"Inilah Kita" dihasilkan sempena Hari Kebangsaan yang bakal dirai pada 31 Ogos ini.

Oleh: Wawa Najwa

SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 yang bakal dirai pada 31 Ogos ini, Rocketfuel Entertainment juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menyemarakkan lagi hari yang penuh bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, artis-artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman tersebut telah bersatu tenaga menyampaikan single baharu bertemakan patriotisme iaitu “Inilah Kita”.

Kesemua mereka bergabung suara untuk menyampaikan mesej yang kuat tentang pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersatu-padu dan terus berbangga dengan identiti kita.

Artis yang terlibat dalam lagu “Inilah Kita” ialah Hael Husaini, Wani Kayrie, Balan Kash, Daniel Fong, Roshini Balachandran dan Joey Leong.

Lagu berdurasi hampir tiga minit ini merupakan ciptaan gabungan bakat hebat iaitu Shazee Ishak dan Audi Mok serta Balan Kash.

Artis-artis yang terlibat di dalam rakaman lagu tersebut ialah Hael Husaini, Wani Kayrie, Balan Kash, Daniel Fong, Roshini Balachandran dan Joey Leong.

Menurut Ketua Rocketfuel Entertainment, Wee Sher Leen, lagu “Inilah Kita” adalah simbolik kepada keindahan Malaysia yang kaya dengan budaya, bahasa, dan agama yang pelbagai namun tetap bersatu di bawah satu bendera.

“Kami berharap melodi dan lirik lagu ini dapat menyentuh hati dan menggerakkan jiwa setiap rakyat Malaysia untuk terus mengekalkan perpaduan dan kebanggaan sebagai sebuah negara yang merdeka.

Lagu ciptaan Shazee Ishak dan Audi Mok serta Balan Kash itu menggabungkan penyanyi pelbagai bangsa.

“Lagu ini bukan sahaja sesuai untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang akan datang tetapi juga memberi penghormatan kepada Hari Malaysia, mengingatkan kita semua bahawa semangat kebersamaan inilah yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa,” katanya.

Tambahnya, pihak Rocketfuel Entertainment berharap “Inilah Kita” akan menjadi lagu kebanggaan bagi rakyat Malaysia, terutamanya semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan tema “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” .

Lagu “Inilah Kita” boleh distrim di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta menghasilkan kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels.

Video muzik eksklusif bagi lagu “Inilah Kita” dilancarkan pada 18 Ogos lalu selepas tayangan perdana di program Gimme The Mic Malaysia di Astro Ria, saluran 104 Astro.

Previous articleWow!…Mi Racun Tulang Antara Set Menu Merdeka Yang Mendapat Sambutan Di Restoran Rasa Rosz!
Next articleHannah Delisha cuba dulu baru setuju

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here