Oleh: Nafsiah Jani
Kunjungi Restoran Rasa Rosz IOI City Mall Putrajaya jika anda ingin menikmati nasi yang sedap, segar, gebu dan tekstur yang lembut. Nasi minyak, nasi tomato dan nasi putih yang dimasak menggunakan, Delirice Tefal Max Rice Cooker (RK7778) ini didatangkan bersama dua pilihan lauk iaitu Sup Tulang Spesial atau Gulai Ayam Berempah pada harga RM25.90. Menu istimewa ini bermula pada 11 September lalu hingga 12 Oktober ini.
Ini semua dapat direalisasikan hasil kerjasama Tefal dan Restoran Rasa Rosz bagi membolehkan pelanggan menikmati nasi yang hangat dan segar selama 24 jam.Periuk nasi ini direka khas bagi memenuhi permintaan pengguna dan pengusaha restoran yang mahukan kualiti dan pengurangan pembaziran makanan.

Periuk nasi pintar keluaran Tefal yang merupakan peneraju global peralatan rumah menjanjikan Delirice Tefal Max Rice Cooker (RK7778) ini dicipta khas bagi memastikan nasi kekal segar, gebu dan lembut sehingga 24 jam, sekali gus menjawab masalah utama pengguna iaitu nasi cepat basi.
Nasi Minyak yang lembut dan gebu ini di masak menggunakan beras Jasmine LaSella Basmathi Parboiled bersama Ratu Tumis Sup. Manakala Nasi Tomato pula di masak menggunakan beras Jasmine LaSella Basmathi Steam bersama Ratu Tumis Asam Pedas.
Pelanggan yang berminat untuk membeli periuk Delirice Max RK7778 ini bolehlah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz dengan kadar segera. Bagi setiap pembelian periuk nasi istimewa ini, pembeli akan mendapat hadiah percuma Light Mix Blender. Caranya mudah saja, scan barcode tertera dan masukkan kod RASAROSZXTEFAL untuk membeli Delirice Max ini.

Selain nasi, pelbagai program memasak membolehkan pengguna menyediakan aneka hidangan dengan mudah menggunakan Delirice Max RK7778.
Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata,“Tefal berjaya menghasilkan peralatan yang membantu tukang masak di rumah mencapai tahap kesegaran optimum. Kami bangga dapat bekerjasama dalam pelancaran yang menghormati tradisi kulinari negara.
“Makanan yang baik adalah tentang konsistensi dan kualiti. Tefal telah membangunkan alat yang memperkasakan tukang masak di rumah untuk mencapai standard kesegaran profesional.”
Bukan itu saja, jika anda terlalu sibuk tetapi teringin menikmati makanan di Rasa Rosz, semuanya berada di hujung jari anda. Hanya klik GrabFood untuk penghantaran makanan dan menikmati hidangan yang enak, lagi menyelerakan ini.
Menu-menu yang diketengahkan dikedua-dua restoran ini mempunyai tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam setiap hidangan. Selain hidangan biasa, Restoran Rasa Rosz juga turut menyediakan hidangan barat bercitarasa Malaysia.
Bagi yang ingin menikmati hidangan enak dan istimewa ini cuba ikuti Rasa Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz ialah restoran terkenal yang meraikan kekayaan dan kepelbagaian cita rasa masakan Malaysia. Dengan tumpuan kepada bahan-bahan berkualiti dan resipi autentik, Rasa Rosz menawarkan pengalaman menjamu selera yang moden dan berakar umbi dalam tradisi.
Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan boleh hubungi Restoran Rasa Rosz yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (013-8082772 -call / whatsapp) dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya, Lot L3-210, Level East Wing sila hubungi (012-8217714).

Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.









