Photo licensed by Envato

Oleh: Nafsiah Jani

Mungkin bagi sesetengah orang suka dengan urat-urat yang timbul di pergelangan tangan mereka. Timbulnya urat ini seolah-olah menunjukkan seseorang itu gigih dan kuat bekerja mencari duit. Namun bagi sesetengah golongan pula tidak senang dengan urat yang timbul ini kerana ia menjejaskan penampilan seseorang.

Selalunya urat ini mudah timbul dibahagian tangan antara kawasan yang sering terdedah kepada air, minyak pada kulit mula kering, matahari dan ancaman bahan kimia seperti sabun pencuci, lapisan atas lemak pada tangan hilang keanjalan sekali gus menyebabkan tangan kasar, berkedut, kusam dan urat tersembul dan sebagainya.

Urat timbul atau menonjol ini sebenarnya tidak menyakitkan. Sebaliknya jika berlaku urat terasa sakit saat disentuh, urat kelihatan merah dan membengkak dan membuatkan anda susah untuk bergerak atau melakukan pelbagai aktiviti, segeralah berjumpa doktor bagi membuat pemeriksaan.

Dibawah ini kami paparkan beberapa cara bagi membantu menghilangkan urat yang timbul atau menonjol di tangan ataupun kaki.

  1. Jangan lupa lakukan gerakan ringan pada tangan sewaktu bekerja. Cukup dengan melakukan gerakan memutar-mutar pergelangan tangan, membuka dan menutup telapak tangan dan meregangkan jari-jari tangan. Gerakan-gerakan ringan ini dapat membantu sehingga aliran darah pun jadi lebih lancar.
  2. Untuk mengelakkan urat daripada timbul di bahagian tangan, ketika hendak tidur malam pastikan lengan lebih tinggi dari tubuh. Menurut Medical News Today dengan bantuan graviti, aliran darah akan menjadi lebih mudah untuk turun kembali ke jantung.

    Image by freepik
  3. Ambil beberapa ulas bawang putih dan belah dua. Kemudian tenyeh pada urat-urat yang timbul atau menonjol. . Biarkan semalaman dan esoknya baru dibilas hingga bersih. Lakukan seminggu sekali.Insya-Allah urat yang timbul akan hilang.
  4. Campurkan sebuku ragi bersama sedikit air limau nipis dan air. Kacau hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam, sambil itu letakkan kaki diatas bantal apabila anda tidur bagi memudahkan pergerakan darah mengalir.
  5. Campur sedikit asam jawa bersama air. Kacau hingga pekat dan sapukan pada tangan atau kaki yang uratnya menonjol atau timbul pada setiap malam. Sambil itu, jangan lupa tinggikan kaki dan tangan ketika tidur. Insya-Allah urat tersebut akan hilang.
  6. Selain minum air kosong yang banyak, rebus kacang hijau dan minum airnya setiap pagi dan petang. Sambil itu buat senaman angkat kaki selama 10 minit setiap hari sebelum tidur, anda akan gembira dengan hasilnya.
  7. Urut urat yang timbul dengan minyak zaitun secara perlahan-lahan, dua kali sehari pada waktu pagi dan malam bagi melancarkan semula perjalanan darah.
  8. aga pemakanan dengan mengamalkan diet rendah karbohidrat dan tinggi serat agar dapat membantu menghilangkan urat timbul di tangan.
  9. Selain itu pastikan badan mendapat mineral dan vitamin yang mencukupi seperti vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin E, kalsium, zat besi dan asid folik. Vitamin dan mineral ini merupakan salah satu jenis senyawa yang dibutuhkan tubuh untuk membantu melancarkan aliran darah dan menyihatkan pembuluh darah.
  10. Langkah terakhir pastikan berat badan anda ideal dan tidak kurus kerana faktor berat badan juga meyumbang kepada urat timbul atau menonjol di tangan atau kaki.

 

Previous articleCara Putihkan Gigi Dengan kaedah Mudah dan Murah! (Bahagian 2)
Next articleSelamat Menyambut Nisfu Syaaban 2025/1446H

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here