Ais Kacang Special dihiasi ice cream

Oleh: Nafsiah Jani

Musim panas sebegini pasti kita terbayangkan enaknya jika dapat menikmati Air Batu Campur (ABC) yang mengandungi banyak bahan seperti Ais Kacang ataupun air batu yang dikepal-kepal dan dihiasi dengan perasa milo iaitu Ais Kepal Milo.

Menyedari kerinduan sesetengah masyarakat terhadap ABC yang begitu nostalgia kepada sesetengah orang membuatkan Restoran Rasa Rosz tampil dengan menu terbaru yang menyajikan Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.

Jadi jangan lepaskan peluang berkunjung ke Restoran Rasa Rosz yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ais Kepal Milo

Sambil menunggu hidangan disediakan, mungkin anda tertanya-tanya bagaimana begitu pantas cef –cef disini menyediakan makanan yang begitu enak dan lazat sekali. Sila layari Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok Rasa Rosz untuk melihat cara-cara penyediaan Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom, Cantonese Kuey Teow dan Fettucini Seafood Asam Pedas.

Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Selain Ais Kacang dan Ais Kepal Milo terdapat juga air-air yang sedap untuk dinikmati iaitu Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate.

Antara tiga pasta terbaru yang terdapat Restoran Rasa Rosz ialah Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia

Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk. Terdapat juga Mi Racun Tulang

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion.

Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

 

@rasaroszresto Coming Soon,,, New Menu Item😍 (Cuba teka gais apa agak-agaknya dessert baru di Restoran Rasa Rosz ni?🤔) 📍Location: Aeon Big Wangsa Maju Lot G-05, 6, Section 5 Jalan 8/27a, Wangsa Maju 53300, Kuala Lumpur ⏰Operation hour: 10 am – 9 pm #rasarosz #ratutumis #ratutumissambal #rasaroszresto #wangsamaju ♬ original sound – Rasa Rosz Resto

Previous articleNabila Razali hamil anak sulung!
Next article“Showcase Eksklusif UK’s: Up Close And Personal ditunda!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here