Image by Freepik

Oleh: Asmat

Bersalin secara pembedahan bukanlah sesuatu yang ‘short cut’ ataupun jalan pintas. Walaupun ramai yang mengatakan bersalin secara pembedahan ini menguntungkan, tidak sakit dan sebagainya, namun tahukah kita bersalin secara pembedahan sebenarnya lebih banyak risiko berbanding bersalin secara normal?

Bersalin secara pembedahan bukannya dibuat kerana suka-suka, tapi sebenarnya ada beberapa keadaan atau faktor yang boleh menyebabkan ibu wajib atau perlu bersalin secara pembedahan.

Antara faktor tersebut adalah:

  • Kedudukan Bayi: Jika bayi berada dalam kedudukan songsang (kaki di bawah) dan tidak dapat dipusingkan secara manual, pembedahan mungkin diperlukan.
  • Saiz bayi: Bayi yang terlalu besar atau pelvis ibu yang terlalu kecil boleh menyukarkan proses kelahiran normal.
  • Masalah kesihatan ibu: Ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, atau jangkitan tertentu mungkin memerlukan pembedahan.
  • Masalah uri: Jika uri berada di bawah (placenta previa) atau berlaku masalah uri terpisah (placental abruption), pembedahan mungkin diperlukan.
  • Masalah semasa proses kelahiran: Jika terdapat komplikasi semasa proses kelahiran normal seperti kesukaran pernafasan bayi atau pendarahan yang berlebihan, pembedahan czer mungkin perlu dilakukan.
  • Kelahiran terdahulu melalui pembedahan czer: Ibu yang pernah menjalani pembedahan czer sebelum ini mungkin lebih cenderung untuk melahirkan anak melalui pembedahan czer semula.

Penting untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan kaedah bersalin yang terbaik berdasarkan keadaan individu.

Risiko bersalin secara pembedahan (czer)

Di sini kami senaraikan beberapa risiko jika bersalin secara pembedahan. Ia merangkumi risiko jangka masa pendek, jangka masa panjang serta beberapa risiko lain.

Risiko Jangka Pendek (selepas pembedahan)

Risiko jangka masa pendek boleh terus seuasai pembedahan berlaku dan boleh jadi mengambil masa seminggu atau beberapa bulan selepas pembedahan. Itu tempoh kebiasaan ibu yang melakukan pembedahan bersalin mengalaminya. Antara risiko jangka masa pendek Adalah:

• Luka lambat sembuh berbanding bersalin normal.
• Risiko jangkitan pada luka atau rahim.
• Sakit dalaman menyukarkan untuk batuk atau pergerakkan
• Sakit lebih lama (mobiliti terhad minggu pertama).

Risiko Jangka Panjang

Untuk risiko jangka masa panjang, ada pesakit merasainya selepas beberapa tahun bahkan sehingga anak tersebut kian membesar masih juga terasa. Antara kesan jangka masa panjang Adalah seperti berikut:

• Adhesion (parut dalaman) yang boleh sebabkan sakit perut atau gangguan pada organ.
• Risiko komplikasi kehamilan seterusnya (plasenta previa, plasenta accreta, rahim pecah).
• Potensi menghadapi kesukaran bersalin normal untuk anak seterusnya.

Kesan Terhadap Bayi

Bukan hanya pada ibu, tapi bayi juga ada kesan sampingan jika ibu bersalin secara pembedahan ini.

• Bayi mungkin lebih berisiko mengalami masalah pernafasan (terutama jika lahir awal sebelum kontraksi bermula).
• Kurang terdedah pada bakteria baik dari saluran kelahiran (yang bantu imuniti).

Kesan Emosi dan Psikologi Ibu

Jika tadi kita lihat kesan secara fizikal, tapi berikut Adalah kesan secara emosi atau mental ibu. Kebanyakan ibu mengalaminya dalam tempoh jangka masa agak lama juga hingga ada mendatangkan trauma.

Sesetengah ibu juga rasa “kurang pengalaman bersalin normal”, boleh cetuskan baby blues atau postpartum depression. Malah rasa trauma bila fikir perlu jalani pembedahan besar.

Kos dan Pemulihan

Mungkin ramai yang mengetahui, kos bagi ibu bersalin secara pembedahan lebih tinggi berbanding bersalin secara normal, tidak kira samada pemilihan di Hospital Kerajaan mahupun swasta.

Selain itu, tempoh cuti sakit atau MC lebih panjang dan penjagaan juga lebih lama serta teliti. Perlu lebih penjagaan diri (tidak boleh angkat berat, tak boleh aktif cepat).

# Ikuti sambungan artikel akan datang mengenai czer ini.#

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here