Shasha kini bahagia dengan kehidupan di Amerika Syarikat.

Oleh: SYED WAFA
Foto: Ehsan Shasha/Koleksi SYED WAFA

BAGI anda yang pernah menonton filem “Adik Manja” tentu masih ingat dengan watak Sofea, pelajar cantik dan nakal di sebuah sekolah berasrama penuh yang dikenali Institut Sri Ilmu.

Kenakalan Sofea itu kadangkala membuatkan sekolah tempat beliau belajar menjadi huru-hara apalagi dengan adanya dua sahabat baiknya Yati dan Zaiton.

INILAH ayah dan ibu Shasha…Saat bahagia ketika menjadi “Raja
Sehari.”
SHASHA (dua dari kiri) kenangan bersama keluarganya.

Bagi para peminat filem Melayu era 1980-an pasti ingat kenakalan dan kelincahan watak Sofea lakonan Shasha disamping Dharma Harun Al-Rashid (Cikgu Azmi), Noor Kumalasari (Cikgu Sharina), Noraini Hashim (Pengetua), Adibah Amin (Cikgu Bedah), Erlina Dewi (Zaiton) dan Laila Mazlan (Yati).

Filem “Adik Manja” terbitan Merdeka Film Productions pada tahun 1980 dengan skrip dan arahan Othman Hafsham adalah adaptasi dari filem Mandarin “Whose Baby In The Classroom” (1969).

SHASHA seoarang remaja yang ceria.
SEJAK zaman sekolah Shasha berbakat dalam bidang seni.

Filem tersebut mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM3.5 juta dan memegang rekod kutipan filem tertinggi selama 14 tahun sehingga rekod ini dipecahkan oleh filem “Sembilu” dengan kutipan sebanyak RM4.39juta pada tahun 1994!

“Adik Manja” bukan sahaja telah mencatatkan sejarah tersendiri dari segi kutipan tiket malah ia telah ‘melahirkan’ sebutir bintang yang mampu mewarnai industri filem tempatan.

SHASHA (Barisan tengah tiga dari kanan) ketika di sekolah menengah.
BERSAMA (Berdiri paling depan) teman-teman di zaman persekolahan.

Bermula dari filem itu, Shasha atau nama sebenarnya Sharifah Shalina Syed Abdullah yang lahir pada 16 September 1960 di Kuala Kangsar, Perak mula mendapat tempat di hati para peminat filem Melayu apabila turut berlakon dalam filem “Langit Petang” (1982) arahan Shahrom Mohd. Dom terbitan Syed Kecik Film Productions.

Pasti ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya pelakon berbakat ini dan bagaimanakah kehidupannya sekarang setelah tidak berlakon lagi.

SHASHA sebagai Maimun dalam filem lakonan pertama beliau, “Langit Petang” arahan Shahrom Mohd. Dom terbitan Syed Kecik Film Productions pada tahun 1982.

Shasha,64, sudah empat dekad meninggalkan Malaysia sejak tahun 1982 dan kini menetap di New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat (USA).

Shasha pernah berkerja setahun setengah di Syed Kecik Film Productions di Bangsar, Kuala Lumpur sebelum ke USA untuk belajar di Universiti of Nebraska, Lincoln pada tahun 1982 setelah membintangi filem “Adik” dan “Langit Petang.”

BAKAT Shasha menyerlah dalam filem “Adik Manja.”
PELAJAR cantik dan nakal Sofea dalam “Adik Manja” disantuni dengan baik oleh Shasha.
SHASHA sebagai Sofea dan Laila Mazlan sebagai Yati dalam satu babak filem “Adik Manja.”

Bagaimanapun pada tahun 1985, Shasha yang balik ke Malaysia sempena cuti musim panas menerima tawaran berlakon filem “Ali Setan 2” sebagai Asmidar menggantikan Fauziah Ahmad Daud.

Menerima tawaran berlakon sekuel filem “Ali Setan 2” yang merupakan filem ketiga dan terakhir lakonannya membuatkan Shasha menangguhkan kepulangannya ke Amerika selama setahun. Filem ini diarahkan oleh Yassin Salleh.

OTHMAN Hafsham (kanan) sedang memberi arahan kepada para pelakon “Adik Manja” (dari kiri) Shasha, Noor Kumalasari, Laila Mazlan dan Noraini Hashim sebelum memulakan penggambaran.
ANTARA babak menarik dalam filem “Adik Manja” lakonan hebat Shasha.
DELEGASI Malaysia yang menghadiri Festival Filem Asia Pasifik ke-26 di Jakarta pada tahun 1980.
Dari kiri: Jins Shamsuddin, Rahim Razali, Tuan Malek, Ismail Mahmud dan Shasha.
Pada festival itu,Shasha menerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik kerana lakonannya dakan filem “Adik Manja.”

Selain filem, Shasha turut berlakon beberapa drama terbitan RTM antaranya “Tamu Bukit Kenny” arahan Abdullah Zainol, “Rahsia Hati” diarahkan oleh Zohara Gany Bathusha, “Layang-Layang Terbang Melayang” (Hasiah Ariffin) dan telemovie “Terjebak”’arahan M. Osman.

Walaupun telah membintangi dua filem lagi setelah “Adik Manja” namun bagi Shasha filem berkenaan meninggalkan memori indah sebagai pelakon apabila beliau menerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-26 di Jakarta pada tahun 1980.

SHASHA bersama Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang diterima pada Festival Filem Asia Pasifik ke-26 yang berlangsung di Jakarta pada tahun 1980 kerana lakonannya dalam “Adik Manja.”
OTHMAN Hafsham (berkot hitam) bersama para pelakon “Adik Manja” di Festival Filem Malaysia Pertama yang berlangsung pada 13 April 1980.
Dari kiri: Dharma Harun Al-Rashid, Laila Mazlan, Noor Kumalasari, Shasha dan Adibah Amin.
TUN Dr. Mahathir Mohamad diperkenalkan kepada para pelakon “Adik Manja” Dharma Harun Al-Rashid, dan Shasha juga pelakon Salina Ismail oleh Pengarah filem berkenaan Othman Hafsham ketika hadir di Festival Filem Malaysia Pertama (FFM1) yang berlangsung pada 13 April 1980 di Nirwana Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Pada FFM1, filem “Adik Manja” memenangi anugerah bagi kategori Filem Komedi Terbaik.
Sementara Adibah Amin dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita terbaik kerana lakonannya sebagai Cikgu Bedah dalam filem berkenaan.

Selama 42 tahun menetap di Amerika Syarikat, hanya tiga kali Shasha pulang ke Malaysia. Walaupun jarang balik ke Malaysia tetapi Shasha tidak pasti sama ada akan terus kekal di Amerika Syarikat.

Bagi Shasha, walaupun pengalamannya dalam bidang lakonan hanya beberapa tahun sahaja namun ia adalah kenangan yang tidak mudah dilupakan.

SHASHA bersama (duduk dari kiri) Mak Nah dan Seniman Ali Rahman berlakon dalam sebuah drama.
FILEM “Ali Setan 2” merupakan filem terakhir Shasha sebelum beliau membawa diri ke Amerika Syarikat.
ASMIDAR (Shasha) bersama Ali Setan lakonan Azmil Mustapha dalam filem “Ali Setan 2.”

Malah pada awal tahun 1990-an, Shasha pernah menandatangani kontrak dengan sebuah ‘talent agency’ di New York.

Bagaimanapun apabila tiada tawaran berlakon diterima, akhirnya Shasha kembali ke Connecticut.

SHASHA sebagai Asmidar dan Liza Abdullah sebagai Aini…dua sahabat baik dalam filem “Ali Setan 2.”
Shasha menerima cium daripada Azean Irdawaty (Allahyarham) sambil diperhatikan oleh Noor Kumalasari.

Pada tahun 1997, Shasha pernah mengikuti kursus lakonan jangka pendek dengan sebuah agensi di Millford, Connecticut. Bukan itu sahaja, malah beliau pernah ditawarkan berlakon drama bersiri dan iklan tetapi ianya hanya ‘tinggal tawaran sahaja!’

Mengimbas kembali kenangannya sebagai pelakon filem, Shasha berkata;

PADA zaman kegemilangannya…Shasha sering dipilih menjadi ‘Cover Girl” majalah.
Dharma Harun Al-Rashid, Shasha, Rosemaria, Rohana Jalil dan Azlina Aziz dipilih menjadi Cover Majalah Kisah Cinta untuk keluaran khas Hari Raya.
SHASHA bukan sahaja berbakat tetapi beliau seorang seniwati yang sungguh jelita.

“Disebabkan sudah lama tidak balik ke Malaysia, tidak banyak yang saya tahu mengenai perkembangan filem Melayu melainkan yang dikongsi oleh kawan-kawan, kaum keluarga dan saudara mara melalui internet.”

Bagi Shasha, walaupun jauh dari Malaysia dan beliau tidak banyak tahu mengenai perkembangan filem di Malaysia namun perasaan sayang dan rindu pada Malaysia tidak pernah padam.

SHASHA bersama ibu tercinta.
SHASHA di awal kehidupan beliau di Amerika Syarikat.

“Apa yang penting bagi saya adalah kesihatan yang baik, mempunyai tempat tinggal yang selesa, keluarga penyayang dan sahabat yang jujur dan setia membuatkan saya rasa hidup ini terlalu aman dan bahagia,” kata Shasha.

Shasha juga merupakan seorang yang begitu meminati kucing dan memelihara beberapa ekor kucing yang begitu beliau sayangi.

SHASHA bersama antara dua ekor kucing kesayangannya di Amerika Syarikat.
Shasha bersama ayah tercinta.

SHASHA bersama ibunya (kiri) dan ayahnya.”Kennit merupakan kucing yang paling saya sayang dan merupakan penghibur dan sentiasa menjadi teman rapat saya,” kata Shasha sambil tersenyum.

Syed Wafa (Penulis) yang juga merupakan bapa saudara Shasha kerap beberapa kali berkunjung menziarahi Shasha di Amerika Syarikat dan menetap di rumah beliau beberapa minggu.

SHASHA dan bersama Hisham (Paling kanan) mengabadikan kenangan bersama Bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
SHASHA bersama dua ekor kucing kesayangannya.

Saya gembira dengan kehidupan Shasha sekarang dan pernah pujuk beliau untuk pulang ke tanah air dan aktif semula dalam dunia lakonan

“Uncle (Panggilan untuk Wafa) biarlah menjadi kenangan dan untuk berlakon bukan lagi minat saya,” kata Shasha ikhlas.

PENULIS, Syed Wafa yang merupakan ayah saudara Shasha bergambar kenangan ketika menziarah pelakon berkenaan di New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat tidak lama dahulu.
SHASHA berkunjung ke “Statue of Liberty” di New York bersama Wafa.

Shasha kini yang sudah berhijab lebih banyak meluangkan masa dengan aktiviti keagamaan di komuniti Islam di sana.

Shasha juga sempat sampaikan salam sayang pada peminat beliau yang masih setia dengannya di Malaysia.

WAFA bersama Shasha bercuti di “South Dakota” di Amerika Syarikat.

“Shasha terharu sangat Uncle, sebab ramai yang masih ingat Shasha dan sentiasa sampaikan ucapan salam dan rindu di Facebook, Shasha juga rindu dan sayang mereka semua,” kata Shasha terharu.

“Shasha juga rindu sahabat-sahabat artis antaranya Kak Noor, Abang Dharma dan ramai lagi, harap mereka semua diberi kesihatan yang baik, kenangan bersama mereka Shasha tak pernah lupakan,” kata Shasha lagi.

WAJAH terkini…Shasha khas buat peminat yang begitu merindui beliau.
SHASHA kini lebih selesa berhijab dan ikuti aktiviti keagamaan di Amerika Syarikat.

Kami di Ladybosz mendoakan semoga Shasha dianugerahkan kesihatan yang baik dan hidup bahagia walau di mana beliau berada…Amin

Previous articleLegenda Johari Salleh masih aktif berkarya!
Next articleMadammu selesa bekerjasama dengan RidzOkumura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here