Image by benzoix on Freepik

Oleh Asmat Fikri

Setelah kita mengetahui tanda berkemungkinan kanser payudara, kita perlu membuat pemeriksaan segera di hospital atau klinik berdekatan. Namun begitu, terdapat beberapa teknik atau cara yang boleh digunakan untuk membuat pemeriksaan, termasuk melakukan pemeriksaan sendiri dan juga di klinik atau hospital.

Pemeriksaan sendiri payudara (breast self-examination – BSE)

Seperti yang dikongsi Unit Sumber Pendidikan Dan Klinikal (CCARE), wanita yang berusia 20 tahun ke atas hendaklah melakukan pemeriksaan sendiri payudara (breast self-examination – BSE) setiap bulan. Jika masih datang haid, kita seharusnya membuat pemeriksaan beberapa hari selepas haid berakhir. Pada masa ini, payudara anda tidak berasa nyeri. Jika anda tidak datang haid (misalnya sudah menopaus), BSE hendaklah dilakukan pada hari yang sama setiap bulan.

Antara teknik untuk membuat pemeriksaan sendiri adalah seperti berikut:

1. Menghadap cermin

Berdiri di hadapan cermin dan bandingkan kedua-dua belah payudara untuk melihat perbezaan saiz, puting termasuk ke dalam, bengkak atau lekuk. Perhatikan sebarang perubahan pada kulit atau puting, misalnya ketulan keras atau lelehan puting.

Periksa payudara anda dalam 4 langkah:

  1. Dengan kedua-dua tangan anda ke sisi.
  2. Dengan kedua-dua tangan anda di atas kepala.
  3. Dengan kedua-dua tangan anda di pinggang – Tekan kuat untuk menegangkan otot dada anda.
  4. Bongkok – Periksa payudara anda.
  5. Dalam kedudukan ini, otot pektoral akan mengendur dan lekuk yang tidak ketara pada kulit boleh muncul jika tumor yang sedang tumbuh menjejaskan ligamen.

2. Berbaring

Untuk Payudara kanan:
– Letak bantal di bawah bahu kanan anda.
– Letak tangan kanan anda di bawah kepala anda.
– Periksa seluruh bahagian payudara anda dengan menggunakan tapak jari tangan kiri anda.
– Buat bentuk bulatan kecil dalam pola naik dan turun.
– Gunakan tekanan ringan, sederhana dan kuat pada setiap bahagian payudara anda.
– Rasa payudara dengan permukaan jari kedua, ketiga dan keempat, sambil bergerak mengikut pola tertentu menggunakan gerakan kecil membulat dari puting ke luar.
– Perlahan-lahan tekan puting untuk melihat sama ada keluar lelehan.

Untuk Payudara kiri:
Ulang langkah-langkah tersebut pada payudara kiri dengan menggunakan tangan kanan.

3. Di Bilik Mandi

BSE boleh dilakukan dengan mudah semasa di bilik mandi. Sesetengah wanita mendapati ada ketulan di payudara mereka semasa kulit lembap.

  1. Angkat tangan kanan.
  2. Dengan tangan bersabun dan jari terletak rata, periksa payudara kanan.
  3. Buat gerakan kecil membulat naik dan turun sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.
  4. Ulang langkah-langkah tersebut pada payudara kiri.

Mammogram: Mammogram ialah ujian x-ray payudara.

Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
(Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan di uji di makmal.

Tahap Kanser Payudara

Seperti penyakit kanser yang lain, kanser payudara juga ada peringkat-peringkat iaitu bermula dari biasa hingga ke tahap yang lebih teruk. Pengkelasan tahap kanser payudara penting untuk memastikan sama ada pesakit boleh sembuh sepenuhnya pada peringkat awal atau sebaliknya:

Tahap 0 – Kanser setempat (Cancer in Situ)
Tahap I – Kanser kurang dari 2 cm.
Tahap II – Kanser 2 hingga 5 cm tanpa atau dengan bengkak kelenjar di ketiak
Tahap III – Kanser besar dari 5 cm atau penglibatan kelenjar ketiak yang banyak
Tahap IV – Kanser telah merebak ke luar payudara dan melibatkan organ lain dalam tubuh
Tahap I & II – adalah awal dan boleh disembuhkan.
Tahap IV – tidak boleh disembuh

Penutup

Pastikan kita para wanita melakukan pemeriksaan berkala atau sentiasa memberi perhatian kepada kanser yang menjadi pembunuh nombor satu para wanita. Jika kanser ini dikesan pada peringkat yang lebih awal, pelbagai jenis rawatan boleh dilakukan termasuk pembedahan, kimoterapi, terapi radiasi dan terapi hormon bagi menghalang kuman kanser itu merebak dengan lebih teruk dalam badan pesakit. Semoga kita semua dapat menjalani gaya hidup yang lebih sihat agar terhindar dari pelbagai penyakit berbahaya.

Previous articleIstighfar Pembuka Jalan Kepada Semua Masalah (Bahagian 1)
Next articleAmalan penjagaan di usia 50-an

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here