Oleh: SYED WAFA
Foto: Koleksi Syed Wafa
KISAH artis berkahwin sesama artis bukanlah cerita baru malah sejak zaman Studio Jalan Ampas lagi bertemu jodoh antara seniwati legenda dengan artis bagaikan satu tradisi.
Walaupun mungkin ada yang cuba mengelak tetapi kalau jodoh tidak ke mana. Tetapi apa yang pasti kebanyakan perkahwinan seniwati legenda bersama artis kekal bahagia.
Bagaimanapun tidak dinafikan ada juga yang kekal bahagia buat seketika tetapi semua itu ketentuan-Nya.

Walaupun sebelum ini dua perkahwinan Biduanita Negara, Puan Sri Saloma hanya bertahan tidak sampai setahun namun perkahwinannya dengan Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee selepas pasangan ini berlakon dalam filem “Seniman Bujang Lapok” kekal sehingga hujung nyawa.
Dalam filem terbitan tahun 1961, Saloma yang melakonkan watak Cik Salmah jiran depan pintu rumah sewa Ramli saling jatuh cinta dan akhirnya mereka berkahwin dengan menggunakan duit simpanan Cik Salmah.
Realitinya selepas filem berkenaan Saloma berkahwin dengan P. Ramlee pada 21 November 1961 setelah P. Ramlee yang berkahwin dengan Noorizan pada 1955 dan bercerai pada 1961.

Perkahwinan Saloma dan P. Ramlee berlangsung di sebuah rumah rakan mereka di Tembeling, Singapura.
Perkahwinan mereka bertahan 12 tahun sehingga P. Ramlee meninggal dunia pada umur 44 tahun pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung.
Selain Saloma, P. Ramlee pernah berkahwin dengan Junaidah Haris pada tahun 1947 dan bercerai pada 1953. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak, Nasir.

Selepas itu, beliau mengahwini bekas Permaisuri Sultan Perak, Sultan Yussuff Izzuddin Shah Mohd. Nor iaitu Permaisuri Noorizan Mohd. Noor.
Sementara itu, Saloma yang kemurungan selepas kematian suaminya hingga menjejaskan kesihatan dan mengidap pelbagai penyakit meninggal dunia pada usia 48 tahun kerana penyakit kuning pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
Sebelum berkahwin dengan P. Ramlee, Saloma pernah berkahwin dengan A. R Tompel pada 1952 dan bercerai pada tahun yang sama. Mereka dikurniakan seorang anak, Armali Aman Ramli.

Datin Saadiah yang merupakan seniwati popular Studio Jalan Ampas berkahwin dengan Biduan Datuk Ahmad Daud pada tahun 1961.
Melalui perkahwinan itu, pasangan bahagia ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Fauziah atau lebih dikenali Ogy Ahmad Daud, Fazlina dan Faizal.
Pasangan bahagia Saadiah dan Ahmad Daud ‘berpisah’ setelah Ahmad Daud menghembuskan nafas terakhir ketika usia 70 tahun pada 11 Jun 2002.

Allahyarham yang mula dikenali melalui filem-filem lakonannya seperti “Siapa Besar” (1964), “Pusaka Pontianak” (1965), “Aksi Kuching” (1966) dengan filem terakhir “Sumber Ilhamku” (1979).
Sementara itu, Saadiah meninggal dunia kerana penyakit kencing manis pada usia 67 tahun pada 26 Februari 2005.
Setiap kali menonton filem “Bujang Lapok” pasti akan mengingatkan kita akan sepasang kekasih Safiah (Dayang Sofia) dan Ajis (Aziz Sattar). Mereka ditemukan apabila Ajis menyelamatkan Safiah yang cuba membunuh diri dengan terjun di sungai kerana bapa angkatnya lakonan M. Babjan yang mahu menjual Safiah kepada Shariff Dol kerana tidak mampu membayar hutang.

Usaha Ajis menyelamatkan Safiah bukan sahaja telah membawa mereka berkahwin pada penamat filem arahan P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1957.
Malah kesinambungan dari babak itu akhirnya Dayang Sofia dan Aziz Sattar berkahwin pada tahun 1958 dan mereka dikurniakan seorang anak iaitu Sandakiah Aziz.
Takdir menentukan segalanya, setelah 22 tahun melayari hidup sebagai suami isteri, Dayang Sofia dan Aziz Sattar bercerai pada tahun 1980.
Apabila bercakap mengenai Edith Sumampouw pasti ramai yang tidak mengenalinya. Namun apabila menyebut nama seniwati yang sering membawa watak antoganis, Normadiah terus ramai yang mengenalinya.

Normadiah yang pernah berkahwin dua kali dan berakhir dengan perceraian serta mempunyai dua orang anak Sharifah Hasnor dan Syed Ekzan melalui perkahwinan kedua.
Bagaimanapun melalui perkahwinan ketiganya bersama Seniman Aziz Jaafar, Normadiah dikurniakan dua orang anak iaitu Azlina dan Liza Aziz.
Normadiah menghembuskan nafas terakhir kerana apendiks dan kencing manis pada 8 Ogos 2000 di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
Setelah hampir lima tahun ‘pemergian’ isteri tercinta, Aziz Jaafar yang menetap bersama anak-anaknya di SS14 menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada jam 6.00 pagi.
Aziz Jaafar atau Abdul Aziz Jaafar berusia 69 tahun meninggal dunia di rumahnya kerana demam pada 23 Jun 2005.

Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi name Mohd. Jeffri Zain.
Rahmah Rahmat, anak kepada Seniwati Saamah dan peniup trompet Abdul Rahmat Ali memulakan kerjaya seninya sebagai penari dalam filem-filem terbitan Studio Jalan Ampas.
Beliau pernah berlakon dalam filem antaranya “Sumpah Orang Minyak” (1958), “Musang Berjanggut” (1959), “Antara Dua Darjat” (1960) dengan filem terakhirnya, “Lubang Neraka” (1970).
Seniwati Rahmah Rahmat pernah mendirikan rumahtangga dengan Jins Shamsuddin ketika usianya 18 tahun pada tahun 1961.
Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak yang diberi nama Mohd. Jeffri Zain.
Sayangnya rumahtangga mereka hanya bertahan dua tahun apabila mereka bercerai pada tahun 1963.
Rahmah Rahmat meninggal dunia kerana barah payudara pada usia 53 tahun, di Hospital Besar Singapura.

Kalau sebut nama Khadijah Hodri tentu ramai yang tidak kenal tetapi kalau Cik Hasnah isteri kedua Chek Jamil (P. Ramlee) dalam filem “Madu Tiga” pasti ramai yang mengenalinya.
Khadijah Hodri adalah isteri Kepada Seniman Haji Mahadi. Beliau menceburi bidang lakonan dengan nama glamornya Jah Mahadi mengambil sempena nama suaminya.
Sebelum “Madu Tiga”(1964), Jah Mahadi pernah berlakon dalam filem antaranya “Musang Berjanggut” dan “Jula Juli Bintang Tiga” (1959), “Pusaka Pontianak” (1965), “Keranda Berdarah” (1969) dengan filem terakhirnya, “Puaka” yang diterbitkan pada tahun 1970.
Jah Mahadi bersara dari dunia seni apabila Studio Jalan Ampas ditutup. Apabila ramai pelakon berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau mengikut suaminya, Haji Mahadi berpindah ke Johor Bahru.
Jah Mahadi bercerai dengan Haji Mahadi pada tahun 1966 dan beliau meninggal dunia kerana sakit kencing manis dan darah tinggi pada usia 63 tahun pada 31 Mei 2001.
Selain isteri kedua Encik Jamil, tentu para peminat filem “Madu Tiga” ingat alan isteri pertama beliau iaitu Latifah, lakonan Zahara Agus.
Zahara Agus adalah isteri kepada Seniman M. Suki atau nama sebenarnya Mohamed Suki bin Sutan Nordin yang melakonkan watak utama dalam filem “Leila Majnun,” (1933) dan hero dalam filem “Miang-Miang Keladi” (1967).

Beliau meninggal dunia pada usia 56 tahun pada 26 Mac 1978. Melalui perkahwinannya dengan M. Suki, mereka dikurniakan anak, Noraini Muti, cucu, Nanu Baharuddin dan cicit mereka, Haneesya Hanee yang turut menceburi bidang lakonan.
M. Suki meninggal dunia pada usia 89 tahun pada 11 Mei 1991.
Selain Jah Mahadi yang menggunakan nama suami di belakang namanya, Seniwati Rosnani Ludin juga menggunakan nama suami sebagai nama glamor.
Siapa yang tidak kenal dengan Rosnani Jamil, isteri kepada pengarah terkenal Studio Jalan Ampas, Jamil Sulong.

Sementara Seniman Yem Jaafar ( berdiri tiga dari kiri).
Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai pelakon setelah pengarah Tan Sri L. Krishnan terpandang wajahnya yang ketika itu bekerja sebagai pelayan di kedai kopi dan penari joget di Kelab Happy World.
“Lupa Daratan” arahan Omar Rojik adalah filem pertama lakonan Rosnani Jamil yang diterbitkan pada tanin 1952.
Sejak itu, Rosnani terus mendapat tawaran berlakon untuk filem-filem terbitan Shaw Brothers dan Cathay-Keris Film Productions.
Beliau mendirikan rumahtangga dengan Jamil Sulong pada 12 November 1953.
Pada 1985 bersama syarikat miliknya RJ Filem, Rosnani menerbit dan mengarah filem pertamanya, “Mawar Merah.”
Jamil Sulong meninggal dunia pada usia 88 tahun pada 25 September 2014.

Seniwati Minah Yem atau nama sebenarnya Menah Mohd. Pendek bermula sebagai pelakon bangsawan era 1950-an sehingga 1980-an. Beliau adalah isteri kepada Yem Jaafar.
Yem Jaafar atau Ibrahim Jaafar berasal Sumatera adalah pelakon dan penulis skrip terkenal sejak 1932 sehingga 1968.
Seniwati Mariani mempunyai 13 anak melalui tiga perkahwinan iaitu Darus (dua anak), Allahyarham H.M Rohaizad mereka mempunyai enam anak – Sharifah Haslinda, Rozita Rohaizad, Syed Herwani, kembar Syed Marhain dan Syed Nazran serta Syed Hasnidan.
Bersama Mohammad Alias, Mariani memperolehi lima anak iaitu Iskandar Mierza, Sharoneirza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melisa Alias yang dikenali sebagai Melissa Saila.

Seniwati Suraya Harun yang pernah dinikahi Seniman Datuk Mustapha Maarof selama tiga tahun dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Suzlynna.
Sementara itu, Seniwati Roseyatimah yang bertemu jodoh dengan Datuk Mustapha Maarof dikurniakan tiga orang anak isitu Azlynna, Mohamad Rezainuddin tetapi Mohammed Khairuddin meninggal dunia kerana demam denggi ketika berusia tiga tahun.

Seniwati hebat, Siput Sarawak bertemu jodoh dengan Seniman S. Roomai Noor selepas mereka membintangi filem “China.”
“Chinta” filem arahan B. S Rajhans pada tahun 1948 bukan sahaja telah melahirkan sebutir bintang cemerlang dalam dunia filem Melayu malah ia telah menemukan cinta Siput Sarawak dengan S. Roomai Noor.

Selepas filem tersebut, mereka menjadi pasangan suami isteri pada tahun 1951. Namun jodoh mereka tidak panjang apabila akhirnya Siput Sarawak dan Roomai Noor bercerai pada tahun 1953.
Melalui perkahwinan itu, Siput Sarawak dan Roomai Noor dikurniakan seorang anak yang diberi nama Ithnaini yang lebih dikenali Anita Sarawak.

Mereka bernikah pada tahun 1955 dan kekal bahagia sehingga hujung nyawa.
Selepas bercerai, S. Roomai Noor bertemu jodoh dengan Umi Kalthum. Mereka bernikah pada tahun 1955 dan dikurniakan lapan orang anak.
S. Roomai Noor menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun pada 16 Mac 1996 di Hospital Makkah, Arab Saudi.
Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ma’ala, Mekah.

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.









