Tiga seniwati legenda jelita bertahi lalat yang sehingga kini dirindui lakonan hebat mereka.

Oleh: SYED WAFA
Foto: Koleksi Syed Wafa

SETIAP insan di dunia ini dilahirkan dengan keisitimewaan yang tersendiri anugerah daripada-Nya. Sebagai makhluk kita seharusnya menerima dengan penuh kesyukuran.

Sebabnya apa jua anugerah-Nya, ia adalah yang terbaik buat kita semua.

Bila bercakap mengenai anugerah-Nya, saya teringat tiga seniwati legenda yang memiliki anugerah terindah daripada-Nya iaitu tahi lalat di wajah mereka.

MARIAM Baharom atau lebih dikenali Mariam Tahi Lalat bukan sahaja memiliki seraut wajah yang menawan malah bakatnya dalam bidang lakonan tidak perlu dipertikaikan.
Wataknya sebagai Munah orang gaji di Anggerik Villa yang digilai oleh tukang masak, Wak Karto dalam filem “Antara Dua Darjat” memang lekat di hati para peminat filem Melayu.
MARIAM sebagai Aloha dalam filem “Aloha” arahan B.S Rajhans terbitan Malay Film Productions pada tahun 1950.
Turut berlakon Osman Gumanti (Mariyo), P. Ramlee (Banjo) dan Jaafar Wariyo sebagai Magoya.

Seniwati legenda yang saya maksudkan adalah Allahyarham Seniwati Latifah Omar, Allahyarham Seniwati Datin Saadiah dan kakaknya, Allahyarham Seniwati Mariam.

Setiap kali menatap wajah tiga seniwati berkenaan melalui filem-filem lakonan mereka bukan sahaja lakonannya yang membuatkan saya ralit malah tahi lalat yang mereka miliki bagaikan penghias wajah membuatkan mereka tidak jemu dipandang.

MARIAM pernah berpasangan dengan P. Ramlee dalam dus filem iaitu berpasangan “Anjoran Nasib” (1952) arahan BS Rajhans dan “Abu Hassan Penchuri” (1955) arahan B.N Rao. Kedua-dua filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions.
Seniwati Mariam Baharom Seniwati Datin Umi Kalthum dalam satu babak dari filem “Badang” arahan S. Roomai Noor diterbitkan pada tahun 1962.

Diantara mereka bertiga saya tertarik melihat tahi lalat yang hampir di bawah bibir kiri Seniwati Latifah Omar. Tahi lalat tersebut bukan sahaja membuatkan wajah primadona ini cantik menawan malah apabila beliau dalam babak marah ia bagaikan menggambarkan marah-marah sayang.

Betapa tidak sehebat mana perasaan marah yang dizahirkan pada wajahnya, Latifah Omar tetap cantik menawan dengan tahi lalatnya itu.

TIGA seniwati diminati ramai dari Malay Film Productions.
Dari kiri: Mariani, Mariam dan Saadiah. Gambar ini dirakamkan ketika penggambaran filem “Kerana Kau” arahan K.R.S. Sastry dengan Penolong Pengarahnya, HM Rohaizad.
Filem ini diterbitkan pada tahun 1953.
SENIWATI pujaan ramai…Normadiah, Mariam Baharom, Saadiah Baharom dan Dayang Sofea.

Latifah Omar atau nama sebenarnya Fatimah Omar adalah Seniwati filem Melayu hitam putih yang terkenal pada era 1950an sehingga awal 1970. Beliau mula berlakon setelah memenangi Pertandingan Ratu Cantik 1953 pada usia 14 tahun.

Kemenangan itu bukan sahaja meletakkan beliau sebagai gadis tercantik dengan memiliki tahi lalat malah ia telah menarik perhatian pengarah S. Ramanathan sehingga ‘melamar’ Latifah Omar untuk membintangi filem “Panggilan Pulau” (1954).

MARIAM bersama anaknya, Rahimah Rahim yang berusia tiga tahun. Gambar ini dirakamkan pada tahun 1959.
SENIWATI Saadiah bukan sahaja terkenal sebagai seniwati yang diminati ramai dengan wajahnya yang jelita malah tahi lalat di bawah bibir kanannya dikatakan antara yang membuatkan beliau tidak jemu dipandang mata.

Filem pertamanya sebagai Melati berpasangan dengan P. Ramlee bukan sahaja telah memberinya peluang berlakon malah mereka ditemukan lagi dalam filem “Merana” pada tahun yang sama dan menjadikan beliau seniwati pujaan ramai.

Bagaimanapun filem kedua itu adalah ‘gandingan terakhir’ Latifah Omar dan P. Ramlee dalam filem terbitan Malay Film Productions (Studio Jalan Ampas) yang mana selepas itu beliau berhijrah ke Cathay Keris.

SENIWATI Saadiah pada usia 16 tahun menjadi cover sebuah majalah.
SAADIAH berpasangan dengan P. Ramlee dalam filem “Penarel Becha.”
Filem terbitan tahun 1955 ini adalah filem pertama arahan P. Ramlee.

Bersama Cathay Keris, Latifah Omar membintangi 35 filem dan antara filem yang dekat di hati para peminatnya adalah “Lanchang Kuning” dan “Laila Majnun” (1962), “Chuchu Datok Merah” (1963), “Wan Perkasa” (1964) dan “Gurindam Jiwa” (1965) dan yang terakhir “Naga Tasik Chini” (1966).

Bagaimanapun pada tahun 1971, beliau muncul buat kali ketiga dan terakhir berlakon bersama P. Ramlee sebagai Lisda dalam filem “Putus Sudah Kasih Sayang” arahan Seniman berkenaan.

“SEMERAH Padi” lakonan Saadiah, Nordin Ahmad dan P. Ramlee. Filem terbitan Malay Film Productions pada tahun 1956 ini adalah filem kedua arahan P. Ramlee.
FILEM “Antara Dua Darjat” dengan bintang utamanya, Seniwayi bertahi lalat, Saadiah berpasangan dengan P. Ramlee.

Latifah Omar meninggal dunia kerana kanser usus pada usia 74 tahun, di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada 9 Jun 2013.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, Hulu Kelang.

SAADIAH berpasangan dengan Seniman Aziz Jaafar dalam filem “Dupa Chendana” arahan Ramon A. Estella terbitan Malay Film Productions pada tajin 1964.
Turut berlakon dalam filem ini Ahmad Mahmud, Mariani dan S. Kadarisman.

Seorang lagi seniwati yang memiliki tahi lalat adalah Seniwati Saadiah. Tahi lalat yang ‘terletak’ cantik di bawah bibir kanannya membuatkan wajahnya tidak jemu mata memandang.

Kecantikannya yang menyerlah menjadikan Saadiah antara seniwati pujaan ramai pada awal penglibatannya sebagai pelakon di Malay Film Productions.

SENIWATI jelita dari Malay Film Productions (dari kiri) Rahmah Rahmat, Saadiah dan Suriati (Suparti).

Saadiah atau nama sebenarnya Satya Baharom adalah primadona terkenal dan sepanjang 31 tahun penglibatannya dalam bidang lakonan beliau telah membintangi 46 filem dengan filem pertama “Rachun Dunia” (1950) dan filem terakhirnya “Matinya Seorang Patriot” (1984).

Bagaimanapun diantara 46 filem itu sembilan daripadanya beliau berlakon bersama P. Ramlee antaranya “Penarek Becha” (1955), “Semerah Padi” (1956), “Musang Berjanggut” (1959) dan “Antara Dua Darjat”(1960).

Kenangan indah Syed Wafa (Penulis) bersama Primadona filem Melayu,Saadiah

Filem terakhir lakonan Saadiah adalah “Matinya Seorang Patriot” (1984) arahan Datuk Rahim Razali dengan barisan pelakon Eman Manan, Noorkumalasari, Yusof Wahab dan Zulkifli Zain.

Seniwati Saadiah yang mengidap kencing manis menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun pada 26 Februari 2005.

LATIFAH Omar yang terkenal dengan tahi lalatnya.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor.

Seorang lagi seniwati yang memiliki tahi lalat adalah Seniwati Mariam dan beliau adalah kakak kepada Seniwati Saadiah.

LATIFAH Omar, seniwati jelita dan popular dari Cathay-Keris Film Productions.
Populariti yang dimiliki membuatkan beliau sering dipilih sebagai ‘Cover Girl’ majalah antara Majalah Berita Filem.
SENIWATI Latifah Omar sebagai Hasnah dalam filem “Kaseh Ibu” arahan Nordin Ahmad.
Filem ini diterbitkan oleh Cathay-Keris Film Productions pada tahun 1965.

Tahi lalatnya yang terletak di bawah mata kiri dan berhampiran hidungnya yang cantik, sehingga beliau dikenali sebagai Mariam Tahi Lalat merupakan Seniwati Malay Film Productions, Jalan Ampas.

Mariam yang merupakan ibu kepada penyanyi Rahimah Rahim dan pelakon Bad Latiff, pernah berlakon bersama P. Ramlee dalam filem “Anjoran Nasib” (1952) arahan BS Rajhans. Melalui filem ini, Mariam memenangi gelaran ‘Bintang Pujaan Wanita Malaya Kedua’ anjuran Filem Raya Magazine pada tahun 1953.

Wajah jelita Latifah Omar yang sentiasa dirindui oleh peminat filem Melayu.
Penampilan Latifah Omar yang sentiasa menjadi pujaan peminat ketika itu.

Mariam juga pernah dicalonkan dua kali bagi kategori Anugerah Pelakon Veteran Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-15 (FFM15) pada tahun 2001 dan FFM22 pada tahun 2009 yang mana kedua-duanya berlangsung di Sabah.

Sepanjang penglibatan dalam bidang lakonan, Mariam telah membintangi 20 filem antaranya empat filem pada tahun 1950 iaitu “Aloha, Dewi Murni, Kembar Rachun Dunia” dengan dua filem terakhir lakonannya iaitu “Pusaka Pontianak” (1965) dan “Si Murai” (1968).

KELUARGA bahagia…Seniwati Latifah Omar bersama peniup trumpet yang juga suaminya, Rahmat Ali bersama anak mereka, Affendi Rahmat yang mewarisi tahi lalat ibu tercinta.

Bagaimanapun lakonannya dalam dua filem arahan P. Ramlee iaitu “Antara Dua Darjat” (1960) sebagai Munah orang gaji di Anggerik Villa yang digilai oleh tukang masak, Wak Karto (Mustarjo) dan dalam “Seniman Bujang Lapok” (1961) sebagai isteri M. Rafiee, jiran motorsikal bising memang lekat di hati para peminat filem Melayu.

Seniwati Mariam meninggal dunia kerana sakit tua pada 9 Ogos 2010 pada usia 74 tahun di kondominiumnya di Yishun, Singapura.

Syed Wafa (Penulis) bergambar kenangan bersama seniwati Latifah Omar.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi di Choa Chu Kang.

Kami di Ladybosz mendoakan semoga Seniwati ‘yang telah pergi’ sentiasa di cucuri rahmat…Amin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here