Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Emel Ismail
Mungkin anda sudah jemu dengan hidangan nasi pada setiap hari. Apa kata sempena cuti Merdeka ini bawalah anak-anak dan keluarga tersayang untuk menikmati Set Menu Merdeka yang terdapat di Restoran Rasa Rosz di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Hari ini, 31 Ogos (Sabtu) merupakan hari akhir tawaran harga istimewa RM20++ hidangan Set Menu Merdeka ini. Apa kata rebutlah peluang ini untuk merasai sendiri keenakan Mi Racun Tulang, Mi Goreng Mamak beserta pilihan air Sirap Selasih, Iced Honey Lemon dan Iced Lemon Tea.
Eksekutif Pemasaran Restoran Rasa Rosz, Mohammad Faris Firdaus Sabri berkata, sempena hari akhir tawaran Set Menu Merdeka ini datanglah bersama tersayang ke restoran kami.
“Kalau nak rasa dan nikmati kesedapan Mi Racun Tulang yang pernah viral di Batu Pahat, Johor ini, datanglah makan dan rasai sendiri hidangan ini. Harga istimewa ini sempena Hari Kebangsaan dan selepas ini harganya akan kembali pada harga biasa.
“Selain menikmati Set Menu Merdeka berupa hidangan Mi Racun Tulang, pelanggan juga boleh menikmati menu istimewa seperti Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu salah satu daripada tiga pasta baru yang kami ketengahkan selain Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging.
“Hidangan tersebut merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali. Untuk set nasi pula kami juga ada Nasi Gulai Kawah Tulang. Menu-menu ini merupakan `hot selling’ kami.”
Menurut Faris lagi, “Sejak diperkenalkan menu-menu baru ini pada 22 Julai lalu, kesemua menu yang ada turut mendapat banyak permintaan termasuk Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu dan Cucur Kakiage. Bagi mereka yang nak makan ringan bolehlah cuba Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.
“Selain menu yang enak, kami juga tampilkan tiga menu air mengikut citarasa rakyat Malaysia. Jenis air yang kami baru perkenalkan ialah Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate. Menu-menu enak dan sedap ini semuanya disediakan cef yang berpengalaman iaitu Cef Bob Azran bersama pembantunya Cef Maher.”
Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.
Bagi yang ingin mengetahui hidangan unik dan sedap ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Dalam platform ini terdapat banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).
@rasaroszresto 🇲🇾Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan, Restoran Rasa Rosz ada SPECIAL PROMOTION “Set Menu Merdeka” dari 15 OGOS HINGGA 31 OGOS!!🇲🇾 Dengan hanya RM 20+, korang boleh dapatkan samada Mee Racun Tulang, Mee Goreng Mamak atau Cantonese Kuey Teow sekali dengan choice of drink, Sirap Selasih, Iced Lemon Tea ataupun Iced Honey Lemon. Jom datang beramai-ramai bagi memeriahkan bulan Kemerdekaan dan juga menikamati hidangan lazat yang kami sediakan🤗. 📍Location: Aeon Big Wangsa Maju Lot G-05, 6, Section 5 Jalan 8/27a, Wangsa Maju 53300, Kuala Lumpur ⏰Operation hour: 10 am – 9 pm #rasarosz #ratutumis #ratutumissambal #rasaroszresto #wangsamaju ♬ original sound – Rasa Rosz Resto
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.