SENIWATI legenda Azean Irdawaty anak seni yang sungguh berbakat besar dalam bidang seni.

Oleh SYED WAFA
Foto KOLEKSI SYED WAFA

SENIWATI Azean Irdawaty bukanlah calang-calang pelakon dan kredibilitinya dalam bidang lakonan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Bagaimanapun sebelum mencipta nama sebagai pelakon terkenal dan hebat penghayatannya dalam setiap watak yang diberikan, Azean Irdawaty adalah seorang penyanyi.

FILEM “Di-Belakang Tabir” 1970 merupakan filem lakonan pertama Azean Irdawaty sebagai penyanyi undangan untuk filem tersebut

Beliau pernah muncul dengan album pertama dan mempertaruhkan lagu “Bawalah Daku Bersamamu” (1980-an) yang cukup popular dan dianggap mampu meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi popular ketika itu.

Sayangnya dunia lakonan yang telah ‘melahirkan’ beliau sebagai pelakon hebat membuatkan Azean melupakan bidang nyanyian.

COVER album Azean Irdawaty “Rahsiaku Laguku” merupakan album solo pertama beliau pada tahun 1979.
COVER album “Kesedihan Dimatamu” merupakan album solo kedua Azean Irdawaty pada tahun 1980 terbitan WEA.

Azean Irdawaty mula mencipta nama sebagai pelakon setelah berlakon dalam filem “Di Belakang Tabir” arahan Jins Shamsuddin pada tahun 1970.

Sejak dari itu, satu demi satu tawaran diterima dengan pelbagai watak yang menguji bakat dan kebolehannya sebagai pelakon.

KISAH menyayat hati dalam filem “Esok Masih Ada” 1980 lakonan Azean Irdawaty, Jins Shamsuddin, Christine Teoh, S. Roomai Nor, Umi Kalthum dan Rosnah Abdul Rahman.
AZEAN Irdawaty dalam satu babak filem “Esok Masih Ada” 1980.
AZEAN Irdawaty memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di FFM Pertama1980 melalui lokonan hebat beliau dalam filem “Esok Masih Ada” dan beliau juga menang tiga anugerah FFM iaitu Pelakon Wanita Terbaik FFM3 (Langit Petang)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM13 (Amelia) dan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM20 (Waris Jari Hantu).

Bakat dan kredibiliti Azean Irdawaty sebagai ‘permata seni’ memang tidak perlu dipertikaikan kerana apa jua watak yang diberikan kepadanya pasti beliau mampu menghayati dan mewarnai watak tersebut dengan baik dan berkesan!

Jika tidak, mana mungkin beliau berjaya merangkul dua kali Trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Pertama (FFM1) pada tahun 1980 menerusi filem “Esok Masih Ada” arahan Jins Shamsuddin.

AZEAN Irdawaty turut berlakon dalam filem “Perjanjian Syaitan” arahan S. Sudarmaji yang diterbitkan pada tahun 1981.
FILEM “Mama Oh Mama” arahan dan terbitan Seniman Ahmad Mahmud pada tahun 1981.
Selain Azean Irdawaty turut berlakon dalam filem ini Dharma Harun Al-Rashid, Ahmad Mahmud, Sharifah Aminah dan Nora Samsuddin.
HEBAT! Imbauan nostalgia di Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 3 (1982) apabila Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin membawa pulang tiga anugerah peribadi iaitu Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk filem epik, Bukit Kepong serta Lakonlayar Terbaik untuk filem Esok Untuk Siapa?. Lakonan unggul primadona Allahyarhamah Azean Irdawaty sebagai wanita teraniaya ‘Zakiah’ di dalam filem ‘Langit Petang’ arahan Shahrom Md. Dom pula membawa tuah kali kedua sebagai Pelakon Wanita Terbaik selepas merangkul anugerah yang sama di FFM pertama menerusi filem ‘Esok Masih Ada’ arahan Tan Sri Jins.

Sementara pada FFM3 pada tahun 1982, Azean Irdawaty sekali lagi dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik kerana lakonannya dalam filem “Langit Petang” arahan Shahrom Mohd. Dom.

Sepanjang 30 tahun menceburi bidang lakonan, Azean Irdawaty yang merupakan ‘permata seni’ industri filem dan drama tanahair telah membintangi hampir 30 filem antaranya “Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Bintang Malam, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu.”

AZEAN Irdawaty bersama Benjy semasa kecil.
AZEAN Irdawaty bersama suami, Khairul Anwar Zainal Mokhtar Rashidi, Khaeryll Benjamin dan anak perempuan mereka.

Bagaimanapun wataknya sebagai ‘Aunty Zai’ pelakon idola era 1950-an yang hidup melarat dalam filem “Layar Lara” dikatakan lakonan terbaik Azean Irdawaty. Filem arahan Shuhaimi Baba dengan cerita oleh Fatimah Abu Bakar benar-benar menyentuh hati siapa sahaja yang menontonnya.

Selain Azean Irdawaty filem tersebut turut dibintangi Ida Nerina, Sidi Oraza, Man Bai dengan penampilan istimewa Seniwati Siput Sarawak dan Seniman Mahmud Jun sebelum mereka meninggal dunia juga mengundang Seniman Aziz Jaafar, Seniwati Salmah Ahmad berlakon dalam filem berkenaan.

AZEAN Irdawaty sebagai produser dalam drama “Pengantin Popular” terbitan tahun 1994 yang begitu mendapat sambutan.
AZEAN Irdawaty, Ida Nerina, Sidi Oraza dan Man Bai antara pelakon ysng membintangi filem “Layar Lara” 1997.
AZEAN Irdawaty sebagai Aunty Zai bersama Ida Nerina sebagai Ena Manjalara dalam satu babak filem “Layar Lara” 1997.

Filem ini telah menerima sembilan anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-13 yang berlangsung pada 28 Disember 1997.

Selain itu lakonannya sebagai Tok Wan dalam filem “Waris Jari Hantu” telah melayakkan beliau dianugerahkan trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada FFM 21 ( 9 Ogos 2008).

AZEAN Irdawaty sebagai Aisah dalam drama “Aisah 50 Sen” 2003.

Selain filem, Azean juga menjadi rebutan para penerbit drama TV dan antara drama yang sentiasa lekat di hati dan meruntun hati para peminat sudah pasti lakonan hebatnya dalam “ Aisah Lima Puluh Sen.”

Drama berdasarkan kisah benar itu berjaya ditangani dengan baik oleh Azean Irdawaty hingga mampu membuat penonton menangis apabila ‘Aisah 50 sen’ menjadi mangsa kerakusan manusia kejam.

PASANGAN bahagia…Azean Irdawaty dan Khairul Anwar Zainal Mokhtar Rashidi.
Al-fatihah buat Arwah berdua.
AZEAN Irdawaty bersama Datin Normala Omar menjadi cover Majalah MIDI dan berkongsi tentang penyakit barah yang dihidapinya.

Begitulah hebatnya ‘permata seni,’ Azean Irdawaty atau Azean Irdawaty Yusoef yang dilahirkan pada 26 Februari 1950 di Alor Setar, Kedah.

Azean Irdawaty, 63, isteri kepada Khairil Anwar Zainal Mokhtar Rashidi (meninggal dunia pada 21 Januari 2024) meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 17 Disember 2013 setelah lima tahun menderita akibat penyakit tumor dan lymphedema.

PENULIS, Syed Wafa bersama Seniwati Azean Irdawaty.
DALAM kenangan…Syed Wafa merakamkan gambar kenangan bersama Jaafar Onn dan Azean Irdawaty.
Jaafar Onn meninggal dunia pada 2 April 2024 dan Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2013.

Allahyarham meninggalkan suami dan tiga orang anak Khaeryll Benjamin (meninggal dunia di Medan pada 11 Julai 2021), Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Sayangnya setelah lebih 10 tahun meninggal dunia, Azean Irdawaty yang bagaikan ‘permata seni’ terus dilupakan.

SYED Wafa merakamkan kenangan bersama Azean Irdawaty dan keluarga, Jaafar Onn dan Jaclyn Victor.
DALAM kenangan…Azean Irdawaty bersama suami, Khairil Anwar Zainal Mokhtar Rashidi, Khaeryll Benjamin dan Inessa.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Kami di Ladybosz mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam golongan orang beriman…Amin.

KHAERYLL Benjamin mengusung jenazah ibunya, Allahyarham Azean Irdawaty.
Previous articleJangan lepaskan peluang nikmati “Set Menu Merdeka” yang lazat di Restoran Rasa Rosz !
Next articleMalam Amal Tabung Pahlawan 2024 rai veteran ATM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here