Dari Hati Ladybosz

Bicara dari hati Dato' Sri Rozita Ramelan

Selamat Hari Lahir Tun M Ke 100!

0

Sungguh luar biasa...Dengan penuh rasa hormat dan bangga, kami di Ladybosz mengucapkan "Selamat Hari Lahir" yang ke-100 kepada 'Negarawan Ulung', Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang tidak pernah jemu berjuang demi tanah air tercinta. Seratus tahun bukan sekadar angka, tetapi tanda panjangnya jasa dan pengorbanan seorang 'Tokoh Negarawan' yang telah menabur bakti sejak zaman penjajahan hingga Malaysia menjadi negara...

Salam Maal Hijrah 2025

0

Setiap kali kedatangan Awal Muharram, kita secara sedar atau tidak sedar akan melalui satu fasa baharu dalam kalendar Islam. Peristiwa Maal Hijrah adalah detik bersejarah penuh makna dan pengajaran bagi seluruh umat Islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Ia mengingatkan kita tentang perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah sebagai satu langkah strategik di mana ia bukan...

Selamat Hari Bapa 2025

0

Hari Bapa mula diperkenalkan pada awal abad ke-20 di Amerika Syarikat sebagai satu usaha untuk menghargai peranan dan sumbangan bapa dalam keluarga dan masyarakat. Sambutan ini pertama kali diadakan pada tahun 1910 di Spokane, Washington oleh seorang wanita bernama Sonora Smart Dodd. Dia terinspirasi untuk mengadakan sambutan ini sebagai penghormatan kepada bapanya, seorang veteran Perang Saudara Amerika yang membesarkan...

Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

0

Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Aidiladha merupakan perayaan kedua terbesar dalam Islam selepas Aidilfitri. Ia disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun, bersempena dengan ibadah Haji di Mekah serta memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang diuji oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Kisah ini menjadi simbol ketakwaan, keikhlasan dan ketaatan yang kekal dalam ibadah korban hingga kini. Aidiladha...

Al-Fatihah

0

Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah diucapkan kepada Allahyarham Arif Munandar (Staf Restoran Rasa Rosz Cawangan IOI City Mall, Putrajaya) yang kembali ke Rahmatullah pagi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman disisi Allah swt. إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ Al-Fatihah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞...

DIRGAHAYU TUANKU

0

DIRGAHAYU TUANKU Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 2 Jun 2025 Bersamaan 5 Zulhijjah 1446H. Sembah Takzim daripada, Warga Kerja Ladybosz

Selamat Hari Guru 2025

0

Selamat Hari Guru 2025 Hari Guru disambut setiap tahun pada 16 Mei di seluruh Malaysia. Tarikh ini dipilih kerana ia bersempena pengumuman Laporan Razak pada tahun 1956 — asas kepada sistem pendidikan negara. Istimewanya, tahun ini, sambutan akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 14–16 Mei 2025. Tema Hari Guru 2025 Untuk tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan tema rasmi iaitu “Guru Pemacu Reformasi...

Selamat Hari Wesak 2025

0

Selamat Hari Wesak 2025 Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. Kami di Ladybosz memgucapkan "Selamat Hari Wesak", semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia.

Selamat Hari Ibu!

0

Selamat Hari Ibu! Kami di Ladybosz mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua insan bergelar ibu, mama, emak, umi, bonda, mummy atau apa sahaja panggilan manja kita buat mereka! Tarikh 11 Mei 2025 ini (ya, hari ini!) sekali lagi kita raikan insan paling istimewa dalam hidup kita. Kadang-kadang, dalam kesibukan harian, kita mungkin terlupa atau tak sempat nak luahkan rasa sayang...

Selamat Hari Pekerja 2025

0

Hari Pekerja atau juga dikenali sebagai "Hari Buruh" disambut di seluruh dunia pada 1 Mei setiap tahun. Di Malaysia, tarikh ini diisytiharkan sebagai tarikh kelepasan am di seluruh negeri. Setiap tahun, terdapat satu tema istimewa yang dipilih bagi menyemarakkan sambutan Hari Pekerja di Malaysia. Bagi tahun 2025, tema yang dikekalkan adalah “Pekerja KESUMA Bangsa”, sama seperti tema yang digunakan pada tahun...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025

0

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025. Yang jauh itu Waktu, Yang dekat itu Mati, Yang besar itu Nafsu, Yang berat itu Amanah, Yang mudah itu Berbuat Dosa, Yang panjang itu Amal Soleh, Yang indah itu Saling Memaafkan. Kami di Ladybosz mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya.

Salam Nuzul Al-Quran 2025/1446H!

0

Salam Nuzul Al-Quran 2025/1446H! Kami di Ladybosz mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1446H! Semoga kita semua terus mendapat keberkatan dan hidayah yang berkekalan daripada kitab suci Al-Quran dan Selamat Beramal!

Selamat Hari Wanita 2025

0

Selamat Hari Wanita 2025 Tanggal 8 Mac setiap tahun, kita akan meraikan Hari Wanita Sedunia. Di Malaysia, tema bagi sambutan Hari Wanita 2025 adalah “Wanita Beraspirasi Membina Legasi”. Tema Hari Wanita ini dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia (KPWKM) mencerminkan peranan penting wanita dalam pembangunan negara dan pembinaan legasi masa depan. Bagi menghargai pengorbanan para wanita, marilah sama-sama kita memberi...

Perut Sarang Penyakit? (Bahagian 1)

0

Oleh : Asmat Puasa mestilah kena makan. Makan, makan dan makan lagi. Waktu berbuka itu masanya singkat untuk makan dan solat Maghrib, namun ramai yang terleka sekejap di meja makan menikmati makanan hingga waktu untuk solat Maghrib sampai penghujungnya. Itu cerita berbuka, kalau cerita pergi bazar, pendek kata hampir setiap gerai makanan nak dibeli. Terliur. Memang betul, bila puasa nafsu makan...

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia 2025!

0

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia 2025! Ramadan yang indah datang lagi. Ramadan adalah merupakan bulan suci dalam agama Islam yang kita cintai. Ini adalah merupakan bulan kesembilan dalam kalender Islam. Pada bulan ini, umat Islam akan berpuasa bermula daripada fajar sehinggalah matahari terbenam setiap hari, selama satu bulan penuh. Berpuasa di bulan Ramadan adalah salah satu daripada rukun Islam yang...

Selamat Menyambut Nisfu Syaaban 2025/1446H

0

Kami di Ladybosz mengucap Selamat Menyambut Nisfu Syaaban, Semoga malam yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan, dan petunjuk daripada Allah SWT. Mari kita perbanyakkan istighfar, doa, dan amal kebajikan. Semoga kita semua dilindungi dan diberkati dalam kehidupan dunia dan akhirat... Amin.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2025!

0

Kami di Ladybosz mengucapkan Selamat Hari Thaipusam Kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu, semoga perayaan ini terus mempereratkan hubungan sesama, sambil menghormati dan merayakan keindahan tradisi serta budaya yang ada di negara tercinta ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2025

0

"Tahun Baru Cina" adalah lebih daripada sekadar sambutan, ia adalah refleksi tentang masa lalu dan harapan untuk masa depan. Dalam semangat perpaduan, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum turut sama meraikan perayaan ini, menunjukkan betapa indahnya hidup dalam keharmonian. Kami di Ladybosz mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" dan berhati-hati di jalan raya.

Salam Israk Mikraj 1446H

0

Israk Mikraj merupakan perjalanan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dalam satu malam. Ia melibatkan dua peristiwa besar: Israk, iaitu perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan Mikraj, perjalanan dari bumi ke langit ketujuh hingga Sidratul Muntaha. Peristiwa ini bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi simbol keimanan yang mendalam. Kami di Ladybosz mengucapkan “Salam Israk Mikraj 1446H", Semoga peristiwa agung...

Selamat Tahun Baru 2025

0

Selamat Tahun Baru 2025! Sedarlah... Tahun baru bukan hanya tentang waktu yang berlalu, Tetapi kesempatan baru untuk menjadi versi terbaik dari diri kita! Kami di Ladybosz mengucapkan, "Selamat Tahun Baru 2025" Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah SWT...Amin.