Fettucini Seafood Asam Pedas Restoran Rasa Rosz yang begitu lazat.

Oleh : Nafsiah Jani

Bagi penggemar makanan di Restoran Rasa Rosz pasti tertanya-tanya bagaimanakah penyediaan setiap hidangan yang lazat dan menyelerakan itu disediakan.

Sambil menunggu hidangan disediakan, anda juga boleh ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz untuk melihat sendiri cara setiap hidangan disediakan.

Mungkin anda nak tahu bagaimana cef di Restoran Rasa Rosz menyediakan Fettucini Seafood Asam Pedas yang begitu enak dan lazat sekali. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia

Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Bagi yang ingin menikmati hidangan ini, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

Eksekutif Pemasaran Restoran Rasa Rosz, Mohammad Faris Firdaus bersama antara menu yang mendapat sambutan di Restoran Rasa Rosz.

Fettucini Seafood Asam Pedas

Bahan-Bahan
Fettucini (untuk seorang)
1 biji bawang Holland (hiris halus)
5 ulas bawang putih (dicincang)
Pes Ratu Tumis
Sos tomato
Perencah serbaguna Lazzat
7 Black mussels
3 ekor Clam
2 ekor udang
2 ekor Sotong
Sedikit Air rebusan fettucini
Tomato cherry
Daun kesum
Bunga kantan
Sedikit parmesan cheese
Daun parsley

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun. Masukkan bawang putih dan hirisan bawang holland.
  2. Kemudian masukan sedikit daun kesum, tomato cherry dan sedikit hirisan bunga kantan. Goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan sotong dan pes ratu tumis asam pedas Rasa Rosz dan special sos tomato
  4. Perasakan dengan serbuk perasa lazzat dan sedikit air rebusan pasta fettucini tadi
  5. Kemudian masukkan black mussel, clam dan udang yang telah direbus serta sedikit daun parsley.
  6. Selepas itu keluarkan black mussel dan susun cantik diatas pinggan mengikut citarasa anda.
  7. Masukkan fettucini yang telah direbus ke dalam kuali dan balik-balikkan gorengan tadi dan sedia untuk dihidangkan.
  8. Akhir sekali masukan fettucini Asam Pedas ke dalam pinggan yang telah dihiasi black mussel tadi. Untuk rasa lebih enak taburkan sedikit parmesan cheese dan daun parsley diatasnya. Sedia untuk dihidangkan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rasa Rosz Restaurant (@rasaroszresto)

Previous articleAnita Sarawak ‘Superstar’ yang dirindui!
Next articleN.Flying ‘terbang’ ke Malaysia untuk temui N.Fia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here