Oleh : Nafsiah Jani
Kurap yang juga dikenali sebagai ringworm merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan jangkitan kulat yang boleh menjangkiti mana-mana individu. Ia dipanggil ringworm kerana bentuknya yang menyerupai cincin dan cacing. Kurap juga mengikut nama saintifiknya dikenali sebagai tinea.
Jangkitan kurap berpunca daripada kulat ‘dermatophyte’. Terdapat tiga jenis ‘dermatophyte’ yang dikenal pasti sebagai punca kurap iaitu Trichophyton, Microsporum dan Epidermophyton.
Kurap biasanya menjangkiti individu yang mempunyai masalah sistem imunisasi badan yang lemah. Antara bahagian badan yang berisiko untuk dijangkiti kurap adalah bahagian kulit kepala, kemaluan, muka, kaki, rambut dan kuku.
Diagnosis bagi masalah kulit ini akan diberikan bergantung kepada bahagian badan yang dijangkiti. Sekiranya bahagian kaki yang dijangkiti, ia akan dipanggil ‘tinea pedis’. Sekiranya bahagian yang dijangkiti adalah alat sulit, ia dikenali sebagai ‘tinea cruris’.
Jika anda mungkin tertanya-tanya bagaimana jangkitan boleh berlaku, hakikatnya, ia sebenarnya amat mudah dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Jika sudah dijangkiti, pastikan tahu cara menghilangkan kurap, agar tidak berjangkit pada orang lain.
Kurap tidak berbahaya, tetapi ia boleh menyebabkan ketidakselesaan seperti gatal dan rasa sakit. Jika tidak dirawat, ia boleh merebak dan menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

- Untuk mengelakkan kurap, pastikan anda menjaga kebersihan diri dengan baik. Elakkan berkongsi barangan peribadi dan menjaga kulit kering dan bersih, terutamanya selepas bersenam atau berenang.
- Minyak kelapa punya manfaat yang sama dengan tea tree oil, terutama jika digunakan untuk mengatasi kurap. Minyak kelapa mengandungi zat bersifat antimikrob dan antikulat yang mampu mengatasi berbagai infeksi kulit. Panaskan minyak kelapa terlebih dahulu dan biarkan seketika. Bila sudah suam, sapukan ke kulit yang berkurap. Lakukan 2-3 kali sehari agar hasilnya dapat dinikmati dengan segera.
- Lidah buaya mengandungi zat bersifat antiseptik yang bertindak sebagai antibakteria, antilkulat, dan antivirus. Bahan ini juga bersifat antiradang sehingga mampu memberikan sensasi dingin ketika disapukan pada kurap. Sifat antiradang berguna meredakan rasa gatal yang mengganggu akibat kurap.
- Sapu cuka epal selama tiga kali sehari pada kulit yang dijangkiti kurap. Cuka epal bersifat antikulat yang cukup baik sehingga mampu mengatasi jangkitan kurap. Cara ini tidak digalakkan bagi pemilik kulit yang sensitif.
- Air garam bisa dimanfaatkan untuk mengatasi masalah kurap. Siapkan besin berisi air hangat, kemudian tuang setengah atau seperempat garam ke dalamnya. Aduk merata, lalu usapkan air garam ke area kulit yang terinfeksi kurap. Diamkan selama kurang lebih 5 hingga 10 dan lakukan tiga kali sehari agar hasilnya maksimal.
- Kunyit juga bersifat antibakteria dan antiradang. Kunyit juga dikatakan sangat berkesan menghalang pertumbuhan kulat. Haluskan kunyit hidup dengan sedikit air hingga menjadi pasta. Setelah itu, tampal pada kulit yang dijangkiti kurap, lalu biarkan hingga mengering dan bilas dengan air bersih
- Tea tree oil banyak digunakan sebagai bahan penjagaan kulit, khususnya untuk perawatan kulit berjerawat. Bahan ini bersifat antiradang dan antibakteria yang boleh menghalang jangkitan kurap. Titiskan tea tree oil pada kapas atau cotton bud, sapu ke kulit yang dijangkiti kurap. Lakukan 2 hingga 3 kali sehari agar hasilnya berkesan. Bagi pemilik kulit sensitif, campurkan tea tree oil dengan sedikit minyak kelapa.
- Krim atau salap antikulat adalah rawatan yang paling biasa untuk kurap. Ubat seperti clotrimazole,miconazole atau terbinafine boleh digunakan pada kawasan yang terjejas. Ia perlu disapu secara konsisten mengikut arahan yang diberikan oleh doktor atau pada label produk. Kurap adalah jangkitan fungus dan untuk menghilangkannya gunakan krim yang ada bahan polysorbate dan Glycerin.
- Daun kemangi memiliki kandungan zat antigatal yang disebut kapur barus dan thymol. Efek daun ini dapat mengurangi keinginan untuk menggaru bahagian tubuh yang gatal. Gunakan daun kemangi untuk menghilangkan kurap sekaligus menghilangkan rasa gatal. Tumbuk halus daun kemangi dan tepekkan pada kawasan kurap. Biarkan selama 30 minit dan boleh dibersihkan. Selamat mencuba.
- Daun sirih bersifat antibakteria dan antiradang. Kandungan inilah yang menjadikannya mudah untuk menghilangkan masalah kurap. Haluskan beberapa helai daun sirih bersama sedikit kunyit. Kemudian, sapukan pada kawasan kulit yang dijangkiti selama 20 minit dan ulangi 3 kali sehari. Insya-Allah masalah kurap akan segera hilang.

Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.