Lebih menarik, pemilihan selebriti popular dan sentiasa tampil bersahaja, Amy Mastura sebagai duta rasmi kepada produk keluaran Rasa Rosz sebagai wajah jenama dilihat seiring dengan nilai yang ingin ditonjolkan iaitu mesra, sihat, ringkas dan sesuai untuk seisi keluarga.

Oleh: Syed Wafa

Pastinya peminat produk keluaran Rasa Rosz tidak melepaskan peluang menyaksikan celoteh serta gelagat selebriti terkenal Amy Mastura bersama usahawan ternama tanah air, Datuk Sri Rozita Ramelan menunjukkan rahsia cara masak begitu mudah dan enak menggunakan produk keluaran Rasa Rosz yang hangat di pasaran.

Rozita Ramelan juga merupakan pemilik keluaran produk Rasa Rosz Sdn. Bhd. yang mengeluarkan pelbagai produk terjamin berquality tinggi dan pastinya halal.

Selepas pengeluaran produk pes “Ratu Tumis”, Sambal “Ready To Eat” dan perencah serbaguna Lazzat, kini Rasa Rosz bakal mengeluarkan lebih 40 pes untuk pengguna di Malaysia.

Datuk Seri Rozita Ramelan juga merupakan pemilik keluaran produk Rasa Rosz Sdn. Bhd. yang mengeluarkan pelbagai produk terjamin berquality tinggi dan pastinya halal.

Rozita Ramelan berkata, kini jenama pes keluarannya bersedia untuk berkembang lebih jauh lagi.

“Buat masa ini kami mempunyai 40 produk termasuk untuk pasaran hotel dan restoran. Manakala untuk pengguna, terdapat tujuh produk pes serbaguna sudah berada di pasaran seperti di AEON Big. Antaranya termasuk pes nasi ayam, pes nasi pandan, pes nasi lemak, sambal belacan sedia di makan, pes rendang dan pes gulai serta masak lemak cili api.

Bagi yang ingin mengetahui rahsia hidangan sedap dan istimewa Restoran Rasa Rosz cuba ikuti di semua platform media sosial iaitu Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz.

“Sambal belacan pula dijangka memasuki pasaran menjelang hujung tahun ini, bersama tiga jenis pembungkusan berbeza mengikut keperluan pengguna. Bukan itu sahaja, saya juga dalam perancangan untuk memasuki rangkaian 7-Eleven dengan produk sambal sedia di makan dan pes serbaguna baharu dalam saiz yang lebih kecil, sesuai untuk golongan bujang dan pelajar.

“Kami hasilkan pes yang “multipurpose”. Contohnya, untuk nasi goreng, pengguna tak perlu cari bawang merah atau bawang putih lagi, semua dah ada dalam satu pek. Ini akan memudahkan pembeli,” kata Rozita.

Rozita menambah, pihaknya dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan restoran mereka selepas kejayaan outlet terbaharunya di IOI City Mall, Putrajaya.

Antara rahsia penyediaan menu lazat yang dikongsikan oleh Rozita Ramelan dan Amy Mastura dengan menggunakan pes Rasa Rosz.

“Baru sahaja beberapa bulan kami buka outlet ini. Insya Allah, kalau ada rezeki, kami akan tambah satu lagi tahun ini, dan dua lagi cawangan tahun depan. Outlet terkini mereka yang dilengkapi dengan peralatan dapur yang canggih memberikan kebebasan untuk menyediakan pelbagai menu kreatif dan sihat seperti burger, ayam panggang, salad, serta Ikan Siakap bersama “cauliflower rice”, yang cukup popular dalam kalangan golongan muda.

“Di AEON Big Wangsa Maju suasananya lebih tenang, sesuai untuk pelanggan yang lebih berusia. Di IOI City Mall Putrajaya pula, kami fokus kepada generasi muda yang mahukan makanan yang berunsurkan gabungan lokal dan barat ,” ujar Rozita.

Lebih menarik, pemilihan selebriti popular dan sentiasa tampil bersahaja, Amy Mastura sebagai duta rasmi kepada produk keluaran Rasa Rosz sebagai wajah jenama dilihat seiring dengan nilai yang ingin ditonjolkan iaitu mesra, sihat, ringkas dan sesuai untuk seisi keluarga.

Namun begitu, Amy sempat juga berseloroh bahawa kebanyakan ramuan datang dari ilmu turun-temurun Rozita sendiri.

Bagi Amy Mastura, kolaborasi bersama Rozita bukan hanya soal perniagaan, tetapi berlandaskan kepercayaan dan keserasian.

“Saya selesa sangat bekerja dengan Datuk Seri Rozita. Tahun lepas kami berehat sebab saya ke tanah suci, dan beliau juga agak kurang sihat. Tahun ini, kami kembali dengan semangat baharu,” kata Amy yang turut menyumbangkan beberapa resipi dalam menu mereka termasuk resepi Nasi Daging, sup ikan dan banyak lagi. Bagi yang ingin mengetahui rahsia hidangan sedap dan istimewa Restoran Rasa Rosz cuba ikuti di semua platform media sosial iaitu Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Bagi Amy Mastura, kolaborasi bersama Rozita bukan hanya soal perniagaan, tetapi berlandaskan kepercayaan dan keserasian.

Namun begitu, Amy sempat juga berseloroh bahawa kebanyakan ramuan datang dari ilmu turun-temurun Rozita sendiri.

“Resipi saya jangan ikut, saya pun ikut orang. Tapi kami olah semuanya ikut cita rasa sendiri,” katanya sambil ketawa.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan boleh hubungi Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (013-8082772 -call / whatsapp) dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya, Lot L3-210, Level East Wing (hubungi 012-8217714) yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

https://vt.tiktok.com/ZSSKXrNFW/

@rasaroszresto Eh eh, Ds Rosz dan Kak Amy Mastura ada buat rancangan ape ni??? Sedap tengok Sup Ikan Merah tu🤤 Haa korang nantikan ya hehe 🫣😍 di TikTok account @Ratu Tumis #rasarosz #ratutumissambal #ratutumis #masak@Dato’ Sri Rozita @Amy Mastura Official ♬ La La La – Sped Up Version – Naughty Boy & Sam Smith

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here