Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan Sandakiah Azez, Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM)
Pemilik dan pengasas Tanah Aina serta “Aktivis Alam Sekitar” terkenal
Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil Sabri berbesar hati telah merainkan dan menyantuni artis-artis veteran terkenal tanah air baru-baru ini.
“Saya membesar dengan lagu-lagu serta lakonan hebat mereka, inilah hari paling bersejarah untuk saya merainkan dan membalas jasa serta pengorbanan artis veteran dalam dunia seni tanah air.

“Di samping itu juga saya ingin perkenalkan Tanah Aina Idris di Benta yang terletak di Pahang kepada mereka untuk menikmati suasana nyaman kampung dan tenang, jauh dari kesibukan kota,” kata Sabrina gembira.
Rata-rata artis yang hadir antaranya Datuk Jefrydin bersama isteri, Dato Siti Fairus bersama suami, Zalifah Ibrahim, Mubarak Majid, Chef Zainal, Samsuri Shahrom, Sharifah Muhammad, S. Mariam, Datin Zorida Mat Piah, Eric abdullah dan Syed Aziz Alwi begitu teruja dengan keindahan dan suasan di sini.

“Saya amat berharap dapat datang lagi ke sini bersama anak-anak dan cucu untuk bercuti bersama mereka kerana suasananya yang sungguh tenang, sukar digambar dengan kata-kata,” ujar Siti Fairus bersungguh-sungguh.
Berbagai aktiviti menarik di jalankan, bermula di Tanah Aina Fareena Cafe di Bentong. Di sini artis-artis veteran dijamu dengan makan tengahari yang lazat yang dihidang dengan cara yang sangat kreatif dan menarik serta semua masakan tidak menggunakan perasa tiruan atau MSG.

Mereka juga berkesempatan melawat sekitar Tanah Aina Fareena sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang dipelihara dengan cantik dan rapi oleh pemiliknya.
Kemudian artis-artis berangkat ke Tanah Aina Idris Benta yang mengambil masa perjalanan selama 2 jam. Setibanya di sana disambut mesra oleh penduduk kampung yang begitu ramah.

Di sini juga terdapat rumah tradisional berusia lebih 100 tahun, yang dibaiki & dijadikan sebagai homestay yang sungguh unik.
Artis-artis veteran meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk kampung dan menyumbangkan beberapa lagu menghiburkan tetamu yang turut hadir.

Minum petang yang disediakan oleh penduduk kampung terdiri dari kuih-kuih tradisional yang menggunakan bahan-bahan tradisional seperti gula kabung yang sungguh enak.
Artis veteran yang hadir juga diberi cenderahati sebagai kenangan indah sempena berkunjung ke sini.
Menurut Sandakiah Azez, Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM),
lokasi-lokasi Tanah Aina yang semuanya terletak dalam kawasan rimbunan hijau sangat sesuai untuk diadakan program santai bersama artis veteran.

“Insya Allah, PKAVM akan merancang untuk adakan program di Tanah Aina, di salah satu antara tujuh lokasi yang ada.
“Kami juga mengajak semua pencinta-pencinta alam semulajadi untuk sama-sama sokong usaha Tanah Aina terutamnya pemiliknya, Puan Sri Sabrina dalam memelihara alam sekitar,” kata Sandakiah.

Bagi mereka yang ingin bercuti di sini bersama keluarga atau kenalan boleh hubungi di talian
+6 016 215 9252
+6 016 609 0493
[email protected]
https://www.facebook.com/share/v/1CDpgNzCuA/

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.









