Setiap tahun pada 16 September, rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia. Ia tarikh keramat yang menandakan pembentukan negara kita pada tahun 1963.
Berbeza dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos yang meraikan kebebasan Tanah Melayu daripada penjajah British pada 1957. Hari Malaysia memperingati penyertaan Sabah, Sarawak, dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia.
Walaupun Singapura kemudiannya berpisah pada tahun 1965, tarikh ini kekal sebagai simbol kesatuan dan perpaduan rakyat dari Semenanjung hingga ke Borneo.
Hari Malaysia bukan sekadar cuti umum, tetapi juga wadah untuk mengingati sejarah penggabungan Malaysia 1963, menghargai jasa pemimpin terdahulu, serta memperkukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
Kami di Ladybosz mengucapkan
Selamat Hari Malaysia! Semoga membawa lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua. Teruskan berusaha untuk masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia tercinta!










