Oleh LIN

SETIAP kali berlakunya kematian suami, sering kali seorang wanita yang bergelar isteri tidak tahu bagaimana menguruskan beberapa perkara dari awal hingga seterusnya.

Ramai isteri mungkin berasa bingung kerana jahil atau tidak memahami secukupnya cara untuk menangani perkara tersebut. Mereka mungkin tidak tahu cara hukum-hakam dan hak mereka ke atas harta peninggalan suami.

Berikut dikongsi 20 tip untuk anda selepas berlaku kematian orang tersayang itu.

  1. Hubungi ambulans sekiranya suami meninggal di rumah.
  2. Maklumkan kepada ahli keluarga dan jiran terdekat sebagai salah satu
        sokongan moral.
  3. Setelah pihak hospital mengesahkan kematian, laporkan kepada pihak
        berkuasa untuk mengeluarkan permit pengebumian.
  4. Laporkan kepada kariah tempat kediaman untuk dapatkan anggota
        pengurusan jenazah, van jenazah dan penggali kubur.
  5. Setelah selesai pengebumian dan dalam tempoh kurang satu minggu, buat
        sijil kematian arwah di pejabat pendaftaran berdekatan.
  6. Apabila sudah bersedia, lapor kematian arwah ke PERKESO sekiranya arwah
        pernah mencarum. PERKESO akan memberikan wang pampasan secara bulanan
        dan ini boleh dijadikan pendapatan untuk perbelanjaan anak-anak. PERKESO
        bukan harta faraid dan ia dimiliki oleh isteri dan anak-anak. PERKESO
        juga menyediakan wang khairat kematian.
  7. Seterusnya ke Amanah Saham Bumiputera (ASB). ASB juga menyediakan
        wang khairat kematian dan ini boleh digunakan untuk membayar semua
        proses pengurusan jenazah arwah.
  8. Bank Rakyat. Sekiranya ada, segera lapor untuk tutup akaun dan dapatkan
        wang khairat kematian.
  9. Lapor kepada pihak insurans sekiranya si mati memiliki insurans.
        Pampasan insurans adalah wang faraid dan perlu diganti sekiranya digunakan.
  10. Lapor juga sekiranya si mati memiliki hibah takaful. Hibah takaful adalah
          wang milik penama. Sekiranya penama adalah isteri, maka wang hibah
          boleh digunakan untuk meneruskan hidup. Tempoh menerima wang
          hibah hanyalah lebih kurang 1 bulan selepas dilaporkan.
  11. Kemudian, pergi ke semua bank di amanah arwah untuk tutup akaun
         dan mendapatkan wang simpanan arwah. Wang simpanan arwah sangat
         diperlukan untuk perbelanjaan keluarga sementara isteri mampu
         mencari pendapatan tambahan. Wang ini harus diganti semula kerana ia
         adalah wang faraid yang menjadi hak ibu bapa arwah dan anak-anak.
         (Bagi sesetengah kes, ia adalah milik adik-beradik dan baitulmal).
  12. Dalam masa yang sama, buka akaun faraid arwah, sama ada di   
          AmanahRaya, Pejabat Pusaka Kecil (Pejabat Tanah) atau ke Mahkamah Sivil
          bagi jumlah harta yang banyak (juta dan bilion).
  13. Untuk Amanah Raya, dikhususkan bagi si mati yang hanya memiliki
          harta alih seperti kereta, motosikal dan wang simpanan.
  14. Untuk Harta Pusaka Kecil, dikhususkan untuk si mati yang memiliki
          harta tak alih dan harta alih seperti ada tanah, rumah, simpanan, emas
          dan sebagainya.
  15. Mahkamah Sivil pula dikhususkan untuk mereka yang memiliki kemewahan
          bernilai lebih daripada dua juta termasuk tanah, rumah, kereta, motosikal,
          wang simpanan dan sebagainya.
  16. Cari info berkaitan hutang arwah seperti pinjaman peribadi, kad kredit,
          barang-barang yang dibayar ansuran seperti telefon bimbit, mesin basuh, TV
          dan sebagainya. Jika mampu bayar, segerakan bayaran. Jika tidak mampu,
          sila lapor segera kepada pihak mereka untuk dapatkan budi bicara. Ini
          penting supaya si mati tidak terseksa di alam sana.
  17. Tukar nama akaun Astro, WiFi rumah dan sebagainya. Supaya,
          sekiranya tertunggak untuk bulan berikutnya tidak menjejaskan arwah di
          alam sana.
  18. Cukai Jalan kereta si mati perlu di perbaharui enam (6) bulan sekali
          sehingga nama ditukarkan dalam tempoh tiga (3) tahun. Jika tidak, kereta
          tidak boleh berjalan lagi di jalan raya.
  19. Jika ada rumah, lapor kepada pihak bank tentang kematian suami. Ini bagi
          urusan tuntutan insurans rumah jika si mati mengambil insurans MRTT
          dan sebagainya bagi pinjaman perumahan. Ini boleh menyebabkan anda
          hanya perlu membayar rumah separuh atau mungkin tidak perlu bayar
          apa-apa lagi.
  20. Lapor juga kepada pihak bank tentang kereta arwah. Ini kerana
          berkemungkinan pihak bank boleh menangguhkan dahulu pinjaman
          berkenaan kepada satu tempoh masa yang ditetapkan.

Ikuti sambungan akan datang agar pihak isteri peka dengan hak-hak mereka…

Previous article“Mana Rakan-Rakan Artis? Datanglah Melawat Saya,” Datuk M. Daud Kilau
Next article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here