Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Emel Ismail
Sesuai dengan nama uniknya Mi Racun Tulang dan pernah viral, sehingga kini menu ini menjadi pilihan ramai penggemarnya. Jadi tidak hairanlah Mi Racun Tulang yang terdapat dalam Set Menu Merdeka di Restoran Rasa Rosz turut mendapat sambutan hebat.
Sejajar dengan sambutan Hari Kebangsaan ke 67, Restoran Rasa Rosz juga turut meraikan hari bersejarah ini dengan memberikan tawaran harga istimewa bagi setiap pelanggan sejak 15 Ogos lalu hingga 31 Ogos ini.
Dengan bayaran RM20++ pelanggan boleh menikmati salah satu hidangan istimewa Set Menu Merdeka yang ditawarkan iaitu Mi Racun Tulang, Mi Goreng Mamak dan Kantonis Kuey Teow bersama tiga pilihan air iaitu Sirap Selasih, Iced Lemon Tea ataupun Iced Honey Lemon.
Tinggal beberapa hari saja lagi anda dapat menikmati makanan ini pada harga yang begitu istimewa. Jadi jangan lepaskan peluang untuk meraikan hari-hari istimewa ini bersama keluarga, rakan-rakan atau orang tersayang sambil menikmati hidangan enak dan lazat ini. Restoran Rasa Rosz yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Eksekutif Pemasaran Restoran Rasa Rosz, Mohammad Faris Firdaus Sabri berkata, Sejak kami bagi harga istimewa ini nampaknya Mi Racun Tulang mendapat sambutan dan permintaan yang luar biasa.
“Tawaran harga istimewa Set Menu Merdeka ini tinggal beberapa hari saja lagi. Kalau anda nak rasa dan nikmati kesedapannya Mi Racun Tulang ini sendiri serta menu yang lain, datanglah ke restoran kami. Harga istimewa ini sempena Hari Kebangsaan dan selepas ini harganya akan kembali pada harga biasa.
“Selain menikmati Set Menu Merdeka berupa hidangan Mi Racun Tulang yang pernah viral di Batu Pahat, Johor ini, pelanggan juga boleh menikmati menu istimewa seperti Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu salah satu daripada tiga pasta baru yang kami ketengahkan selain Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging.
“Hidangan tersebut merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali. Untuk set nasi pula kami juga ada Nasi Gulai Kawah Tulang. Menu-menu ini merupakan `hot selling’ kami.”
Restoran yang terletak di dalam AEON Big ini menawarkan suasana yang tenang, sejuk dan dingin untuk pelanggan bersantai-santai sambil menjamu selera. Selepas makan menu yang berat, pelanggan juga boleh memilih untuk hidangan pencuci mulut yang cukup menyelerakan.
Menurut Faris lagi, “Sejak diperkenalkan menu-menu baru ini pada 22 Julai lalu, kesemua menu yang ada turut mendapat banyak permintaan termasuk Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu dan Cucur Kakiage. Bagi mereka yang nak makan ringan bolehlah cuba Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.
“Selain menu yang enak, kami juga tampilkan tiga menu air mengikut citarasa rakyat Malaysia. Jenis air yang kami baru perkenalkan ialah Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate. Menu-menu enak dan sedap ini semuanya disediakan cef yang berpengalaman iaitu Cef Bob Azran bersama pembantunya Cef Maher.”
Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.
Bagi yang ingin mengetahui hidangan unik dan sedap ini cuba ikuti Instagram @rasarosezresto dan tiktok RasaRosz. Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).
@rasaroszresto 🇲🇾Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan, Restoran Rasa Rosz ada SPECIAL PROMOTION “Set Menu Merdeka” dari 15 OGOS HINGGA 31 OGOS!!🇲🇾 Dengan hanya RM 20+, korang boleh dapatkan samada Mee Racun Tulang, Mee Goreng Mamak atau Cantonese Kuey Teow sekali dengan choice of drink, Sirap Selasih, Iced Lemon Tea ataupun Iced Honey Lemon. Jom datang beramai-ramai bagi memeriahkan bulan Kemerdekaan dan juga menikamati hidangan lazat yang kami sediakan🤗. 📍Location: Aeon Big Wangsa Maju Lot G-05, 6, Section 5 Jalan 8/27a, Wangsa Maju 53300, Kuala Lumpur ⏰Operation hour: 10 am – 9 pm #rasarosz #ratutumis #ratutumissambal #rasaroszresto #wangsamaju ♬ original sound – Rasa Rosz Resto
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.