 7015 milik Rasa Rosz Sdn. Bhd.

Empat Ratu Tumis yang dicipta adalah bahan tumis asas yang selari dengan kehendak dan selera rakyat Malaysia. Ratu Tumis Gulai, Ratu Tumis Sambal, Ratu Tumis Sup dan Ratu Tumis Asam Pedas adalah di antara pes Ratu Tumis keluaran Rasa Rosz Sdn. Bhd.

Hanya menggunakan bahan asli tanpa pengawet tiruan, Ratu Tumis rempah sememangnya rempah tulen. Menariknya, daripada empat perasa asas itu Ratu Tumis boleh dipelbagaikan hingga dapat menyediakan kira-kira 400 jenis resipi.

Selain dari Ratu Tumis, Rasa Rosz juga mengeluarkan Shiok Sambal , yang siap sedia untuk dimakan. Shiok Sambal terdiri dari tiga jenis iaitu Sambal Ikan Bilis, Sambal Udang Kering dan Sambal Cendawan Shitake. Ketiga-tiga sambal ini baru dilancarkan dan telah berada di pasaran sejak Julai lalu, kini mendapat sambutan hangat di pasaran.

Rasa Rosz kini melangkah setapak lagi mengeluarkan Lazzat, serbuk perasa dalam satu, yang mana ianya hanya menggunakan pati sayur sayuran .

“Diharap pameran ini dapat membuka peluang syarikat kami untuk menjalin lebih banyak hubungan dengan pihak perhotelan, syarikat – syarikat katering di Malaysia dan antarabangsa. Produk kami yang Halal, mengikuti piawaian yang tinggi yang ditetapkan, tahan dari 15 ke 24 bulan telah sedia untuk dibawa dan digunakan ke peringkat antarabangsa,” kata Datuk Seri Rozita lagi.

Majlis perasmian FHM 2023 akan dilakukan Timbalan Menteri Pelancongan , Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan pada 19 September ini.

FHM 2023 merupakan pameran perdagangan terbesar dan pertama untuk makanan dan hospitaliti (perhotelan) bagi tahun 2023.

Previous articleDari jalanan Bob & Sentuhan Band bakal adakan konsert 18 November
Next articleKhasiat Pokok Lidah Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here