Usia tahun ini 53 tahun, namun wajah Amy Mastura tetap nampak muda.

Oleh Wawa Najwa
Foto Ehsan Amy Mastura/Koleksi Syed Wafa

Namanya mula dikenali selepas beliau menyertai pertandingan nyanyian Asia Bagus musim ketiga di Tokyo, Jepun pada 1993 dan muncul sebagai juara.

Setahun kemudian, Amy Mastura Suhaimi yang bakal mencecah usia 53 tahun pada 10 Mei ini diberi peluang menghasilkan album pertama berjudul Amy Mastura di bawah label Pony Canyon dengan lagu seperti Meniti Hari, Jawapan Kasih, Kasih, Suria Khatulistiwa, Flora & Fauna.

Sejak hari itu hingga kini, penyanyi kelahiran Batu Gajah, Perak itu telah menghasilkan tujuh buah album studio, empat album kompilasi, lima album video, 30 single dan dua album runut bunyi (OST) untuk filem lakonannya iaitu Impian dan Puteri Impian.

Di awal kerjaya seni Amy Mastura menjuarai Asia Bagus pada tahun 1993 di Tokyo, Jepun.

Amy adalah antara penyanyi yang bebas daripada cerita-cerita sensasi sejak dulu hingga kini. Penyanyi yang popular dengan lagu Sha Na Na itu hingga kini masih aktif dalam bidang seni.

Kenangan ketika menjadi pramugari MAS.

Tatkala ditanya Amy yang merupakan ibu kepada Adriana dan Adalia itu, kenapa beliau tak mahu menonjolkan diri seperti artis lain supaya orang tahu Amy masih aktif dalam bidang seni.

Album pertama Amy Mastura.

“Saya bukan jenis yang suka menonjol diri atau mendominasi keadaan. Terus terang cakap, saya memang tak reti buat kerja-kerja begitu. Saya tak tahu nak rancang macam mana untuk tonjolkan diri. Kadang-kadang diri ini tertonjol dengan sendiri dan ada ketikanya sepi, ikut nasiblah.

Filem ‘Impian’ merupakan filem pertama Amy Mastura.

“Walaupun kerjaya saya dalam dunia glamor, saya sendiri adalah orang biasa kerana ini adalah pekerjaan. Nak kata dah puas dalam bidang seni, nanti kena berhenti pula. Bagi saya, apa yang Allah bagi itu sudah memadai. Bagi saya glamor atau tidak, kehidupan tetap diteruskan,” katanya dengan rendah diri.

Antara filem hebat lakonan Amy Mastura.

Isteri kepada Alvin Tham Suffian ​sejak 2000 itu berkata, walaupun dirinya biasa-biasa saja tapi rezekinya tidak pernah putus.

“Aktiviti sekarang adalah sikit-sikit. Oleh kerana kita nak masuk puasa dan raya, makanya program banyak yang berkenaan bulan Ramadan dan Syawal. Tawaran menyanyi dan belakon ada tapi taklah sebanyak dulu.

Digandingkan dengan Anwar Zain dalam filem ‘Bintang Hati’.

“Album pun kali terakhir saya keluarkan lagu mungkin pada lima atau enam tahun lalu. Perancangan untuk lagu baharu memang ada. Tiap-tiap tahun merancang saja, hingga kini belum berhasil lagi.

Turut berlakon dalam filem ‘Trauma’.

“Kalau berkesempatan, saya tak memilih pencipta lagu, janji lagu itu sesuai dengan saya. Nak berduet pun saya tak kisah, penyanyi baharu atau lama, janji sesuai,” katanya yang masih lagi terikat dengan Sony Music.

Bangga menjadi duta pes produk keluaran Ratu Tumis Rasa Rosz yang dimiliki oleh sahabat beliau, usahawan berjaya Datuk Sri Rozita Ramelan.

Amy yang kali terakhir mengadakan mini show sebelum Covid-19 hingga kini belum berkesempatan mengadakan persembahan sebab sibuk berlakon.

Ditanya berminat menjadi duta produk?

Amy Mastura (berdiri pertama dari kiri bersama Datuk Sri Rozita Ramelan pemilik produk pes Ratu Tumis Rasa Rosz, Datuk Cef Ismail dan Syed Wafa) juga berbakat sebagai pengacara.

“Saya bukan influencer, Buat review produk sikit-sikit jer,saya selesa menjadi duta untuk produk pes Ratu Tumis Rasa Rosz keluaran sahabat saya usahawan berjaya Datuk Sri Rozita Ramelan kerana produk tersebut memang bermutu tinggi dan keluaran bumiputra. Sebenarnya, saya ni tak reti sangat nak berniaga. Saya lebih senang jadi tukang support peniaga-peniaga lain. Saya beli dan kalau rajin buatlah reviu,” katanya terus terang.

Meskipun usianya semakin meningkat, wajah Amy tetap tak lut ‘tua’ masih tidak jauh daripada imejnya ketika awal kemunculan.

Penampilannya dalam drama Hikayat Pak Belalang.

“Saya tak ada rahsia untuk kelihatan muda, semua itu pemberian Allah yang diberi hanya sementara saja. Apapun, Alhamdulillah. Dalam hidup kita perlu bersikap ceria, selalu fikir soal kebaikan ada dalam semua perkara.

Suami tercinta banyak memberi sokongan dalam kerjaya seni Amy Mastura.

“Kalau dilanda masalah teruk sangat, anggap sajalah itu dugaan. Hidup biarlah simple dan jalani kehidupan macam biasa,” katanya terus terang.

Amy yang sering diberi watak santai itu berkata, beliau lebih memilih untuk bekerja dengan siapa berbanding skrip.

Bangga bergelar anak seni.

“Saya akan pilih dengan siapa saya akan bekerja, kalau ditawar berlakon sesebuah drama itu supaya kerja saya mudah bila di set nanti. Drama terakhir saya adalah Hikaya Pak Belalang,” katanya.

Bersama keluarga tercinta.

Untuk tahun ini juga kata Amy, beliau belum ada perancangan besar yang diatur. Justeru itu, beliau selesa mengisi masanya dengan menyelesaikan promosi produk yang dipertanggungjawabkan.

Beliau yang ada impian untuk menjadi pelukis itu berkata, apa saja tentang perkembangan terkininya akan dikemas kini di Instagram @amymasturalerr.

Previous articleDatuk Rahim Razali risau boleh tertidur ketika memandu!
Next articleRestoran Rasa Rosz teruskan promosi Tahun Baharu Cina hingga 29 Februari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here