"Buttermilk Series" Dari Rangup ke Berkrim, Setiap Suapan Menjadi Mimpi. Ayam rangup kuah buttermilk. Rasa kaya yang enak, dari gigitan rangup yang pertama sehingga krim yang terakhir, rasa yang tak dilupa hanya di Rasa Rosz.

Oleh: Nafsiah Jani

Hidangan `Buttermilk Series’ di Restoran Rasa Rosz IOI Mall City Mall, Putrajaya, Lot L3-210, Level 3, East Wing (berdekatan GSC) sememangnya dinantikan dan mendapat banyak permintaan pelanggan yang berkunjung mahupun yang menempah melalui GrabFood.

Rasa original hidangan berkhasiat ini dengan padanan kuah buttermilk yang pekat, lemak berkrim lagi lazat serta kerangupannya membuatkan `Buttermilk Series’ menjadi pilihan untuk dinikmati setiap hari.

Pada harga yang berpatutan, pelanggan boleh menikmati kelazatan ayam rangup kuah buttermilk. Rasa lemak berkrim yang enak, dari gigitan rangup yang pertama sehingga gigitan yang terakhir, rasa yang tak dapat dilupakan hanya terdapat di Restoran Rasa Rosz sahaja.

`Buttermilk Series’ menu baru Restoran Rasa Rosz IOI City Mall menampilkan tiga pilihan yang tak boleh anda lepaskan. Menu `Buttermilk Series’ Nasi Ayam Crispy Buttermilk (RM25.00), Burger Crispy Chicken Buttermilk (RM33.00) dan Spaghetti Ayam Buttermilk Chicken Katsu (RM28.00).

Jika anda terlalu sibuk tetapi teringin menikmati hidangan Restoran Rasa Rosz yang lazat ini, semuanya berada di hujung jari anda. Hanya klik GrabFood untuk penghantaran makanan dan menikmati hidangan yang enak, lagi menyelerakan ini.

Crispy Chicken Buttermilk Burger -RM 33

Selain pelbagai variasi menu ‘Buttermilk Series’ pelanggan juga boleh memesan Set Lunch berharga RM16.90 dengan pelbagai pilihan menu antaranya Soto Ayam Terapung bersama bergedil (Signature Dish), menu paling popular iaitu Nasi Goreng Kampung (biasa /pedas) dan menu baru Nasi Ayam Berempah (kuah buttermilk/ gulai) dan Chicken Noodle Sup (Mi, bihun atau kuey teow). Bagi setiap pesanan Set Lunch, pelanggan juga mendapat air percuma teh o ais ataupun sirap ais.

Manakala pelanggan di cawangan AEON Big Wangsa Maju pula boleh menikmati Set Lunch ini pada harga RM14.90 serta mendapat air percuma teh o ais ataupun sirap ais. Set Lunch ini hanya ditawarkan pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum dari jam 11 pagi hingga 3 petang.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata,“Kini hidangan `Buttermilk Series” menjadi pilihan seisi keluarga dan pelanggan yang berkunjung ke sini. Saya sedar pelanggan inginkan menu yang simple tetapi lazat. Itu sebabnya kami tampil dengan tiga menu berasaskan `Buttermilk Series’.

“Sejak dilancarkan dan sehingga kini pesanan makanan baru dan sedia ada melalui GrabFood kami juga semakin meningkat. Untuk pesan melalui GrabFood, macam biasa hanya muat turun aplikasi grab, taip Rasa Rosz IOI City Mall. Antara kawasan yang kami hantar sekitar Serdang, Puchong dan kawasan berdekatan Putrajaya.

“Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih makanan yang berat ataupun ringan. Bagi pelanggan-pelanggan setia kami jangan lepaskan peluang untuk menikmati `Buttermilk Series’ dan Set Lunch serta kesemua menu-menu yang terdapat di Restoran Rasa Rosz. Mungkin lepas ini kami akan perkenalkan lagi menu baru bagi tarikan kepada pelanggan.”

Nasi Ayam Crispy Buttermilk – RM 25

Rasa Rosz ialah restoran terkenal yang meraikan kekayaan dan kepelbagaian cita rasa masakan Malaysia. Dengan tumpuan kepada bahan-bahan berkualiti dan resipi autentik, Rasa Rosz menawarkan pengalaman menjamu selera yang moden dan berakar umbi dalam tradisi.

Selain Set Lunch ini, pelanggan juga boleh memilih menu-menu sedia ada di setiap Restoran Rasa Rosz. Menu di IOI City Mall Putrajaya ini, lebih kepada pemakanan sihat, berkhasiat dan berasaskan sayuran. Di sini juga ada tambahan lebih 13 jenis menu baru iaitu makanan sihat yang sesuai untuk mereka yang ingin berdiet.

Makanan sihat yang lain termasuk Burger, Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi.

Menu-menu yang diketengahkan dikedua-dua restoran ini mempunyai tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam setiap hidangan. Selain hidangan biasa, Restoran Rasa Rosz juga turut menyediakan hidangan barat bercitarasa Malaysia.

Bagi yang ingin menikmati hidangan enak dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.

Spaghetti Ayam Buttermilk Katsu – RM 28

Manakala Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Sambil bersembang anda boleh menikmati minum petang seperti suasana di kampung dengan hidangan lempeng bersama kari ayam, lempeng pisang bersama kelapa, cucur udang dan cucur kakiage

Mungkin masih terasa tidak puas atau tidak cukup kenyang, cubalah juga hidangan pencuci mulut pisang goreng bersama ice cream, milky peach ataupun ice sea coconut longan. Hidangan ini sangat enak jika dinikmati bersama teh tarik, matcha latte gula Melaka sejuk dan panas, terdapat juga minuman panas matcha latte dan matcha latte gula Melaka float.

Jika inginkan kelainan ketika menikmati hidangan petang tersebut, cubalah nikmati air terbaru Peach Laici. Gabungan rasa peach dan laici ini turut dimasukkan biji selasih bagi menyegarkan tubuh serta baik untuk kesihatan.

Selain Peach Laici, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan antaranya Epal Asam Boi, Sweet Splash, Calamansi Asam Boi, Tembikai Laici, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan boleh hubungi Restoran Rasa Rosz yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (013-8082772 -call / whatsapp) dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya, Lot L3-210, Level East Wing sila hubungi (012-8217714).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here