Oleh Syed Wafa
Anda masih asyik memikir untuk masak apa di hujung minggu ini? Kali ini Ladybosz cadangkan anda cuba pula resepi kari ayam dengan menggunakan pes gulai yang mudah dan sungguh menyelerakan.
Kari ayam antara menu masakan yang begitu popular di kalangan masyarakat di negara kita. Kerana ianya sungguh menyelerakan pasti menjadi menu pilihan suri rumah tanggga bersama keluarga.
Bagi peminat kari ayam anda mesti mencuba resipi dari pes gulai Ratu Tumis Rasa Rosz yang tengah hangat di pasaran.
Bukan sahaja mudah untuk dimasak tetapi membuatkan masakan menyelerakan sebagai hidangan seisi keluarga.
Ramai suri rumah tangga di luar sana yang merungut untuk mendapatkan pes yang enak untuk dicampurkan dalam masakan mereka.
Bagi suri rumah tangga yang bijak memilih, pastinya pes dari keluaran Rasa Rosz Sdn Bhd menjadi pilihan mereka.
Produk pelbagai Pes Ratu Tumis Rasa Rosz serta produk penambah perisa ‘Lazzat’ ini kini tengah hangat di pasaran dan hargapun sungguh berpatutan.
Pes dari Ratu Tumis Rasa Rosz ini mempunyai banyak pilihan yang mudah digunakan dalam masakan iaitu pes Ratu Tumis sambal,gulai,sup dan asam pedas.
Paling membanggakan pes keluaran Ratu Tumis Rasa Rosz telah menerima anugerah di peringkat antarabangsa iaitu ‘The Best Cooking Ingredients’ di Asian Halal Brand Awards.
Ratu Tumis Rasa Rosz juga mempunyai tiga pilihan sambal yang sungguh enak iaitu sambal udang kering,sambal cendawan shitake dan sambal ikan bilis yang boleh terus dimakan untuk hidangan tengahari atau malam.
Ratu Tumis Rasa Rosz juga ada mengeluarkan sambal belacan dan pelbagai lagi produk yang mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna.
Di sini Ladybosz kongsikan resipi kari ayam dari pes gulai Ratu Tumis Rasa Rosz.
Sangat mudah,jom kita cuba!
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.