Image by freepik
Oleh : Asmat Fikri
Walaupun ramai beranggapan bahawa keguguran rambut itu adalah isu biasa, tapi sebenarnya masalah ini boleh menjadi lebih teruk. Di sini kami kongsikan beberapa masalah yang sebenarnya timbul apabila rambut keguguran teruk. Antaranya adalah:
  • Masalah hormon
  • Penyakit kelenjar tiroid
  • Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus
  • Kesan sampingan ubatan seperti: ubat Antikogulasi (warfarin), ubat merawat kanser (kemoterapi), pil perancang keluarga (kontraseptif  secara oral), ubat anti-kemurungan
  • Alopecia Androgenik
Botak mengikut corak lelaki adalah:
  • Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan
  • Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan
  • Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala
Botak mengikut corak wanita:
  • Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan genetik/keturunan
  • Rambut menjadi semakin nipis di seluruh kepala terutamanya di bahagian atas kepala
Malah penyebab lain keguguran rambut yang teruk juga, boleh jadi kerana jangkitan terutamanya jangkitan kulat biasanya berlaku pada kanak-kanak. Keadaan ini akan mengakibatkan keguguran rambut tidak sekata. Selain itu ia boleh terjadi disebabkan penyakit Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana liang-liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri.
Masalah ini boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak. Juga boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis) serta boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis).
Antara masalah lain yang menyebabkan terjadinya keguguran rambut ini disebabkan Trichotillomania iaitu masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka. Biasanya masalah ini dialami remaja perempuan berbanding lelaki. Malah ia dikaitkan dengan masalah kemurungan.
Image by user18526052 on Freepik

Ini yang perlu dilakukan jika berlaku keguguran rambut teruk!

Jika mengalami masalah keguguran rambut yang teruk, pastikan anda mendapatkan rawatan dengan kadar segera. Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula. Namun bagi masalah lain, penyiasatan untuk mengesahkan penyakit perlu, seperti penyakit tiroid dan SLE perlu dilakukan untuk rawatan.
Manakala jika disebabkan jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat. Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi, contohnya, minoxidil dalam bentuk topikal 2% dan 5% dapat memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau wanita. Tablet finasteride dapat membantu mengatasi masalah botak pada lelaki. Terapi psikologikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania.

Penutup

Justeru, jika mengalami masalah keguguran rambut yang teruk, segeralah dapatkan rawatan dengan kadar segera. Ia dibimbangi akan membawa kepada kemudaratan lain yang lebih parah. Namun begitu, ada beberapa cara juga untuk penjagaan rambut supaya tidak gugur iaitu seperti mengamalkan perubatan tradisional dari bahan-bahan alami seperti aloe vera, buah keras dan lain-lain. Pengambilan makanan yang tinggi zat besi serta tinggi nutrisi juga dapat membantu mengurangkan keguguran rambut selain perlukan serum yang bersesuaian dengan rambut anda.
Previous articleCromok kembali beraksi di SoulFest, Ahad ini
Next articleExists, Masdo singkap masa silam dalam suasana baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here