Cucur Kakiage (hadapan paling kanan) yang dihidangkan bersama sambal kacang dan kicap.

Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Emel Ismail

Dah jemu nak makan nasi!. Apa kata anda mencuba menu baru Cucur Kakiage yang terdapat di Restoran Rasa Rosz, yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini.

Menu simple dan berkhasiat ini merupakan antara makanan popular negara Jepun yang telah dihasilkan mengikut citarasa orang Melayu. Jadi tidak hairanlah kini Cucur Kakiage menjadi menu kegemaran pengunjung yang datang kesini.

Cucur Kakiage menu ciptaan Cef Bob Azran ini telah melalui pelbagai proses R&D sebelum dipilih sebagai menu terbaru di Restoran Rasa Rosz. Cucur Kakiage diadun bersama bancuhan tepung yang dimasukkan anak udang segar, udang kering, taugeh dan daun kucai. Adunan ini digoreng dengan sempurna dan dihidangkan bersama sambal kicap atau sambal kacang. Selain sesuai untuk hidangan minum petang, menu ini juga sesuai dimakan pada bila-bila masa dan waktu.

Cef Bob bangga perkenalkan menu baru Restoran Rasa Rosz.

Eksekutif Pemasaran Restoran Rasa Rosz, Mohammad Faris Firdaus Sabri berkata, selain Cucur Kakiage, Lontong Goreng juga turut mendapat permintaan pelanggan yang datang makan disini.

“Setakat ini, semua menu-menu baru kami turut mendapat sambutan diluar jangkaan. Selain menu baru, menu lama antaranya Lontong Goreng juga turut mendapat permintaan pelanggan.

“Sejak dibuka hingga sekarang, Restoran Rasa Rosz selalu menawarkan menu-menu yang sememangnya menjadi pilihan pengunjung yang suka mencuba sesuatu menu baru. Hidangan kami sangat sesuai untuk dinikmati semua golongan masyarakat tak kira usia kerana kami menggunakan bahan-bahan masakan yang sangat berkualiti dan segar.

“Yang menyeronokkan pelanggan, mereka juga dapat menikmati hidangan baru hasil gabungan tempatan dan luar. Mungkin ini suatu pengalaman yang menyeronokkan buat mereka.”

Menu terbaru Rasa Rosz Fettucini Rendang Daging (depan sekali) bersama Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu dan Spaghetti Basil Pesto

Selain Cucur Kakiage, pelanggan juga boleh menikmati hidangan Mi Racun Tulang yang merupakan menu yang pernah viral di Batu Pahat, Johor. Antara menu yang lain ialah Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali.

Restoran yang terletak di dalam AEON Big ini menawarkan suasana yang tenang, sejuk dan dingin untuk pelanggan bersantai-santai sambil menjamu selera. Selepas makan menu yang berat, pelanggan juga boleh memilih untuk hidangan pencuci mulut yang cukup menyelerakan.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan terharu sejak dilancarkan 22 Julai lalu, menu baru iaitu Mi Racun Tulang dan Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu begitu mendapat sambutan.

“Datanglah beramai-ramai kerana restoran kami ini dibuka setiap hari dari jam dari jam 10 pagi hingga 10 malam.”

Menu viral Batu Pahat, Johor… Mi tulang yang sedap.

Mohammad Faris Firdaus Sabri menambah, restoran kami sentiasa terbuka untuk mengetengahkan menu-menu baru sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia yang suka mencuba.

“Jadi kalau nak rasa ala-ala berada di negara tersebut, datanglah ke Rasa Rosz. Restoran kami ada menyediakan pelbagai menu baru untuk dinikmati pelanggan setia kami. Cubalah makan Mi Racun Tulang dan Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu. Sekali rasa pasti anda nak datang dan makan lagi kerana kedua-dua menu ini merupakan `hot selling’ kami.

“Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang kami ketengahkan selain Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging. Untuk set nasi pula kami ada sediakan Nasi Gulai Kawah Tulang.

“Bagi mereka yang nak makan ringan bolehlah cuba Kantonis Kuey Teow, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.”

Menurut Faris lagi, seperti biasa harga yang kami tawarkan cukup berpatutan mengikut harga semasa.

Sungguh enak …hidangan Nasi Gulai Kawah Tulang bersama Daging Skewer dam Ayam Skewer

“Kami faham keadaan ekonomi sekarang, itu sebabnya harga yang kami tawarkan begitu berpatutan dan mesra pelanggan bermula dari RM9.00 hingga RM26.

“Selain menu yang enak, kami juga tampilkan tiga menu air mengikut citarasa rakyat Malaysia. Jenis air yang kami baru perkenalkan ialah Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate. Menu-menu enak dan sedap ini semuanya disediakan cef yang berpengalaman iaitu Cef Bob Azran bersama pembantunya Cef Maher.”

Sementara itu, Cef Bob Azran yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai Cef turut menambah, menu-menu baru yang saya ketengahkan ini merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali begitu bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.

“Disamping menu-menu baru ini, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.”

Hidangan air terbaru Restoran Rasa Rosz iaitu Calamansi Asam Boi Tembikai Lychee dan Iced Chocolate.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Bagi yang ingin mengetahui hidangan unik dan sedap ini cuba ikuti Instagram @rasarosezresto dan tiktok RasaRosz. Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

Previous articleRatu Keroncong Kartina Dahari yang tiada tandingannya
Next articleSelepas konsert, Spider “Keluar Sarang” buat single

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here