Dari Hati Ladybosz
Selamat Hari Malaysia 2025!
Setiap tahun pada 16 September, rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia. Ia tarikh keramat yang menandakan pembentukan negara kita pada tahun 1963. Berbeza dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos yang meraikan kebebasan Tanah Melayu daripada penjajah British pada 1957. Hari Malaysia memperingati penyertaan Sabah, Sarawak, dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia. Walaupun Singapura kemudiannya berpisah pada tahun 1965, tarikh ini kekal sebagai simbol...
Selamat Hari Guru 2025
Selamat Hari Guru 2025 Hari Guru disambut setiap tahun pada 16 Mei di seluruh Malaysia. Tarikh ini dipilih kerana ia bersempena pengumuman Laporan Razak pada tahun 1956 — asas kepada sistem pendidikan negara. Istimewanya, tahun ini, sambutan akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 14–16 Mei 2025. Tema Hari Guru 2025 Untuk tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan tema rasmi iaitu “Guru Pemacu Reformasi...
Selamat Hari Bapa 2025
Hari Bapa mula diperkenalkan pada awal abad ke-20 di Amerika Syarikat sebagai satu usaha untuk menghargai peranan dan sumbangan bapa dalam keluarga dan masyarakat. Sambutan ini pertama kali diadakan pada tahun 1910 di Spokane, Washington oleh seorang wanita bernama Sonora Smart Dodd. Dia terinspirasi untuk mengadakan sambutan ini sebagai penghormatan kepada bapanya, seorang veteran Perang Saudara Amerika yang membesarkan...
Selamat Hari Ibu!
Selamat Hari Ibu! Kami di Ladybosz mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua insan bergelar ibu, mama, emak, umi, bonda, mummy atau apa sahaja panggilan manja kita buat mereka! Tarikh 11 Mei 2025 ini (ya, hari ini!) sekali lagi kita raikan insan paling istimewa dalam hidup kita. Kadang-kadang, dalam kesibukan harian, kita mungkin terlupa atau tak sempat nak luahkan rasa sayang...
Salam Maulidur Rasul SAW 1447H / 2025M
“Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik untuk kamu...” (Surah Al-Ahzab: 21) Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah saat untuk kita menghayati perjuangan, akhlak mulia dan kasih sayang baginda yang menjadi cahaya sepanjang zaman. Semoga dengan semangat Maulidur Rasul ini, kita terus memperkukuh ukhuwah, memperkasakan iman, dan membangun Ummah yang sejahtera. Kami di Ladybosz mengucapkan Salam Maulidur...
Selamat Hari Kemerdekaan 2025 Yang Ke-68
Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang bertemakan "Malaysia Madani: Rakyat Disantuni" ini adalah peluang terbaik untuk kita semua merenung dan menghayati makna sebenar kemerdekaan. Ia satu usaha berterusan untuk memperkukuhkan semangat patriotisme, perpaduan dan identiti bangsa. Dalam dunia penuh cabaran dan perubahan ini, kita harus sedar bahawa kemerdekaan adalah anugerah dan tanggungjawab bersama. Dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT, kita semua...
Selamat Menyambut Nisfu Syaaban 2025/1446H
Kami di Ladybosz mengucap Selamat Menyambut Nisfu Syaaban, Semoga malam yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan, dan petunjuk daripada Allah SWT. Mari kita perbanyakkan istighfar, doa, dan amal kebajikan. Semoga kita semua dilindungi dan diberkati dalam kehidupan dunia dan akhirat... Amin.
Salam Israk Mikraj 1446H
Israk Mikraj merupakan perjalanan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dalam satu malam. Ia melibatkan dua peristiwa besar: Israk, iaitu perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan Mikraj, perjalanan dari bumi ke langit ketujuh hingga Sidratul Muntaha. Peristiwa ini bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi simbol keimanan yang mendalam. Kami di Ladybosz mengucapkan “Salam Israk Mikraj 1446H", Semoga peristiwa agung...
DIRGAHAYU TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 2 Jun 2025 Bersamaan 5 Zulhijjah 1446H. Sembah Takzim daripada, Warga Kerja Ladybosz
Al-Fatihah
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah diucapkan kepada Allahyarham Arif Munandar (Staf Restoran Rasa Rosz Cawangan IOI City Mall, Putrajaya) yang kembali ke Rahmatullah pagi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman disisi Allah swt. إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ Al-Fatihah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞...
Selamat Hari Wesak 2025
Selamat Hari Wesak 2025 Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. Kami di Ladybosz memgucapkan "Selamat Hari Wesak", semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia.
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 17 Pada 20 Julai 2024 Sembah takzim daripada seluruh warga Ladybosz
Selamat Hari Deepavali 2025
Pesta Cahaya menjelma lagi! Pada Hari Deepavali yang disambut dengan penuh meriah pada hari ini Isnin, 20 Oktober 2025. Tarikh ini secara rasminya adalah cuti umum kebangsaan (kecuali Sarawak), memberikan peluang untuk kita semua memulakan minggu dengan semangat perayaan yang penuh warna-warni. Ketika bau maruku dan kuih-muih tradisional mula menusuk hidung dan lagu-lagu Deepavali yang rancak kedengaran di corong radio,...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-67!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-67! Hari Merdeka, atau Hari Kebangsaan, yang mana ianya disambut setiap tahun pada 31 Ogos untuk memperingati hari kemerdekaan Malaysia bebas daripada penjajahan British pada tahun 1957. Ia adalah satu hari yang dipenuhi dengan semangat patriotik dalam diri setiap rakyat Malaysia, tidak kira dari pelbagai latar belakang dan budaya berkumpul untuk meraikan hari yang bersejarah ini. Kami di...
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Selamat Hari Raya Aidiladha! Lembu dan kambing sedang menanti, Untuk dikorbankan sekejap lagi, Sucikan diri ikhlaskan hati, Semoga korban diterima ilahi. Bulan Zulhijjah bulan mulia, Disambut dengan hati gembira, 10 Zulhijah kini menjelma, Ucapan dikirim maaf dipinta. Harum mawar walau berduri, Kembang mekar diwaktu dhuha; Pantun diungkap penganti diri, Salam lebaran indahnya Aidiladha. Kami di Ladybosz mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha!
Berita Baik…Jawatan Kosong Menanti Anda!
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera! Berita baik bagi mereka yang masih mencari peluang pekerjaan di syarikat yang sedang berkembang maju dan terus melebarkan sayapnya! Jom sertai kami "TEMUDUGA TERBUKA" dan lihat info paling bawah! Rebut peluang anda sekarang! Sementara masih ada kekosongan! Keluarga Rasa Rosz semakin membesar dengan pembukaan Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall Putrajaya. Samada yang berpengalaman atau juga yang mahu mencari pengalaman dengan...
Salam Maulidur Rasul!
Salam Maulidur Rasul! Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua. Kami di Ladybosz mengucapkan "Salam Maulidur Rasul" buat semua umat Islam di Malaysia.
Salam Nuzul Al-Quran
Salam Nuzul Al-Quran Semoga kita semua dirahmati oleh Allah di bulan yang penuh barakah ini....Amin Salam Nuzul Al-Quran dari kami di Ladybosz.
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2025
"Tahun Baru Cina" adalah lebih daripada sekadar sambutan, ia adalah refleksi tentang masa lalu dan harapan untuk masa depan. Dalam semangat perpaduan, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum turut sama meraikan perayaan ini, menunjukkan betapa indahnya hidup dalam keharmonian. Kami di Ladybosz mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" dan berhati-hati di jalan raya.
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! Merafak Sembah Dengan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Dan Ucapan Selamat Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagunda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Sembah Takzim Daripada Kami Di Ladybosz Daulat Tuanku!




























