Oleh Asmat Fikri

WANITA dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Itu lumrah. Manakala definisi cantik bagi kebanyakan wanita adalah kurus. Ya, bila kurus datang keyakinan diri. Bila kurus rasa lebih dihargai, bila kurus terus rasa disayangi dan bila kurus terus rasa cantik setiap hari. Begitulah.

Itu dari segi kecantikan. Kurus dan cantik berpisah tiada. Namun, tak dinafikan ramai juga wanita yang peka dengan maslaah kesihatan, perlu kurus untuk sihat.

Almaklumlah, bila berat badan berlebihan tentunya akan datang bersama penyakit atau kesan yang tidak baik. Antara risiko yang boleh dapat jika berat badan berlebihan adalah obesiti, sakit jantung, penyakit kencing manis, komplikasi sendi dan tulang serta banyak lagi.

Disebabkan itu, ramai orang tak kira wanita atau lelaki yang berusaha dan berlumba-lumba untuk kuruskan berat badan dengan apa jua cara sekalipun. Tengok sahaja di media sosial, bagai cendawan tumbuh selepas hujan… produk-produk kuruskan berat badan yang dijual secara terbuka.

Ada juga yang menawarkan perkhidmatan memantau diet pemakanan, senaman dan aktiviti yang boleh membawa kepada penurunan berat badan.

Selain itu, ada juga yang mengambil pendekatan untuk berpuasa sebagai salah satu cara bagi mengawal pemakanan serta diet agar tidak berlebihan.

Wikimedia Commons.

Sebenarnya jika nak cerita, terlalu banyak cara untuk menurunkan berat badan, dalam erti kata hendak kurus. Samada rajin ke tidak sahaja.

Namun, hari ini ada perkara lain yang lebih penting untuk kita bincangkan mengenai ‘journey’ hendak kurus iaitu satu kaedah perubatan yang kian popular dalam kalangan wanita, iaitu pembedahan bariatrik.

Maksud Bariatrik

Pembedahan bariatrik ialah pembedahan yang membantu seseorang mengawal masalah berat badan berlebihan atau untuk menurunkan berat badan. Pembedahan ini akan membuat perubahan kepada sistem pencernaan samada dengan mengecilkan perut ataupun memintas sebahagian daripada usus kecil.

Pembedahan bariatrik ialah pilihan bagi mereka yang mempunyai BMI lebih daripada 32 kg/m2 dengan keadaan perubatan. Untuk mengetahui sama ada anda layak menjalani pembedahan ini atau tidak, anda perlu berunding dengan kumpulan bariatrik pelbagai disiplin.

Menurut laman Hello Doktor, ada empat jenis pembedahan bariatrik iaitu:

  1. Roux-en-Y.
  2. Billiopancreatic diversion with duodenal switch.
  3. Laparoscopic adjustable gastric banding (LAGB).
  4. Sleeve gastrectomy.

Bagaimana Pembedahan Bariatrik Bantu Kurus?

Secara umumnya, pembedahan bariaktrik ini berfungsi dengan mengubah anatomi saluran gastrointestinal (sistem perut dan pencernaan) lalu menyebabkan perubahan fisiologi di dalam badan.

Prosedur ini akan mengubah keseimbangan tenaga dan metabolisme lemak. Ia juga dapat mempengaruhi pengeluaran hormon usus dengan cara mengurangkan rasa lapar dan selera makan serta meningkatkan perasaan cepat kenyang.

Walaubagaimanapun, kejayaan penurunan berat badan juga bergantung pada banyak faktor penting lain selepas pembedahan dijalankan, seperti pemakanan, senaman, pengubahsuaian gaya hidup dan banyak lagi.

Diharap dengan info yang diberikan dapat membantu semua pembaca Ladybosz membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan masa depan mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai risiko pembedahan bariatrik, kos dan klinik yang menawarkan perkhidmatan bariatrik ini jangan lupa ikuti bahagian kedua di minggu hadapan.

BERSAMBUNG.

Previous articleCerita Tiga Helai Bulu Kucing (BAHAGIAN 1)
Next articleIfan Seventeen, Anggi Marito & Alif Satar & The Locos Bakal Pahat Kenangan Terbaik Dalam Konsert Memori Terindah 2023

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here